Laman Web KESKEB KPWKM
Perutusan YDP PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Khamis, 25 Jun 2009 13:36

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan izin-Nya, Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terus bergerak aktif menyediakan program-program dan aktiviti sukan dan kebajikan kepada ahli-ahlinya.

Dengan terbinanya laman web ini ahli-ahli KESKEB mempunyai saluran tambahan untuk mendapatkan maklumat dan berita mengenai KESKEB selain menyalurkan idea dan pandangan kepada Kelab supaya sentiasa mengutamakan aktiviti yang memenuhi aspirasi ahli-ahlinya.

Semua ahli berhak dan sentiasa digalakkan menyumbang idea dan pandangan untuk memantapkan lagi Kelab kita.

Sejak penubuhan KESKEB pada tahun 2006, pelbagai program dan aktviti sukan dan kebajikan telah berjaya dilaksanakan. Adalah menjadi harapan saya agar program-program yang dianjur dapat terus dipelbagai dan diperluaskan supaya manfaat daripada program-program tersebut dapat dinikmati oleh semua ahli Kelab dan bukan untuk kumpulan tertentu sahaja.

Akhirnya izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa dan semua individu yang terlibat menzahirkan laman web ini. Semoga laman web ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli dan menjadi pemangkin serta pemacu kejayaan Kelab kita.    

Sekian, salam hormat.


Kemaskini Terakhir Pada Khamis, 05 November 2009 15:16
 

Peta Laman

Carian

Hit Kaunter

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini10
mod_vvisit_counterSemalam58
mod_vvisit_counterBulan Ini544
mod_vvisit_counterBulan Lepas1117
mod_vvisit_counterJumlah2498

Tarikh : 11-03-2010 Masa : 05:10
  Hakcipta 2009 : KESKEB KPWKM
Penafian : Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan bertanggunjawab
terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana maklumat di dalam laman web ini.