Untitled Document
  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Skip  Langkau Navigasi
  • W3C
  • 10
  • 12
  • 14
  •  Merah
  •  Biru
  •  Hijau
  •  Putih
  •  Set Semula
  • Latarbelakang

Banner
LAMAN UTAMA  |  SOALAN LAZIM  |  DIREKTORI  |  HUBUNGI KAMI  |  WEBMAIL  |  PETA LAMAN  |    Facebook KPWKM Twitter KPWKM RSS
UNDIAN
Apakah cadangan bentuk penerbitan yang sesuai serta berkesan diterbitkan oleh Kementerian khususnya dalam menyalurkan maklumat mengenai perkhidmatan Talian NUR 15999?

 
Maklum Balas Pelanggan KPWKM
Soal Selidik Laman Web
KALENDAR
WAKTU SOLAT
Tarikh
Hari
Imsak
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
AGENSI KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia  Jabatan Pembangunan Wanita
Lembaga Penduduk dan Pembangunan                  Keluarga Negara  Institut Sosial Malaysia
NIEW Senada
WARGA KPWKM
PPK  MBJ 
KESKEB  PUSPANITA 
FACEBOOK PUSPANITA 

PERINTIS E-MASYARAKAT

Apa itu e-Masyarakat?
Sistem/Aplikasi komputer merentasi agensi yang menyediakan perkhidmatan dan maklumat sosial secara elektronik kepada rakyat serta menjalankan aktiviti-aktiviti penyampaian perkhidmatan sosial kepada masyarakat umum khasnya kumpulan sasar demi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan sosial
 
  Muat turun brosur e-JKM Bil1/2008
  Muat turun brosur e-JKM Bil2/2008
Apa itu Perkhidmatan Sosial?
Apa jua perkhidmatan atau kemudahan material atau bukan material yang diberikan kepada orang awam khasnya kumpulan masyarakat yang memerlukan.
Apa itu e-JKM?
Sistem/Aplikasi komputer yang dibangunkan untuk kegunaan pegawai dan kakitangan JKMM bagi meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan JKMM.
Faedah e-JKM
  • Menyediakan pangkalan data dan perkhidmatan JKMM secara bersepadu;
  • Berkeupayaan memberi maklum balas yang cepat dan tepat;
  • Berkeupayaan mengelakkan pertindihan data dan kerja; dan
  • Meningkatkan/menggalakkan kesedaran serta penggunaan teknologi ICT di kalangan warga kerja JKMM.
Latar Belakang Projek
e-JKM merupkan projek pengkomputeran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM) iaitu salah satu projek daripada Pelan Tindakan Strategik Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM). Sistem yang bakal dibangunkan ini adalah Sistem Pengurusan Maklumat Khidmat Masyarakat berkomputer yang bercirikan aplikasi web yang memfokuskan kepada pengurusan 22 perkhidmatan utama yang telah dikenal pasti. Projek ini bermula pada Disember 2007 dan dijangka siap sepenuhnya di dalam tempoh 18 bulan.
Objektif Projek
Objektif utama Projek e-JKM adalah untuk membangunkan sistem maklumat yang dapat meningkatkan lagi penyampaian perkhidmatan kepada kumpulan sasar. Di antara objektif lain adalah seperti berikut:-
  • Mewujudkan budaya kerja yang sistematik melalui peningkatan infostruktur dan infrasruktur JKMM;
  • Mewujudkan pangkalan data bersepadu yang teratur, perkongsian maklumat dan mudah dicapai mengikut keperluan;
  • Mengelakkan pertindihan maklumat serta berkeupayaan menyediakan maklum balas yang cepat dan tepat; dan
  • Meningkatkan pembelajaran dan kesedaran ICT di kalangan pegawai JKMM.
Skop Projek
Skop Projek e-JKM adalah seperti berikut:-
  • Pembangunan Aplikasi - Membangunkan sebuah Sistem Pengkomputeran JKM (e-JKM) yang akan menyediakan 22 perkhidmatan kebajikan yang telah dikenalpasti;
  • Migrasi Data - Memindahkan data dalam bentuk dokumen fizikal dan digital (di Ibupejabat, JKMN, PKMD) ke bentuk rekod digital yang akan disimpan di dalam pangkalan data e-JKM;
  • Integrasi Sistem - Membangunkan antaramuka pengintegrasian di antara aplikasi e-JKM dan 3 aplikasi JKMM dan KPWKM sedia ada iaitu e-Bantuan, SMOKU dan GDIS;
  • Pemindahan Teknologi - Menyediakan beberapa siri latihan teknikal kepada staf teknikal semasa fasa pembangunan sistem;
  • Latihan - Menyediakan beberapa siri latihan aplikasi kepada pentadbir aplikasi dan pengguna selepas Ujian Penerimaan dilaksanakan;
  • Real Application Cluster - Menyediakan RAC pada pangkalan data e-JKM;
  • Disaster Recovery - Menyediakan pemulihan bencana bagi aplikasi e-JKM; dan
  • Perkakasan dan Perisian - Menghantar, memasang dan menyediakan persekitaran pembangunan semasa fasa rekabentuk dan pembangunan aplikasi; dan juga menghantar, memasang dan menyediakan persekitaran produksi selepas ujian penerimaan dilaksanakan.
22 Perkhidmatan Utama
1. Proses kemasukan maklumat
  • Permohonan Kemasukan OKU ke Institusi Kebajikan
  • Pemantauan OKU yang telah tamat menjalani latihan di PLPP Bangi
  • Data bagi OKU yang bekerja di Sektor Awam

2. Program Pemulihan Dalam Komuniti - Laporan data dari Pangkalan Data PDK
  • Pusat Pemulihan Dalam Komuniti
  • One Stop Center (Pusat Khidmat Setempat PDK)

3. Pengurusan Pertubuhan Sukarela Kebajikan

4. Briged Kebajikan Perdana

5. Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kawasan Parlimen (MAYANG)

6. Pengurusan Bantuan Bencana

7. Pendaftaran Pusat Jagaan

8. Pendaftaran Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA)
  • TASKA Tempat Kerja
  • TASKA Komuniti
  • TASKA Institusi
  • TASKA Rumah

9. Perkhidmatan Kaunseling dan Psikologi

10. Pengendalian Kes Kanak-Kanak Terlibat dengan Jenayah

11. Pengendalian Kes Kanak-Kanak Tidak Terkawal

12. Pengendalian Kes Kanak-Kanak yang Memerlukan Perlindungan dan Pemulihan

13. Pengendalian Kanak-Kanak yang Memerlukan Perlindungan dan Pemeliharaan
  • Penderaan Kanak-Kanak
  • Pengendalian Kanak-Kanak yang memerlukan perlindungan segera
  • Pengendalian Permohonan Anak Pelihara

14. Pengendalian Kes Wanita yang Mengandung Luar Nikah (18 tahun ke atas)

15. Pengendalian Kes Anak Angkat
  • Pengangkatan melalui Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952;(Rujukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara)
  • Pendaftaran Anak Angkat melalui Akta Pengangkatan 1952 (Rujukan oleh Mahkamah)

16. Pengurusan Kes-Kes di bawah Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007

17. Program Khidmat Sokongan Saksi

18. Pengendalian Mangsa Keganasan Rumah Tangga dan Maklumat tempat Perlindungan disediakan

19. Pengurusan Kemasukan Warga Tua ke Institusi

20. Profil Komuniti untuk Komuniti (K 4 K)
  • Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)
  • Pusat Jagaan Harian Warga Emas (PJHWE)
  • Program Khidmat Jagaan Warga Emas di Rumah (Home Help)
  • Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK)
  • Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)
  • Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah (JKKD)

21. Pengurusan Menyelamatkan Orang Papa dan Pengemis
  • Menyelamatkan Orang Papa dan Pengemis, Akta Orang Papa 1977
  • Perintah tahanan sementara untuk pengemis subseksyen 3(2), Akta Orang Papa 1977
  • Perintah tetap subseksyen 3(4), Akta Orang Papa 1977
  • Permohonan sukarela seksyen 4, Akta Orang Papa 1977

22. Pengurusan Program Perintah Khidmat Masyarakat (berumur 18 hingga 21 tahun)
Poster Nisha Hilang
CARIAN
BANTUAN
Manual Pengguna
APLIKASI
Adobe  Firefox 

Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat

Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50515 Kuala Lumpur.
MALAYSIA
Tel: 03-2693 0095
Faks: 03-2693 4982

info@kpwkm.gov.my
Peta Lokasi
  Google Map

NKRA
e-Rham
Facebook KPWKM
Carian Pegawai
Bidang Keberhasilan Utama Negara - Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
Dasar
Piagam Pelanggan
Video
Surat Kepada Pengarang
Kenyataan Media
e-aduan
Kempen
Transaksi
PAUTAN CEPAT
SEBUTHARGA KPWKM:SH/24/2010   icon blinking
Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial Di Malaysia 2001-2005  
INFLUENZA A (H1N1)  
Pengenalan Ringkas SIA Penilaian Impak Sosial  
Hari Bersama Pelanggan  
Gender Focal Point  
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil