Utama  »  mySMS

mySMS

Gerbang SMS Kerajaan (mySMS 15888) telah dilancarkan oleh YBhg. Ketua Setiausaha Negara pada 31 Julai 2008 bersempena Persidangan Ketua Pegawai Maklumat(Chief information Officer - CIO) Sektor Awam 2008.

mySMS 15888 telah dibangunkan sebagai platform bagi agensi-agensi Kerajaan menyampaikan perkhidmatan menerusi saluran Sistem Pesanan Ringkas (SMS) menggunakan satu nombor iaitu 15888. Perhidmatan yang disediakan menjanjikan perkhidmatan yang cepat, tepat dan selamat kepada pelanggan.

Pelaksanaan mySMS 15888 merupakan salah satu usaha penambahbaikan bagi meningkat sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan kepada pelanggannya. Faedah-faedah yang boleh diperoleh melalui penggunaan mySMS 15888 ialah :
  • pelanggan boleh mendapatkan perkhidmatan yang disediakan oleh agensi-agensi Kerajaan dengan cepat, tepat dan selamat.
  • agensi-agensi Kerajaan dapat menyebarkan (broadcast) maklumat atau berita penting kepada pelanggan. Di antara maklumat yang disebarkan adalah notis tamat lesen memandu dan tamat cukai jalan serta informasi mengenai aktiviti yang dirancang oleh Kerajaan untuk rakyat; dan
  • bagi pelanggan yang berdaftar sebagai ahli mySMS 15888, mereka boleh membuat langganan perkhidmatan SMS yang digemari. Ini membolehkan mereka mendapat notis seperti status lesen memandu atau cukai jalan sebelum tamat tempoh.
a) Perkhidmatan SMS KPWKM:
i) Kemudahan untuk mendapatkan alamat rasmi KPWKM, sila taipkan :
KPWKM ALAMAT & SMS ke 15888

ii) Kemudahan untuk mengemukakan aduan KPWKM, sila taipkan :
KPWKM [Aduan Anda] & SMS ke 15888
 
b) Gerbang MySMS Malaysia :
Sila klik disini untuk melayari laman web, Gerbang SMS Kerajaan Malaysia.
Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 3 Tahun 2008 bertajuk "Panduan Menambahbaik Sistem Penyampaian Perkhidmatan Kerajaan Menerusi Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS)", sila klik di sini.