Soalan Lazim
Soalan Lazim
- HAK-HAK WANITA ISLAM
- PERTUNANGAN
- PERSETUJUAN UNTUK BERKAHWIN
- MAS KAHWIN
- PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
- HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN
- PERTUNANGAN
- UMUM
- KEGANASAN RUMAH TANGGA
- KEGANASAN RUMAH TANGGA
- PERINGKAT JKM
- PERKHIDMATAN ANAK PELIHARA
- KES PENDERAAN KANAK-KANAK
- KEGANASAN RUMAH TANGGA
- PERKHIDMATAN KEMASUKAN KE RUMAH SERI KENANGAN
- PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA
- PENDERAAN IBU TUNGGAL
- BANTUAN KEWANGAN
- KEMASUKAN KANAK-KANAK KE INSTITUSI JKMM
- PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
- KERJA KESUKARELAAN
- KUTIPAN DERMA
- PENUBUHAN TASKA DAN PUSAT PENJAGAAN
- PERKHIDMATAN ANAK PELIHARA
- Kategori Baru FAQ
- PERINGKAT PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH
- PERKHIDMATAN BERKAITAN KANAK-KANAK DAN KELUARGA
- PERKHIDMATAN PEMULIHAN AKHLAK
- PERKHIDMATAN KAUNSELING
- PERKHIDMATAN BERKAITAN KANAK-KANAK DAN KELUARGA
- HAK-HAK WANITA ISLAM - PERTUNANGAN
-
Q Apakah yang dimaksudkan dengan ikatan pertunangan?
A Â Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin. -
Q Bagaimanakah pertunangan ini dijalankan?
A Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.
-
Q Bolehkah perjanjian pertunangan ini dibuat secara lisan atau bertulis?
A Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.
-
Q Apakah syarat-syarat asas untuk pertunangan?
A Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
i) Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
ii) Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
iii) Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan. -
Q Apakah halangan-halangan untuk berkahwin?
A Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.
-
Q Apakah perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui dalam pertunangan?
A Â Perkara-perkara penting yang perlu dipersetujui adalah seperti:
i) Tempoh pertunangan.
ii) Jumlah mas kahwin.
iii) Jumlah hantaran perkahwinan.
iv) Belanja perkahwinan.
v) Cara atau bentuk pembayaran mas kahwin dan hantaran perkahwinan.
vi) Tempat perkahwinan akan diadakan.
vii) Tuntutan gantirugi dan atau remedi-remedi yang boleh dituntut jika berlaku kemungkiran pertunangan. -
Q Sekiranya pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan, bolehkah pihak perempuan mengambil tindakan undang-undang?
A Â Ya, pihak perempuan boleh mengambil tindakan undang-undang jika pihak lelaki gagal melangsungkan perkahwinan. -
Q Apakah undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan?
A Undang-undang yang khusus berkaitan dengan pertunangan ialah peruntukan Seksyen 15 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984. -
Q Adakah anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan jika pihak lelaki memutuskan pertunangan tanpa sebab yang munasabah?
A Ya,anda berhak untuk menuntut kembali semua pemberian semasa pertunangan sekiranya perkara tersebut dipersetujui pada masa perjanjian pertunangan dijalankan. -
Q Apakah remedi-remedi lain yang boleh dituntut daripada pihak yang mungkir?
A Remedi-remedi lain yang boleh dituntut:
i) Ganti rugi hantaran yang telah diberikan kepada pihak yang mungkir.
ii) Ganti rugi perbelanjaan langsung atau tidak langsung dalam membuat persediaan perkahwinan.
iii) Ganti rugi hadiah pertunangan.
iv) Lain-lain bentuk ganti rugi yang telah dipersetujui oleh pihak-pihak dalam ikatan perkahwinan. -
Q Sekiranya pihak yang mungkir pada perjanjian pertunangan tidak mahu membayar gantirugi di atas, bolehkah tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang mungkir ?
A Ya, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap pihak yang mungkir. -
Q Bagaimanakah tindakan itu boleh diambil ?
A Sekiranya anda berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang, anda adalah dinasihatkan supaya mendapatkan bantuan daripada pengamal undang-undang.
-
- HAK-HAK WANITA ISLAM - PERSETUJUAN UNTUK BERKAHWIN
-
Q Adakah persetujuan pihak perempuan perlu sebelum sesuatu perkahwinan itu boleh dilangsungkan ?
A Ya, persetujuan pihak perempuan adalah perlu sebelum perkahwinan boleh dilangsungkan. Bagi anak dara persetujuannya adalah diberikan oleh walinya iaitu Wali Mujbir.
-
Q Adakah seorang anak dara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh Wali Mujbir ?
A Seorang anak dara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh Wali Mujbir dengan syarat perkahwinan yang akan dijalankan itu adalah sekufu dan perkahwinan tersebut tidak mendatangkan dharar syarie terhadap pengantin perempuan.
-
Q Bagaimana pula dengan persetujuan seorang janda untuk berkahwin ?
A Seorang janda tidak memerlukan persetujuan walinya untuk berkahwin.
-
Q Siapakah yang layak menjadi wali?
A Â Senarai aturan wali mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
i) Bapa kandung
ii) Datuk sebelah bapa ke atas
iii)Saudara lelaki seibu sebapa
iv)Saudara lelaki sebapa
v)Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
vi) Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
vii) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
viii) Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
x) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
xi) Bapa saudara bapa seibu sebapa
xii) Bapa saudara bapa sebapa
xiii) Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
xiv) Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
xv) Bapa saudara datuk seibu sebapa
xvi) Bapa saudara datuk sebapa
xvii)Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
xviii)Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
xix) Wali Hakim. -
Q Siapakah yang dimaksudkan dengan Wali Mujbir?
A Wali Mujbir ialah bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas.
-
Q Siapakah yang dimaksudkan dengan Wali Raja ?
A Wali Raja ialah wali yang ditauliahkan oleh DYMM SBP Yang Di-Pertuan Agong atau Sultan atau Raja negeri yang berkenaan untuk mengahwinkan perempuan yang tidak mempunyai wali daripada nasab.
-
Q Bilakah Wali Mujbir digunakan?
A Wali Mujbir akan digunakan apabila bapa atau datuk sebelah bapa dan ke atas masih hidup
-
Q Bilakah Wali Raja digunakan?
A Â Wali Raja akan digunakan apabila Wali Mujbir tiada sama sekali atau Wali Mujbir tinggal berjauhan lebih daripada 60 batu atau Wali Mujbir tidak diketahui di mana ia berada sama ada ia telah meninggal dunia atau masih hidup. Wali Raja juga digunakan dalam kes melibatkan anak angkat -
Q Sekiranya bapa tidak dapat ditemui, siapakah yang sepatutnya menjadi wali?
A Sekiranya bapa kepada pengantin perempuan itu tidak dapat ditemui, maka datuk sebelah bapanya dan ke atas yang sepatutnya menjadi wali dan sekiranya tiada Wali Mujbir yang dapat mewalikan, wali ini akan berpindah kepada Wali Raja.
-
Q Sekiranya bapa pengantin perempuan tidak layak menjadi wali disebabkan fasiq, siapakah yang layak menjadi wali?
A Sekiranya bapa tidak layak menjadi wali disebabkan oleh keadaan dirinya yang fasiq, orang yang layak menjadi wali ialah datuk sebelah bapa dan ke atas mengikut urutan senarai wali.
-
Q Apakah yang dimaksudkan dengan wali fasiq?
A Wali fasiq ialah wali yang tidak berpegang kepada ajaran Islam, tidak menunaikan kewajipan agama, dan melakukan dosa-dosa besar seperti berzina, minum arak dan sebagainya.
-
- HAK-HAK WANITA ISLAM - MAS KAHWIN
-
Q Apakah yang dimaksudkan dengan mas kahwin?
A Mas kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan di akad nikahkan sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang atau sesuatu yang dapat dinilai dengan wang.
-
Q Adakah wanita berhak meletakkan jumlah mas kahwin?
A Â Ya, wanita berhak untuk meletakkan jumlah mas kahwin mengikut kemampuan bakal suami berdasarkan jumlah asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan di setiap negeri. -
Q Bilakah mas kahwin perlu diberi?
A Mas kahwin perlu diberi semasa akad nikah.
-
Q Sekiranya pihak pengantin lelaki tidak mampu membayar mas kahwin, bolehkah ianya dibayar dengan cara berhutang ?
A Boleh, mas kahwin boleh dibayar secara berhutang. -
Q Apakah perbezaan di antara mas kahwin, wang hantaran dan pemberian?
A a) Mas kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan di akad nikahkan sama ada berupa wang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan cagaran atau tanpa cagaran atau berupa sesuatu yang dapat dinilai mengikut Hukum Syara'
b) Wang hantaran ialah pembayaran belanja kahwin yang tidak wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri atau pihak isteri tetapi lebih kepada amalan masyarakat setempat.
c) Pemberian ialah hadiah sama ada berupa wang atau barang-barang yang diberi oleh seorang suami kepada seorang isteri pada masa perkahwinan. -
Q Siapakah yang berhak ke atas mas kahwin?
A Isteri adalah berhak ke atas mas kahwinnya dan mas kahwin itu adalah hak mutlak isteri dan suami tidak berhak ke atasnya melainkan si isteri dengan rela hati memberikan kepada suaminya.
-
Q Sekiranya suami masih lagi gagal membayar mas kahwin kepada isterinya dan si suami itu telah mentalaqi isterinya, bolehkah si isteri tersebut menuntut mas kahwin tersebut?
A Boleh, si isteri boleh menuntut mas kahwin yang terhutang dan tertunggak itu daripada suaminya.
-
Q Sekiranya suami masih juga gagal membayar mas kahwin, apakah tindakan yang boleh diambil terhadap suami?
A Isteri boleh mengambil tindakan undang-undang untuk tuntut mas kahwin di Mahkamah Syariah.
-
Q Adakah seseorang isteri itu dibatasi had masa untuk menuntut mas kahwin yang tertunggak daripada suaminya atau bekas suaminya ?
A Tidak, tunggakan mas kahwin yang masih belum dibayar itu tidak akan terhapus oleh had masa dan ianya boleh dituntut selagimana ianya belum dilunaskan.
-
- HAK-HAK WANITA ISLAM - PERSEDIAAN UNTUK BERKAHWIN
-
Q Apakah yang perlu diketahui oleh wanita sebelum sesuatu perkahwinan itu boleh dilangsungkan ?
A Sebelum sesuatu perkahwinan itu boleh dilangsungkan bakal pengantin hendaklah memastikan :
i) Tiada halangan untuk berkahwin;
ii) Kesediaan kedua pihak untuk berkahwin;
iii) Kedua-dua bakal pengantin telah menghadiri Kursus Pra Perkahwinan. -
Q Apakah yang dimaksudkan dengan tiada halangan untuk berkahwin ?
A Maksud tiada halangan untuk berkahwin ialah :
i) Tidak wujud hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan;
ii) Kesihatan yang baik dan tidak mendatangkan mudharat;
iii) Mendapat kebenaran untuk berkahwin di luar kariah sekiranya perkahwinan itu bakal dilangsungkan di luar kariah pengantin perempuan ;
iv) Bakal pengantin lelaki telah mendapat kebenaran dari Mahkamah sekiranya perkahwinan itu merupakan perkahwinan poligami; dan
v) Berumur 18 tahun ke atas bagi lelaki dan 16 tahun ke atas bagi perempuan. -
Q Apakah yang dimaksudkan dengan kesediaan kedua-dua pihak untuk berkahwin ?
A Kesediaan kedua-dua pihak untuk berkahwin ialah persetujuan kedua-dua pihak untuk berkahwin. -
Q Apakah yang dimaksudkan dengan Kursus Pra Perkahwinan ?
A Kursus Pra Perkahwinan ialah kursus berkaitan dengan perkahwinan yang dianjurkan oleh Jabatan Agama atau pihak swasta yang mendapat kebenaran dan pengiktirafan daripada Kerajaan.
-
Q Siapakah yang dilarang untuk seorang wanita itu berkahwin ?
A i) Bapa kandung;
ii) Datuk;
iii) Saudara lelaki seibu sebapa;
iv) Saudara lelaki seibu;
v) Anak saudara lelaki;
vi) Bapa saudara;
vii) Saudara lelaki sesusuan; dan
viii) Orang bukan Islam. -
Q Berapakah had umur minima untuk memasuki perkahwinan ?
A Menurut Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 Akta 303, had umur minima untuk memasuki perkahwinan ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan.
-
Q Sekiranya seorang perempuan itu berumur di bawah 16 tahun, bolehkah dia melangsungkan perkahwinan ?
A Boleh, seorang perempuan yang berumur di bawah 16 tahun boleh melangsungkan perkahwinannya dengan syarat kebenaran daripada Hakim Syarie telah diperolehi terlebih dahulu. -
Q Mengapakah had umur minima untuk berkahwin itu ditetapkan ?
A Â Walaupun Hukum Syara' tidak menetapkan sebarang umur minima untuk berkahwin dan sesebuah perkahwinan itu boleh dilangsungkan apabila pihak-pihak kepada perkahwinan telah mencapai umur baligh, penetapan had umur minima dilakukan demi keperluan dunia moden masa kini, memandangkan ikatan perkahwinan itu memberi kesan kepada hak dan tanggungjawab kepada seseorang itu. -
Q Di manakah perkahwinan itu dilangsungkan ?
A Perkahwinan biasanya dilangsungkan di dalam kariah tempat tinggal pihak perempuan.
-
Q Bolehkah pernikahan dijalankan di tempat selain dari tempat tinggal kariah pihak perempuan ?
A Boleh, dengan syarat kebenaran telah diberikan oleh Pendaftar kariah tempat tinggal pihak perempuan. -
Q Bagaimanakah proses permohonan perkahwinan dilakukan ?
A Proses permohonan perkahwinan dilakukan seperti berikut :
i) Pihak lelaki dan perempuan mengemukakan permohonan melalui borang permohonan kepada Pendaftar bagi kariah tempat tinggal pihak perempuan;
ii) Jika pihak lelaki bermastautin di luar kariah pihak perempuan, permohonan hendaklah disertakan dengan kenyataan oleh Pendaftar kariah tempat tinggal pihak lelaki;
iii) Borang permohonan hendaklah disampaikan kepada Pendaftar sekurang-kurangnya 7 hari sebelum tarikh pernikahan;
iv) Penolong Pendaftar akan menyatukan borang-borang itu;
v) Borang-borang itu akan diserahkan kepada Pendaftar;
v) Pendaftar akan mengeluarkan surat kebenaran;
vi) Penolong Pendaftar akan menjalankan akad nikah; dan
vii) Sijil nikah akan dikeluarkan oleh Pendaftar. -
Q Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa memohon kebenaran untuk berkahwin ?
A Dokumen-dokumen yang perlu disertakan semasa memohon kebenaran untuk berkahwin ialah :
i) Bukti permastautinan;
ii) Pengesahan status bujang oleh majikan atau penghulu;
iii) Kad Pengenalan atau pasport;
iv) Sijil Kursus Pra Perkahwinan; dan
v) Surat kebenaran wali (jika berkaitan). -
Q Mengapakah suatu perkahwinan itu perlu didaftarkan?
A Suatu perkahwinan itu perlu didaftarkan untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perkahwinan itu terjamin.
-
Q Sekiranya suatu perkahwinan telah diadakan di luar Malaysia, apakah tindakan yang perlu dilakukan ?
A Pihak-pihak perlulah memastikan bahawa perkahwinan itu didaftarkan di kariah tempat tinggal pihak perempuan.
-
- HAK-HAK WANITA ISLAM - HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN
-
Q Apakah hak anda sebagai seorang isteri?
A Seseorang isteri itu adalah berhak kepada :
i) Nafkah
ii) Kasih sayang dari suami
iii) Hak untuk mendapatkan keadilan -
Q Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah?
A Nafkah ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan oleh suami terhadap isteri.
-
Q Apakah nafkah-nafkah yang wajib ke atas suami terhadap isterinya?
A Nafkah itu adalah seperti :
i) Makan dan minum;
ii) Pakaian;
iii) Tempat tinggal;
iv) Perubatan; dan
v) Pembantu rumah sekiranya perlu -
Q Bilakah nafkah ini boleh dituntut?
A Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung. -
Q Berapakah kadar nafkah?
A Kebiasaannya kadar nafkah adalah berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan suami.
-
Q Bagaimanakah hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur?
A Hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur jika dia nusyuz atau enggan menurut perintah suami. -
Q Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?
A Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara'.
-
Q Bilakah tempoh penerimaan nafkah akan tamat?
A Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila pemberi (suami) atau penerima nafkah (isteri) meninggal dunia atau isteri telah didapati nusyuz.
-
Q Adakah seseorang isteri itu berhak untuk menerima nafkah sekiranya dia tidak lagi menjadi nusyuz ?
A Ya, seseorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja si isteri itu tidak lagi nusyuz.
-
Q Apakah yang dimaksudkan sebagai nafkah tertunggak?
A Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka.
-
Q Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah?
A Ya, isteri boleh menuntut tunggakan nafkah mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam.
-
Q Apakah yang dimaksudkan dengan poligami?
A Poligami ialah perkahwinan yang melebihi daripada seorang isteri. -
Q Apakah hak-hak isteri yang berpoligami?
A Isteri-isteri suami yang berpoligami adalah berhak untuk mendapat layanan yang sama rata daripada suami mereka mengikut Hukum Syara' seperti pemberian nafkah yang merangkumi makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal dan perubatan serta lain-lain keperluan dalam rumah tangga.
-
Q Adakah hak isteri pertama sama dengan hak isteri-isteri yang lain?
A Ya, hak isteri pertama adalah sama dengan hak isteri-isteri yang lain.
-
Q Apakah yang boleh dilakukan oleh isteri sekiranya suami berlaku tidak adil?
A Sekiranya suami berlaku tidak adil, isteri boleh membuat pengaduan kepada mahkamah di bawah Seksyen 128, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. -
Q Apakah hak seorang isteri apabila mengetahui suaminya telah berpoligami tanpa kebenaran mahkamah ?
A Seorang isteri boleh membuat pengaduan kepada mahkamah di bawah Seksyen 123, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984
-
Q Apakah hak seorang isteri yang telah ditinggal langsung oleh suami ?
A Seorang isteri yang telah ditinggal langsung oleh suami boleh membuat pengaduan kepada mahkamah di bawah Seksyen 120, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
-
- UMUM - KEGANASAN RUMAH TANGGA
-
Q Apakah yang dimaksudkan dengan keganasan rumah tangga?
A i. Secara sengaja atau cuba meletakkan mangsa dalam ketakutan kecederaan fizikal.
ii. Mencederakan mangsa secara fizikal.
iii. Memaksa atau mengancam melakukan perbuatan berbentuk seksual atau selainnya yang mana mangsa itu berhak untuk tidak melakukannya.
iv. Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa.
v. Khianat atau merosakkan harta dengan niat akan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa. -
Q Siapakah mangsa keganasan rumah tangga?
A · Isteri / bekas isteri
· Suami / bekas suami
· Anak-anak
· Ibu bapa
· Ahli keluarga yang tinggal serumah -
Q Apakah yang dikategorikan sebagai keganasan rumah tangga?
A Â i. Penderaan fizikal
ii. Penderaan mental
iii. Penderaan emosi
iv. Penderaan seksual
v. Penderaan spiritual -
Q Bagaimanakah keganasan rumah tangga boleh berlaku?
A Keganasan rumah tangga berlaku melalui beberapa tahap dan peringkat iaitu:
i. Tahap 1 : Peningkatan tekanan
Bermula dengan perselisihan yang kecil dan isteri akan cuba menenangkan Si suami dengan pelbagai tindakan. Si Isteri lebih banyak mengalah menyebabkan Si suami akan menjadi dominan.
ii. Tahap 2: Permulaan insiden keganasan
Di peringkat ini, keganasan berlaku secara mendadak disebabkan Si suami tidak dapat mengawal kemarahannnya. Si isteri pula, tidak akan melawan, sebaliknya memendam rasa dan menangis. Keadaaan ini akan menyebabkan Si isteri mengalami tekanan psikologi yang keterlaluan.
iii. Tahap 3: Penyesalan
Pihak mangsa akan merasa sedih dan takut akan ditinggalkan pasangan. Suami berjanji akan berubah sikap, memohon maaf dan menunjukkan kasih sayang dan kemesraan yang luar biasa. Keadaan ini akan memberikan keyakinan kepada Si isteri bahawa Si suami akan berubah. -
Q Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?Adakah perselisihan faham boleh membawa kepada berlakunya keganasan rumah tangga?
A Terpulang kepada pasangan suami isteri mengendalikan emosi mereka. Jika pasangan itu dapat berkomunikasi secara positif dan menyelesaikan perselisahan itu dengan baik, dan pasangan akan mengakui dan menginsafi kesalahan yang di buat, ia tidak akan membawa kepada keganasan rumah tangga. Walaubagaimanapun jika pasangan itu tidak dapat mengawal emosi mereka, kemungkinan pertengkaran dan pergaduhan akan berlaku. Kesan yang lebih teruk akan berlakunya keganasan fizikal, mental dan emosi atau seksual.
-
Q Mengapa keganasan rumah tangga boleh berlaku?
A Keganasan rumah tangga berlaku kerana beberapa sebab:
i. Tiada keharmonian dan persefahaman dalam rumah tangga.
ii. Personaliti suami atau isteri.
iii. Latar belakang keluarga.
iv Kesan penagihan dadah, alkohol atau judi.
v. Masalah ekonomi.
vi. Faktor terlalu cemburu terhadap pasangan.
vi. Masalah mental.
vii. Latar belakang masyarakat dan budaya.
viii. Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
ix. Wujudnya orang ketiga dalam rumah tangga.
x. Kurangnya didikan agama. -
Q Bagaimanakah untuk mengelakkan daripada berlakunya keganasan rumah tangga?
A i. Menjalani kehidupan yang harmoni dan memupuk kasih sayang dalam keluarga.
ii. Pasangan perlu menerima kekuatan dan kekurangan pasangan mereka dan sama memperbaikinya.
iii. Pasangan perlu sentiasa berbincang tentang masalah yang dihadapi dan mencari penyelesaian secara harmoni.
iv. Pasangan perlu tahu dan menunaikan tanggungjawab mereka.
v. Pasangan mengetahui hak-hak mereka dari sudut agama dan perundangan.
vi. Berpegang teguh pada agama. -
Q Mengapa keganasan rumah tangga mesti dibendung?
A Keganasan rumah tangga mesti dibendung kerana ia meninggalkan kesan negatif dalam institusi kekeluargaan.
i. Si mangsa akan mengalami tekanan fizikal, mental dan spiritual. Sentiasa berada dalam satu situasi yang tidak selamat. Jika ia dibiarkan ia akan menjadi trauma untuk kesan jangka panjang.
ii. Akan menimbulkan kesan negatif kepada pertumbuhan atau perkembangan anak-anak. Kemungkinan si anak akan mengulangi apa yang dipelajari dari ibu bapanya apabila mereka besar kelak. Mereka pula berpotensi untuk menjadi pendera.
iii. Jika ia berterusan jalan akhirnya akan berlakunya penceraian. Penceraian tidak menguntungkan semua pihak. Pihak yang paling rugi sekali ialah anak-anak. Anak-anak akan mengalami tekanan emosi dan mental akibat penceraian ibu bapa mereka.
iv. Anak-anak mangsa penceraian ini akan mengalami konflik identiti dan jika mereka tersalah haluan akan terlibat dengan kes-kes juvana seperti gangsterism, vandalism, penagihan dadah dan lain-lain masalah sosial.
v. Si ibu pula akan menjadi ibu tunggal. Terpaksa memainkan peranan sebagai ketua rumah. -
Q Siapakah yang paling mudah terjebak kepada keganasan rumah tangga?
A i. Pasangan yang berkahwin dalam usia yang muda.
ii. Pasangan yang berpersonaliti negatif ( panas baran, kuat berleter dll).
iii. Pasangan yang tidak dapat menyesuaikan diri dalam rumah tangga.
iv. Penagih, pemabuk dan kaki judi.
v. Pasangan yang mengalami sakit mental.
vi. Pasangan yang kuat cemburu.
vii. Pasangan yang diganggu oleh orang ketiga.
viii.Pasangan yang menghadapi masalah ekonomi. -
Q Apakah yang perlu dilakukan sekiranya anda adalah mangsa keganasan rumah tangga?
A Jika keganasan rumah tangga di tahap tidak serius
i. Mengenalpasti punca berlakunya keganasan rumah tangga.
ii. Cuba berbincang dengan pasangan anda agar tidak berlaku lagi.
iii. Dapatkan bantuan orang ke tiga di kalangan kedua-dua keluarga anda.
iv. Hubungi JPW ( unit Kaunseling ) atau PPWN untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Jika keganasan di tahap serius:
i. Pastikan anda mendapat rawatan doktor jika berlaku kecederaan. Pergi ke OSCC ( Pusat Khidmat Bersepadu )
ii. Laporkan kepada pihak polis.
iii. Laporkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim ( IPO ) atau Perintah Perlindungan (PO).
iv. Jika anda telah membuat keputusan untuk bercerai, failkan penceraian anda di mahkamah. -
Q Bolehkah perkara ini ditangani sendiri tanpa bantuan pihak ketiga?
A Boleh. Jika pasangan bersedia berbincang secara baik untuk menyelesaikan segala masalah yang timbul. Pada masa yang sama, pasangan dapat menerima kekuatan dan kelemahan pasangan dan memberi sokongan antara satu sama lain. Pasangan suami isteri perlu sedar bahawa perkahwinan bukan sahaja bersatunya dua hati tetapi penyatuan cara hidup, budaya dll. Kembali kepada agama dan memainkan peranan serta tanggungjawab sebagai suami isteri merupakan satu pendekatan yang terbaik.
-
Q Siapakah yang boleh membantu apabila anda mengalami keganasan Rumah Tangga?
A Â i. Diri sendiri
ii. Ahli Keluarga
iii. Jiran tetangga
iv. Ahli sukarelawan dan NGO
v. Pihak Polis
vi. Hospital
vii. Jabatan Kebajikan Masyarakat
viii. Jabatan Agama Islam atau Badan Pendamai
ix. Untuk mendapatkan khidmat nasihat hubungi Unit Kaunseling JPW atau PPWN ( Rumah Nur ) -
Q Bagaimanakah cara untuk mendapatkan bantuan?
A i. Ingin mendapatkan khidmat nasihat :
Menelefon atau membuat temujanji dengan kaunselor-kaunselor dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (JPW, PPWN, JKM, JAIS dan sukarelawan-sukarelawan NGO )
ii. Ingin membuat aduan:
· Lapor segera kepada pihak polis yang berdekatan.
· Jika terdapat kecederaan, pergi ke Pusat Khidmat Sepadu( OSCC )
· Ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan IPO dan tempat perlindungan jika perlu. -
Q Mengapakah wanita atau mangsa keganasan rumah tangga sering berdiam diri (membisu ) atau lambat bertindak apabila didera?
A i. Wanita tidak mempunyai kesedaran tentang hak mereka sebagai isteri dalam aspek agama dan undang-undang.
ii. Perasaan takut kerana akan hilang tempat bergantung.
iii. Perasaan malu untuk membuat aduan tentang kepincangan keluarga sendiri.
v. Memikirkan tentang anak-anak.
vi. Termakan pujuk rayu dan janji manis si suami.
-
- PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN ANAK PELIHARA
-
Q Bagaimanakah caranya untuk memohon anak pelihara melalui JKM?
A Pemohon boleh memohon samada melalui surat, faks, telefon,email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
- Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
- Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri). Lain-lain dokumen yang berkaitan. -
Q Siapakah yang boleh memohon pengambilan anak pelihara?
A Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap/ tinggal di Malaysia.
-
Q Bila dan bagaimanakah anak angkat dapat disahkan sebagai anak pelihara mengikut undang-undang?
A Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara. -
Q Adakah menjadi satu kesalahan memelihara anak pelihara tanpa membuat pendaftaran atau memaklumkan kepada JKM?
A Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
-
- PERINGKAT JKM - KES PENDERAAN KANAK-KANAK
-
Q Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes penderaan kanak-kanak/ kes pembuangan bayi?
A Kes penderaan/ kes pembuangan bayi boleh dilaporkan melalui salah satu cara berikut:
- Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040;
- Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor;
- Melaporkan kepada mana-mana balai polis/ Pondok Polis yang berhampiran;
- Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/ Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan atau;
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.
-
- PERINGKAT JKM - KEGANASAN RUMAH TANGGA
-
Q Bagaimanakah caranya untuk melaporkan kes keganasan rumahtangga?
A Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
- Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan yang berhampiran;
- Menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040;
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan
-
- PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN KEMASUKAN KE RUMAH SERI KENANGAN
-
Q Apakah cara untuk memohon kemasukan ke Rumah Orang Tua?
A - Permohonan kemasukan ke Rumah Orang Tua boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan di mana pemohon tinggal;
- Setiap permohonan kemasukan disiasat terlebih dahulu oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berkenaan dan laporan siasatan akan dimajukan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk ulasan dan sokongan;
- Laporan tersebut akan dimajukan untuk kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983;
- Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memaklumkan keputusan kepada pemohon -
Q Siapakah yang boleh memohon masuk ke Rumah Orang Tua?
A - Yang daif dan berumur lebih daripada 60 tahun;
- Yang tidak mengidap penyakit berjangkit;
- Yang tidak mempunyai sanak saudara;
- Yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan;
- Yang berupaya menjaga diri sendiri. -
Q Perlukah apa-apa bayaran untuk kemasukan ke Rumah Orang Tua?
A Â Permohonan untuk kemasukan ke Rumah Orang Tua tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana institusi tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.
-
- PERINGKAT JKM - PERKHIDMATAN ORANG KURANG UPAYA
-
Q Mengapa Orang Kurang Upaya (OKU) digalakkan mendaftar dengan JKM?
A Â Sebab utama adalah seperti berikut:
- Supaya kerajaan dapat mengetahui bilangan sebenar dan taburan OKU di negara ini bagi maksud perancangan perkhidmatan, program pemulihan, intervensi awal, pencegahan, latihan dan pendidikan.
- Supaya kerajaan dapat merancang kesesuaian program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya.
- Supaya kerajaan dapat menyediakan kemudahan-kemudahan yang bertepatan dengan OKU.
- Supaya kerajaan dapat mengenalpasti OKU mengikut jenis-jenis kecacatan atau sebagai kad pengenalan diri bagi mereka berurusan dengan pihak-pihak berkenaan.
- Supaya OKU dapat menggunakan kemudahan-kemudahan dan keistimewaan oleh kerajaan.
- Supaya OKU mendapat maklumat program-program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya. -
Q Apakah cara-cara untuk memohon kad OKU?
A Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:
- OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
- Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital/ klinik kerajaan atau hospital/ klinik pakar swasta.
- Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar.
- Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.
-
- PERINGKAT JKM - PENDERAAN IBU TUNGGAL
-
Q Apakah bantuan yang ada di JKM untuk ibu tunggal?
A Bagi Ibu tunggal yang memenuhi syarat-syarat kelayakan, jenis-jenis bantuan yang ada di JKM ialah:
a. Bantuan Bulanan – Bantuan Am
- Bantuan Penyaraan Kanak-kanak
- Bantuan Anak Pelihara
- Elaun Pekerja cacat
- Bantuan Orang Tua
- Bantuan Am
b. Bantuan Sekaligus – Geran Pelancaran
- Bantuan Alat Tiruan/ Sokongan
- Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran
- Bantuan Sekolah (sekiranya mempunyai anak-anak bersekolah)
-
- PERINGKAT JKM - BANTUAN KEWANGAN
-
Q Apakah bantuan-bantuan kewangan yang disediakan kepada golongan miskin atau berkeperluan yang memohon dengan JKM?
A Â JKM mengendalikan 2 skim bantuan kewangan iaitu Skim Bantuan Am Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan.
- Skim Bantuan Am Negeri – adalah tidak seragam di antara negeri-negeri. Di antara jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan kepada warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, OKU, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit. Bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Alat Tiruan/Sokongan, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.
- Skim Bantuan Persekutuan – seragam di seluruh negara tetapi tidak meliputi Sabah dan Sarawak. Jenis-jenis bantuan yang diberikan ialah bantuan bulanan seperti Bantuan Penyaraan Kanak-kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Orang Tua, Elaun Pekerja Cacat dan Bantua Am Persekutuan. Manakala bantuan sekaligus pula ialah Bantuan Geran Pelancaran, Bantuan Alat Tiruan/Sokongan dan Geran Pendidikan dan Latihan Kemahiran. Di bawah Skim Bantuan Am Persekutuan (Kuala Lumpur dan Labuan) juga terdapat bantuan sekaligus seperti Bantuan Sekolah, Bantuan Pemulihan Bencana dan Bantuan Segera bagi kes-kes terdampar atau kes-kes yang memerlukan bantuan serta merta.
-
- PERINGKAT JKM - KEMASUKAN KANAK-KANAK KE INSTITUSI JKMM
-
Q Bagaimanakah caranya untuk memasukkan kanak-kanak tidak terkawal atau nakal ke Institusi Pemulihan JKM?
A Ibu bapa atau penjaga yang sah bagi kanak-kanak, boleh membuat permohonan bertulis kepada Mahkamah Bagi Kanak-kanak dengan menyatakan mohon bantuan pemulihan terhadap tingkah laku yang sering dilakukan oleh anak yang tidak terkawal. Tingkah laku itu mungkin mendorong kepada bahaya jenayah atau mendorong kepada bahaya moral. Berdasarkan surat permohonan itu mahkamah akan mengarahkan Pegawai Kebajikan Masyarakat/Pegawai Akhlak menyiasat keadaan sebenar dengan menyediakan satu Laporan Akhlak. Mahkamah akan menetapkan satu tarikh untuk bersidang dengan kehadiran pemohon, anak yang tidak terkawal dan Pegawai Akhlak. Mahkamah boleh membuat keputusan samada:
- Memerintahkan kanak-kanak diletak dalam Pengawasan Pegawai Akhlak dalam tempoh tertentu. Satu hingga tiga tahun. Boleh juga mengenakan syarat tinggal di Asrama Akhlak tidak lebih satu tahun. Selepas tinggal di asrama kanak-kanak akan diawasi selama tempoh baki Perintah Pengawasan yang ada. Jika kanak-kanak masih mengulangi tingkah laku negatif, boleh dihantar ke Sekolah Tunas Bakti.
- Menghantar kanak-kanak itu ke Sekolah Tunas Bakti selama 3 tahun. Selepas keluar dari institusi pulang ke pangkuan keluarga, kanak-kanak masih diselia oleh Pegawai Akhlak selama satu tahun. Jika melanggar syarat yang ditetapkan boleh dikembalikan semula ke institusi.
-
- PERINGKAT JKM - PEMULIHAN DALAM KOMUNITI
-
Q Bagaimana orang ramai yang berminat dapat membabitkan diri dalam program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)?
A Â Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan pembabitan secara aktif ibubapa/ penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat. Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas). Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran. Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK bagi meningkatkan lagikeberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea dan lain-lain. -
Q Apakah syarat-syarat kemasukan ke PDK?
A Â Bagi ibubapa/penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran. Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walaubagaimanapun, kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan. Â
-
- PERINGKAT JKM - KERJA KESUKARELAAN
-
Q Bagaimanakah caranya untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja sukarela?
A Â - Mencari maklumat mengenai organisasi sukarela dan mengenai peluang, bidang serta tugas sebagai sukarelawan.
- Memilih bidang yang diminati dan memilih golongan yang ingin dibantu bersesuaian dengan kebolehan dan kemahiran diri
- Menentukan cara dan waktu bersukarela serta fikirkan tugas-tugas dan tanggungjawab lain.
- Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri. -
Q Bolehkah Pertubuhan Sukarela memohon bantuan daripada JKM?
A Perlu dipertimbangkan mengenai latihan, gembira dengan tugas tersebut, melibatkan ahli keluarga dan perkara-perkara yang sensitif kepada diri sendiri.
- Pertubuhan yang berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan di bawah Akta Pertubuhan 1966.
- Pertubuhan bertaraf tempatan.
- Pertubuhan bercorak Kebajikan (welfare-related) yang mengendalikan program berbentuk pencegahan, pemulihan, jagaan dan perlindungan serta pembangunan bagi kumpulan sasar di bawah tanggungjawab dan fungsi Jabatan.
- Pertubuhan atau organisasi yang ditubuhkan berdasarkan peruntukan Akta seperti Jawatankuasa Kebajikan Kanak-Kanak Daerah dan Pasukan Perlindungan Kanak-kanak serta Lembaga yang di bawah Akta-akta berkaitan.
- Pertubuhan yang telah berdaftar di bawah Akta Pusat Jagaan 1993 bagi yang mengendalikan program institusi berkediaman atau Pusat Jagaan Harian.
-
- PERINGKAT JKM - KUTIPAN DERMA
-
Q Perlukah mendapatkan kelulusan untuk membuat kutipan derma daripada orang awam?
A Urusankutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Kebajikan Sukarela adalah berpandukankepadaSuratPekelilingAm Bil.6/1987-Peraturan Mengutip Derma Oleh Pertubuhan Dari Orang Awam yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
Mengikutperuntukandalam SuratPekeliling tersebut kelulusan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu di perolehi bagi
a. Aktiviti kutipan derma yang dijalankan oleh Pertubuhan Bukan Kerajaan yang mengendalikan program/aktiviti kebajikanmasyarakat(Welfare-related NGO’s).
b. Aktiviti kutipan derma yang dijalankan untuk tujuan kebajikan oleh Pertubuhan yang bukan berkaitan dengan kebajikan masyarakat.
c. Aktiviti derma yang dijalankan oleh pihak-pihak tertentu untuk pihak lain seperti aktiviti berunsur perikemanusiaan yang bersifat “regional� antarabangsa seperti kebuluran peperangan dan sebagainya.
Semua permohonan yang menepati ciri-ciri sepertidiatasperludikemukakandenganmenggunakanBorang Permohonan JKMM/PKS/1998(Derma)melalui Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri yang berkenaan yang akan membuat siasatan dan memberi pandangan untuk pertimbangan.
Kegagalan untuk memenuhi peraturan seperti mana yang ditetapkan akan menjejaskan pertimbangan ke atas permohonan kutipan derma bagi pertubuhan berkenaan pada masa hadapan
-
- PERINGKAT JKM - PENUBUHAN TASKA DAN PUSAT PENJAGAAN
-
Q Bagaimanakah proses penubuhan TASKA dan Pusat Jagaan?
A Jabatan Kebajikan Masyarakat bertindak sebagai ‘final agency’ bagi pengeluaran Perakuan Pendaftaran TASKA atau Pusat Jagaan. Ini bermakna sebelum suatu Perakuan itu dikeluarkan, kelulusan dari agensi-agensi teknikal yang lain perlu diperolehi seperti kelulusan Majlis Berkuasa Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan.
1.Satu Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA bolehlah didapati daripada mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri atau Ibu Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia, pada harga RM10.00.
2.Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pemohon bolehlah mendapatkan penjelasan dari mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah terdekat.
3.Antara dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Permohonan Pendaftaran TASKA ke PKMD adalah:
a. Kelulusan tiga agensi teknikal terkini/ masih sah tempoh lakunya.
b. Pelan lantai beserta pengiraannya (dalam ukuran meter).
c. Senarai menu mingguan.
d. Senarai aktiviti mingguan.
e. Senarai pekerja (nama penuh, No. K/P dan kelulusan).
f. Sijil Pendaftaran Syarikat/ Pertubuhan.
g. Senarai aktiviti bersama ibubapa.
h. Wang Pos/ Kiriman Wang bernilai RM50.00 atas nama Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia.
4.Bagi permohonan pendaftaran baru TASKA, borang permohonan terdapat di bahagian belakang Buku Garis Panduan Penubuhan TASKA, sementara bagi permohonan pendaftaran semula, 1 set borang permohonan boleh didapati pada harga RM4.00 di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat.
5.Bagi borang permohonan Pusat Jagaan pula, ianya boleh didapati secara percuma di mana-mana PKMD atau negeri atau Ibu Pejabat. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bagi tujuan pendaftaran adalah sama dengan TASKA, hanya wang pos/ kiriman wang adalah bernilai RM10.00 sahaja.
-
- Kategori Baru FAQ
-
Q Apakah yang dimaksudkan dengan sekufu?
A Sekufu ialah keadaan di mana bakal suami dan isteri adalah sama dari segi kedudukan keluarga kedua-dua belah pihak, kedudukan kewangan, taraf pendidikan, keturunan dan pekerjaan.
-
- PERINGKAT PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH - PERKHIDMATAN BERKAITAN KANAK-KANAK DAN KELUARGA
-
Q Apakah yang perlu dilakukan oleh orang awam yang menjumpai bayi yang terdampar?
A a. Mereka hendaklah menghubungi pihak polis atau menghantar bayi tersebut ke hospital.
b. Rujuk kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan. -
Q Apakah kriteria-kriteria yang diperlukan oleh seseorang yang ingin memohon anak angkat?
A a. Warganegara Malaysia.
b. Mempunyai pendapatan yang tetap.
c. Tidak mempunyai penyakit yang memudaratkan.
d. Keutamaan kepada pemohon yang telah berkahwin dan tidak mempunyai anak. -
Q Apakah bentuk keganasan yang membolehkan seseorang mangsa mendapatkan Perintah Perlindungan Sementara mengikut Akta Keganasan Rumahtangga 1994?
A Mangsa yang menghadapi kecederaan fizikal ataupun yang merasakan dirinya ketakutan.
-
Q Apakah tindakan yang perlu diambil jika terdapat kes pengabaian atau penderaan terhadap kanak-kanak?
A a. Menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berdekatan.
b. Menghubungi polis.
c. Memaklumkan kepada Ketua Penduduk Setempat. -
Q Dalam keadaan yang bagaimanakah seseorang klien boleh memohon Perintah Perlindungan (PO)?
A Mangsa boleh memohon perintah tersebut di mahkamah semasa prosiding jenayah dibuat ke atas pendera dan telah dipertuduhkan mengikut kesalahan yang ditakrifkan dalam “Keganasan rumahtangga�.
-
- PERINGKAT PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH - PERKHIDMATAN PEMULIHAN AKHLAK
-
Q Apakah Prosedur kemasukan ke Pusat Pemulihan?
A a. Prosedur pertama ialah dengan mendapat arahan atau perintah dari Mahkamah.
b. Prosedur kedua ialah dengan secara sukarela. -
Q Apakah bidang kemahiran yang ditawarkan oleh Pusat Pemulihan?
A Kemahiran yang berbentuk bengkel Motor dan Pertanian
-
Q Apakah tindakan yang akan diambil oleh Pegawai Akhlak sekiranya kanak-kanak yang telah dimasukkan ke Pusat Pemulihan lari beberapa kali dari pusat tersebut?
A Pegawai Akhlak hendaklah menasihati ibubapa kanak-kanak supaya berbincang dengan pihak Institusi dan memberitahu kesan ke atas kanak-kanak dan ibubapa sekiranya cuba menyembunyikan kanak-kanak tersebut. -
Q A -
Q Apakah perbezaan di antara Asrama Akhlak dengan Sekolah Tunas Bakti?
A Asrama Akhlak merupakan satu tempat sebagai percubaan dalam memulihkan akhlak kanak-kanak yang diperintahkan selama 1 tahun manakala Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat yang tetap selama 3 tahun. -
Q Apakah perbezaan di antara Sekolah Tunas Bakti dengan Taman Seri Puteri?
A Sekolah Tunas Bakti merupakan tempat Institusi yang menempatkan kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku yang tidak terkawal lelaki dan perempuan dan yang telah melakukan kesalahan jenayah manakala Taman Seri Puteri merupakan Institusi yang hanya menempatkan gadis-gadis berumur bawah 18 tahun yang lebih cenderung kepada pelacuran.
-
- PERINGKAT PEJABAT KEBAJIKAN MASYARAKAT DAERAH - PERKHIDMATAN KAUNSELING
-
Q Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling?
A Perkhidmatan yang disediakan oleh Unit Kaunseling adalah
a. Khidmat kaunseling individu, kelompok, kerjaya dan keluarga.
b. Khidmat nasihat dan bimbingan. -
Q Apakah fungsi Unit Kaunseling?
A a. Memberikan khidmat bimbingan dan kaunseling kepada semua klien JKM.
b. Melaksana/menyelaras program bengkel interaktif (Akta Kanak-Kanak 2001).
c. Menyediakan dan menyelenggara rekod sesi kaunseling dan program/aktiviti bagi tujuan interpritasi, tindakan susulan dan statistik.
d. Membuat rujukan kes kepada pihak-pihak lain bagi mendapatkan perkhidmatan khusus.
e. Merancang, melaksana/menyelaras program-program/aktiviti-aktiviti bagi tujuan perkembangan dan pembangunan serta pemantapan kualiti perkhidmatan kaunseling Jabatan di peringkat negeri, daerah dan institusi.
f. Menyediakan laporan bulanan aktiviti/ program kaunseling di peringkat negeri, daerah dan institusi serta melaporkannya ke Ibu Pejabat, Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia.
g. Lain-lain tugas yang berkaitan dengan profesion kaunseling yang diarahkan oleh Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri. -
Q Apakah kelayakan Kaunselor di Jabatan Kebajikan Masyarakat?
A Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Kaunseling atau setaraf denganya.
-
Q Sejauh mana keberkesanan kaunseling yang diberikan?
A Bergantung kepada sejauh mana perubahan yang dikehendaki oleh individu yang mendapatkan khidmat kaunseling.
-
Q Perlukah kaunseling diberikan kepada kanak-kanak yang bermasalah?
A Perlu kerana masalah bukan sahaja datang dari kanak-kanak itu sendiri tetapi juga daripada faktor persekitaran seperti ibubapa, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling. -
Q Apakah tindakan yang diambil setelah kanak-kanak menghadiri sesi kaunseling bagi kes tidak terkawal tetapi tidak menunjukkan sebarang perubahan?
A Kaunselor akan mengadakan perbincangan dengan ibubapa kanak-kanak. Kaunselor akan mengadakan kaunseling bersama keluarga tersebut. Sekiranya masih tidak menunjukkan sebarang perubahan, kanak-kanak akan dirujuk kepada Bahagian Perkhidmatan Akhlak untuk tindakan selanjutnya.
-

















