Berita KPWKM

MESYUARAT PERINGKAT MENTERI KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL ASEAN (AMMSWD) KE-9 DAN MESYUARAT AMMSWD+3 KE-5, JAKARTA, INDONESIA 29 - 30 SEPTEMBER 2016
MESYUARAT PERINGKAT MENTERI KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL ASEAN (AMMSWD) KE-9 DAN MESYUARAT AMMSWD+3 KE-5, JAKARTA, INDONESIA 29 - 30 SEPTEMBER 2016
 
SEPANG, 28 SEPTEMBER 2016 - YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berangkat ke Jakarta, Indonesia hari ini bagi menghadiri Mesyuarat Peringkat Menteri Kebajikan dan Pembangunan Sosial ASEAN (AMMSWD) Ke-9 dan Mesyuarat AMMSWD+3 Ke-5 yang akan berlangsung dari 29 hingga 30 September 2016.
Tema mesyuarat pada kali ini adalah “Strengthening Social Welfare Development in Pursuing ASEAN Community Vision 2025”.

Mesyuarat AMMSWD ke-9 diadakan bertujuan menyelia semua aktiviti yang telah dirancang bagi kerjasama ASEAN mengenai kebajikan sosial dan pembangunan di bawah bidang kuasa SOMSWD dan ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) manakala Mesyuarat AMMSWD+3 memberi fokus kepada sesi perkongsian pengalaman dan pandangan daripada semua negara anggota ASEAN dan negara-negara ‘Plus Three’ iaitu China, Jepun dan Republik Korea.

Kedua-dua mesyuarat ini mengumpulkan kesemua Menteri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan pembangunan sosial di setiap negara anggota ASEAN.

Terdahulu, Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Kebajikan dan Pembangunan Sosial (SOMSWD) Ke-12 dan Mesyuarat SOMSWD+3 Ke-11 telah diadakan dari 26 hingga 28 September 2016 yang dihadiri oleh YBrs. Dr. Rose Lena Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Tel:  03-8323 1087 / 03-8323 1088
emel: info@kpwkm.gov.my

Klik untuk Muat turun siaran media 
Lain-lain Berita KPWKM