Utama  »  Mengenai KPWKM  »  Rasional Logo

Rasional Logo


Motif bunga ‘Bird of Paradise' Strelitzia sp. digunakan bagi mencerminkan sifat komponen dalam  Kementerian yang penuh karisma, penuh harmoni serta dinamik dalam setiap gerak kerja yang dipertanggungjawabkan.  Kelopak bunga yang pelbagai warna dan berbentuk manusia melambangkan masyarakat majmuk  sebagai satu keluarga besar yang ceria di Malaysia dan saling berganding bahu.

Lapan kelopak bunga kecil menggambarkan 8 golongan sasar Kementerian serta kelopak besar yang menggambarkan sokongan Kementerian kepada keseluruhan golongan sasar ini.Kelopak ungu bercantum dengan tangkai bunga memberi maksud wanita sebagai tunjang dan akar umbi dalam sesebuah institusi sama ada keluarga, masyarakat, Kementerian mahupun Negara. 
  • Jingga sebagai warna utama menggambarkan sokongan kebajikan yang padu berbakti kepada setiap lapisan masyarakat. Warna ini memenuhi hampir separuh logo kerana kebajikan merupakan agenda terbesar Kementerian.
  • Ungu melambangkan kewanitaan, cinta dan kasih sayang yang universal.
  • Hijau muda membawa makna potensi yang besar yang ada pada generasi baru yang sentiasa perlu digilap.
  • Merah melambangkan keberanian dan semangat yang utuh yang menjadi tunjang dalam usaha Kementerian memperkasakan seseorang individu, wanita dan seterusnya pembangunan keluarga dan masyarakat.