TAJUK KERTAS KERJA
Nyatakan tajuk kertas kerja yang bersesuaian.
Contoh:
SEMINAR MENCEGAH, MEMBASMI DAN MENANGANI GANGGUAN
SEKSUAL DI TEMPAT KERJA.
TUJUAN
Nyatakan tujuan projek/program.
Contoh:
Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memaklumkan
serta mencadangkan pelaksanaan seminar bagi
tujuan Mencegah, Membasmi Dan Menangani Gangguan
Seksual Di Tempat Kerja.
LATAR BELAKANG
Nyatakan sedikit latar belakang pertubuhan dan
hubungkait serta kepentingannya dengan program
yang dicadangkan.
Contoh:
Isu-isu gangguan seksual sering diperkatakan
dan semakin mendapat liputan media-media cetak
dan elektronik. Kes-kes gangguan seksual juga
telah menular dikalangan warga pekerja di tempat
kerja. Kebanyakannya kes gangguan seksual di
tempat kerja melibatkan kaum wanita maka satu
program ini perlulah dipanjangkan kepada golongan
ini.
OBJEKTIF
Senaraikan objektif-objektif utama program ini.
Contoh:
Untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pekerja-pekerja
wanita di sektor swasta tentang gangguan seksual
dan cara menangani gangguan seksual.
KOMPONEN PROJEK
Cadangan tarikh dan tempat perlaksanaan
Nyatakan cadangan tarikh-tarikh dan tempat-tempat
program ini akan dilaksanakan.
Contoh:
Bil
Tarikh
Butiran
Latihan/Seminar
Lokasi
1.
JANUARI
SEMINAR
KESEDARAN
MELAKA
2.
FEBRUARI
SEMINAR
KESEDARAN
W.PERSEKUTUAN
3.
MAC
SEMINAR
KESEDARAN
SEREMBAN
Peserta (KUMPULAN SASAR)
Nyatakan jumlah dan kumpulan peserta
Contoh:
300 orang pekerja wanita dari sektor swasta
bagi setiap kali kursus.
Kaedah Perlaksanaan
Nyatakan kaedah perlaksanaan program sama ada
dalam bentuk seminar, ceramah, bengkel, kempen
dan sebagainya.
Aturcara (sebagai maklumat tambahan)
Kepilkan cadangan aturcara program.
Contoh:
HARI PERTAMA
Pagi:
Pendaftaran
Pembukaan/ Perasmian
Taklimat Pentadbiran Oleh Jabatan
Buruh
Pembentangan Kertas Kerja/Panel Perbincangan
'Definisi, Skop Dan Kesan Gangguan Seksual
Di Tempat Kerja'
Tayangan Video
Makan tengah hari
Petang:
Bengkel
Pembentangan Hasil Bengkel
Jamuan Dan Bersurai
ANGGARAN PERBELANJAAN
Nyatakan anggaran perbelanjaan bagi setiap program
beserta pecahan-pecahan perbelanjaan.
Nyatakan juga jumlah peruntukan yang dipohon
daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat.
CARIAN
BANTUAN
APLIKASI
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50515 Kuala Lumpur.
MALAYSIA Tel: 03-2693 0095
Faks: 03-2693 4982
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768. Sebarang masalah tentang laman web sila emel kepada webmaster@kpwkm.gov.my