Untitled Document
  • Bahasa Malaysia
  • English
  • Skip  Langkau Navigasi
  • W3C
  • 10
  • 12
  • 14
  •  Merah
  •  Biru
  •  Hijau
  •  Putih
  •  Set Semula
  • Latarbelakang

Banner
LAMAN UTAMA  |  SOALAN LAZIM  |  DIREKTORI  |  HUBUNGI KAMI  |  WEBMAIL  |  PETA LAMAN  |    Facebook KPWKM Twitter KPWKM RSS
UNDIAN
Apakah cadangan bentuk penerbitan yang sesuai serta berkesan diterbitkan oleh Kementerian khususnya dalam menyalurkan maklumat mengenai perkhidmatan Talian NUR 15999?

 
Maklum Balas Pelanggan KPWKM
Soal Selidik Laman Web
KALENDAR
WAKTU SOLAT
Tarikh
Hari
Imsak
Subuh
Zohor
Asar
Maghrib
Isyak
AGENSI KPWKM
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia  Jabatan Pembangunan Wanita
Lembaga Penduduk dan Pembangunan                  Keluarga Negara  Institut Sosial Malaysia
NIEW Senada
WARGA KPWKM
PPK  MBJ 
KESKEB  PUSPANITA 
FACEBOOK PUSPANITA 

Sepintas Lalu dan Aktiviti

SEPINTAS LALU

Sekretariat Pembelaan dan Pemerkasaan Wanita Islam (SENADA) ditubuhkan pada 10 Jun 2008 setelah dipersetujui oleh mantan YAB Perdana Menteri, Tun Abdullah Bin Haji Ahmad Badawi. Pada ketika itu, mantan YAB Perdana Menteri menjadi penaung kepada SENADA yang dipertanggungjawabkan di bawah Penasihat Hal Ehwal Pembangunan Wanita dan Sosial kepada YAB Perdana Menteri , YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Cadangan bagi penubuhan sebuah sekretariat khusus untuk wanita Islam telah disuarakan menerusi memorandum kepada mantan YAB Perdana Menteri, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi ketika Majlis Dialog di antara Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, YB Senator Dato’ Seri Shahrizat Abdul Jalil, YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan 76 Pertubuhan-pertubuhan Bukan Kerajaan pada 10hb Jun 2008.

Berikutan rombakan Kabinet pada bulan April 2009,  YB Senator Dato’ Seri Shahrizat binti Abdul Jalil telah dilantik semula sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan SENADA telah dipindahkan ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

AKTIVITI SENADA

Tarikh

Perkara

Aktiviti

14 November 2008 Majlis Pertemuan antara SENADA dan Delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat Satu pertemuan telah diadakan di antara Y.Bhg Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil dengan Dewan Muslimat PAS di Aras 3 Blok Barat, Bangunan Perdana Putra, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya bagi mengumpul isu-isu berkaitan wanita Islam untuk di bawa oleh pihak SENADA.
26 November 2008 Majlis Pertemuan dengan Kargozar Public Relation Institute of Tehran Pihak SENADA mengadakan taklimat tentang tujuan penubuhan sekretariat ini kepada wakil dari institut dan mereka memberikan maklum balas yang positif tentang kewujudan sekretariat ini yang dilihat oleh mereka sebagai memberikan banyak kebaikan kepada kaum wanita terutama sekali wanita Islam.
19-20 Disember 2008 Program SENADA: Swadaya Wanita, Pembelaan Wanita Islam Program ini diadakan di Kuala Terengganu, Terengganu yang melibatkan lebih kurang 200 orang wanita Islam dari seluruh pelusuk negeri Terengganu. Pengisian program ini meliputi aspek perundangan syariah dan keagamaan.
16 Januari 2009 Pertemuan dengan ISTAC Pertemuan tidak rasmi dengan International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
30 Januari 2009 Pertemuan dengan IAIS Pertemuan tidak rasmi dengan Institute of Advance Islamic Studies (IAIS)
Februari 2009 Pertemuan dengan JKSM Pertemuan tidak rasmi bersama Jabatan Kehakiman Syariah (JKSM)
3 Mac 2009 Pertemuan dengan JAKIM Pertemuan tidak rasmi bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
4 Mac 2009 Pertemuan dengan JPN Pertemuan tidak rasmi dengan Jabatan Peguam Negara (JPN)
11 Mac 2009 Konvensyen SENADA dan Bengkel Pelan Tindakan Konvensyen ini diadakan bertujuan untuk mencari pelan tindakan yang sesuai bagi isu-isu yang telah dikumpul oleh pihak SENADA dari pelbagai pihak yang mana isu-isu tersebut telah dibahagikan kepada tiga topik iaitu undang-undang, agama dan kebajikan. Konvensyen ini dihadiri oleh wakil-wakil dari pelbagai agensi kerajaan, universiti, NGO serta orang perseorangan.
18 Jun 2009 Majlis Pertemuan bersama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) Pihak GAMIS meminta pandangan atau buah fikiran daripada pihak SENADA bagi mencari kaedah atau cara yang bersesuaian dalam usaha untuk memperbaiki sistem pendidikan Ilam di Malaysia.
18 Jun 2009 Pertemuan dengan JPW Majlis pertemuan dan taklimat SENADA bersama Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).
3 Julai 2009 Pertemuan dengan JKM Majlis pertemuan dan taklimat SENADA bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
6 Julai 2009 Pertemuan dengan LPPKN Majlis pertemuan dan taklimat SENADA bersama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
7 Julai 2009 Taklimat dengan JPM Taklimat SENADA dan Isu Keganasan Rumahtangga di Bahagian Kabinet, Perlembagaan dan Perhubungan antara Kerajaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM).
8 Julai 2009 Pertemuan dengan ISM Majlis pertemuan dan taklimat SENADA bersama Institut Sosial Malaysia (ISM).

 

Poster Nisha Hilang
CARIAN
BANTUAN
Manual Pengguna
APLIKASI
Adobe  Firefox 

Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat

Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana,
Jalan Dato' Onn,
50515 Kuala Lumpur.
MALAYSIA
Tel: 03-2693 0095
Faks: 03-2693 4982

info@kpwkm.gov.my
Peta Lokasi
  Google Map

NKRA
e-Rham
Facebook KPWKM
Carian Pegawai
Bidang Keberhasilan Utama Negara - Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat Berpendapatan Rendah
Dasar
Piagam Pelanggan
Video
Surat Kepada Pengarang
Kenyataan Media
e-aduan
Kempen
Transaksi
PAUTAN CEPAT
SEBUTHARGA KPWKM:SH/24/2010   icon blinking
Laporan Akhir Kajian Inventori Penyelidikan Pembangunan Sosial Di Malaysia 2001-2005  
INFLUENZA A (H1N1)  
Pengenalan Ringkas SIA Penilaian Impak Sosial  
Hari Bersama Pelanggan  
Gender Focal Point  
Dato' Sri Shahrizat Abdul Jalil