Unit Kaunseling baru ditubuhkan pada 15
Oktober 2001 iaitu selepas menempatkan seorang
kaunselor. Banyak kes-kes aduan diterima
daripada klien untuk meminta khidmat nasihat
dan rundingcara. Kebanyakan mereka akan
mendapatkan perkhidmatan melalui telefon
dan temujanji. Rundingcara melalui telefon
selalunya akan diikuti oleh temujanji jika
mereka ingin meneruskan sesi kaunseling
berserta mendapatkan saluran-saluran yang
hendak dipanjangkan ke agensi-agensi tertentu
yang berkaitan dengan masalah yang mereka
hadapi. |