Berita KPWKM

PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BERI PELUANG PESALAH MUDA BAIKI DIRI
PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BERI PELUANG PESALAH MUDA BAIKI DIRI
 
Kelantan, 06 Oktober - Seramai 4,359 pesalah muda telah dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat dan  daripada jumlah tersebut seramai 3,084 telah berjaya tamat dengan jayanya.
 
Kem Integrasi ini merupakan penganjuran kali ke-3 sejak perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat diperkenalkan pada tahun 2008 dan kem Integrasi ini adalah melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat sebanyak 24 agregat jam kepada pesalah muda yang dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat oleh mahkamah.
 
Berdasarkan dapatan penilaian Program Kem Jati Diri dan Kem Kerohanian yang diadakan pada tahun 2016 di peringkat kebangsaan mendapati lebih 80 peratus peserta yang pada awalnya kurang berminat untuk memperbaiki diri telah mengubah persepsi mereka selepas tamat program tersebut. Penilaian selepas program tersebut mendapati 70 peratus peserta bersetuju bahawa program yang diikuti telah menyumbang sesuatu yang positif terhadap diri mereka
 
Majlis Perasmian Penutup Kem Integrasi Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan 2016 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim bertempat di Dewan Semai Bakti, FELDA Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan.
 

 
Lain-lain Berita KPWKM