|
Written by Administrator
|
|
Khamis, 25 Jun 2009 13:36 |
|
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera, Saya bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan rahmat dan izin-Nya, Kelab Sukan dan Kebajikan (KESKEB), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat terus bergerak aktif menyediakan program-program dan aktiviti sukan dan kebajikan kepada ahli-ahlinya. Dengan terbinanya laman web ini ahli-ahli KESKEB mempunyai saluran tambahan untuk mendapatkan maklumat dan berita mengenai KESKEB selain menyalurkan idea dan pandangan kepada Kelab supaya sentiasa mengutamakan aktiviti yang memenuhi aspirasi ahli-ahlinya. Semua ahli berhak dan sentiasa digalakkan menyumbang idea dan pandangan untuk memantapkan lagi Kelab kita. Sejak penubuhan KESKEB pada tahun 2006, pelbagai program dan aktviti sukan dan kebajikan telah berjaya dilaksanakan. Adalah menjadi harapan saya agar program-program yang dianjur dapat terus dipelbagai dan diperluaskan supaya manfaat daripada program-program tersebut dapat dinikmati oleh semua ahli Kelab dan bukan untuk kumpulan tertentu sahaja. Akhirnya izinkan saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Jawatankuasa dan semua individu yang terlibat menzahirkan laman web ini. Semoga laman web ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua ahli dan menjadi pemangkin serta pemacu kejayaan Kelab kita. Sekian, salam hormat.

|
|
Kemaskini Terakhir Pada Isnin, 18 Oktober 2010 10:00 |