BOLEH KAMI BANTU ANDA?

KPWKM menerusi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) menyediakan perkhidmatan unit kaunseling untuk individu dan keluarga yang memerlukannya. Perkhidmatan unit kaunseling di JPW sentiasa bersedia membantu golongan wanita yang menghadapi masalah terutamanya berkaitan keganasan rumah tangga, penderaan, perceraian, gangguan seksual, rogol, lari dari rumah, ketidakadilan majikan terhadap pekerja wanita serta golongan ibu tunggal yang memerlukan bantuan dan masalah perkahwinan.

APAKAH PERKHIDMATAN UNIT KAUNSELING?

Perkhidmatan unit kaunseling ialah proses memberi pertolongan yang bersistematik oleh seorang kaunselor yang menggunakan ilmu dan prinsip-prinsip psikologi kepada klien yang menghadapi kecelaruan perasaan dan fikiran supaya lebih memahami dirinya dalam membuat keputusan serta menyelesaikan masalahnya. Perkhidmatan unit kaunseling dapat membantu ke arah kesejahteraan individu, keluarga dan masyarakat secara pendidikan, pencegahan, pemulihan dan pengembangan potensi. Individu yang mendapatkan perkhidmatan unit kaunseling akan menyedari bahawa mereka tidak keseorangan dalam menghadapi masalah dan sebenarnya banyak pihak yang boleh menghulurkan bantuan dalam menghadapi situasi sebegini.

OBJEKTIF PERKHIDMATAN UNIT KAUNSELING UNTUK INDIVIDU:

  • Membantu individu bermasalah menyelesaikan masalah.
  • Menggalakkan perubahan tingkah laku pada individu yang bermasalah dari tingkah laku yang negatif kepada tingkah laku yang positif.
  • Membantu individu yang bermasalah agar bersifat proaktif dan asertif.
  • Mencadangkan kepada individu agar bertindak mengikut logik dan rasional.
  • Memberi semangat agar berani dan bersedia menghadapi cabaran.
  • Menggalakkan individu bermasalah agar sentiasa membuat refleksi diri.

PERKHIDMATAN UNIT KAUNSELING:

  • Menjadi pusat setempat bagi penerimaan dan penyaluran aduan-aduan klien
    (kaunseling saluran).
  • Memberi perkhidmatan unit kaunseling individu kepada klien dan,
  • Merancang dan melaksanakan latihan parakaunselor untuk memberi khidmat bimbingan.
  • Merancang dan menyelaras program-program bimbingan untuk klien.
    Menilai keberkesanan program-program bimbingan dan mencadang penambahbaikan.

UNIT KAUNSELING

Unit Kaunseling baru ditubuhkan pada 15 Oktober 2001 iaitu selepas menempatkan seorang kaunselor. Banyak kes-kes aduan diterima daripada klien untuk meminta khidmat nasihat dan rundingcara. Kebanyakan mereka akan mendapatkan perkhidmatan melalui telefon dan temujanji. Rundingcara melalui telefon selalunya akan diikuti oleh temujanji jika mereka ingin meneruskan sesi kaunseling berserta mendapatkan saluran-saluran yang hendak dipanjangkan ke agensi-agensi tertentu yang berkaitan dengan masalah yang mereka hadapi.


Kemaskini Terakhir   24/01/2011 04:40 PM