Dasar payung yang merangkumi falsafah dan
berbagai dasar pembangunan sosial negara berteraskan
Perlembagaan, Rukunegara, Wawasan 2020 dan
komitmen negara di peringkat antarabangsa.
Dasar Sosial Negara (DSN) adalah satu dasar
pembangunan sosial yang berteraskan nilai-nilai
murni dan peningkatan keupayaan insan bagi
mencapai kesepaduan dan kestabilan sosial,
ketahanan nasional dan kesejahteraan hidup
masyarakat Malaysia yang maju dan mantap.
LATAR BELAKANG
1990an - Perbincangan isu-isu sosial
dan keperluan satu dasar sosial negara
1996 - Penubuhan J/k Kabinet Bagi
Membanteras Masalah Sosial (JKMMS)
1998 - JPPN membincangkan perlunya
ada DSN
- UPE minta KPNPM menggubal DSN
2002 - Pakarunding PINTAS menghasilkan
deraf DSN
- Pasukan Petugas Khas di KPNPM
- DSN, jentera pelaksanaan dan pendekatan
dibentangkan kepada JKMMS
2003 - DSN diluluskan oleh Jemaah
Menteri (19 Februari)
- DSN dilancarkan secara rasmi (19 Ogos)
PENYATAAN MATLAMAT
Mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang
maju dan mantap dengan setiap anggota masyarakat
berpeluang untuk memperkembangkan potensi
diri secara optimum di dalam persekitaran
sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu
padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral,
bertoleransi, progresif, penyayang, adil dan
saksama selaras dengan matlamat wawasan 2020.
PERNYATAAN DASAR
DSN ialah dasar pembangunan sosial yang berteraskan
nilai-nilai murni dan peningkatan keupayaan
insan bagi mencapai kesepaduan dan kestabilan
sosial, ketahanan nasional dan kesejahteraan
hidup masyarakat Malaysia yang maju serta
mantap.
OBJEKTIF UMUM
Menjamin setiap individu , keluarga dan masyarakat
tanpa mengira kumpulan etnik, agama, budaya,
gender dan fahaman politik serta wilayah dapat
menyertai dan memberi sumbangan kepada arus
pembangunan negara serta menikmati kesejahteraan
hidup secara berterusan
OBJEKTIF KHUSUS
Memastikan keperluan asas individu,
keluarga dan masyarakat dipenuhi
Keperluan asas secukupnya
Persekitaran fizikal yang sihat, bersih,
selamat dan mesra insan
Persekitaran sosial mengutamakan nilai-nilai
murni
Peluang untuk meningkatkan kualiti
hidup
Kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat
serta hak sebagai warganegara
Keperluan hidup lain yang sesuai dengan
perkembangan semasa
Membangun dan memperkasakan insan sepanjang
hayat
Tanpa membezakan gender, keturunan dan keupayaan
fizikal untuk mengguna dan mempertingkatkan
sumber serta kebolehan kendiri secara optimum
pada setiap peringkat kitaran hidup
Memperkukuh dan membangunkan sistem
sokongan sosial dan perkhidmatan sosial
Memperkukuh dan menambahkan:
Sistem sokongan sosial seperti sistem
keluarga, etnik, agama, organisasi sosial
dan lain-lain di peringkat komuniti
Sistem penyampaian perkhidmatan sosial
di semua sektor yang terlibat dengan perkhidmatan
sosial
Menjana sinergi multisektor
Kerjasama antara pelbagai bidang dalam dan
di antara sektor awam, swasta dan sukarela
perlu dipertingkatkan supaya wujud satu sinergi
tenaga dan sumber di dalam masyarakat untuk
menjamin perkhidmatan sosial yang terbaik
untuk semua anggota masyarakat, berasaskan
konsep bahawa pembangunan sosial adalah tanggungjawab
bersama
HUBUNGI KAMI
Urusetia
Majlis Sosial Negara,
Bahagian Perlaksanaan Dasar Sosial Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, keluarga dan
Masyarakat
Tingkat 21, Menara Tun Ismail Mohd Ali,
Jalan Raja Laut, 50582 Kuala Lumpur .
Selaras dengan pelaksanaan
Dasar Sosial Negara, pihak Kementerian Pembangunan
wanita, keluarga dan Masyarakat telah dipertanggungjawabkan
untuk menubuh sebanyak 47 buah Pusat Rujukan
Sosial (PRS) di seluruh negara.
Pelaksanaan PRS ini memerlukan satu garis
panduan untuk dijadikan bahan rujukan kepada
agensi-agensi dan mereka yang telibat secara
langsung dengan pengurusan PRS. Disamping
itu, ianya diharapkan dapat menjamin keberkesanan
dan meningkat kualiti pengurusan PRS di bawah
jagaan masing-masing.
Garis panduan ini meliputi 6 elemen penting
iaitu :
i. Latarbelakang penubuhan dan fungsi PRS
;
ii. Peranan dan tanggungjawab Jawatankuasa,
Petugas dan Penyelia PRS serta Pakar Rujuk
;
iii. Fungsi dan carta jentera pelaksanaan
Dasar Sosial Negara (DSN).
iv. Contoh format / borang bagi pelbagai
urusan PRS ;
v. Senarai PRS; dan
vi. Manual Petugas PRS bagi Sistem Pangkalan
Data
FUNGSI PRS
1. Pusat pangkalan data
- Menyimpan
maklumat asas mengenai perkhidmatan sektor
sosial
- Frequently Asked Questions (FAQ) dari
agensi sosial dan NGO peringkat kebangsaan
- Data tempatan dan perkhidmatan agensi/NGO
di peringkat daerah/negeri
- Di masa hadapan, pangkalan data ini akan
diperkembangkan kepada khidmat e-buletin,
e-forum, e-aduan dan e-pakar rujuk/pembimbing
2. Pusat maklumat
- Risalah dan nota maklumat
- Borang permohonan
- Peraturan/kelayakan perkhidmatan
- Panduan/proses permohonan
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768. Sebarang masalah tentang laman web sila emel kepada webmaster@kpwkm.gov.my