Pusat Sumber Ditubuhkan untuk menjadi Pusat Rujukan utama dalam negara bagi isu berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat.
Koleksi Buku, majalah/jurnal, keratan akhbar, foto, poster, buku program, kaset audio, kaset video, CD audio, VCD dan DVD berkaitan wanita, keluarga dan masyarakat.
Pelanggan
3.1 Warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia (JKMM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Institut Sosial Malaysia (ISM) selama tempoh sah bertugas.
3.2 Orang awam * (individu termasuk pelajar, penyelidik, jabatan kerajaan dan sektor swasta)
* Surat sokongan daripada Guru/Pensyarah/Majikan diperlukan
OPAC InfoNur Membolehkan pengguna membuat pencarian koleksi Pusat Sumber, KPWKM secara intranet dengan menggunakan sistem perpustakaan bersepadu.
Perkhidmatan
5.1 Perkhidmatan Rujukan
Koleksi rujukan tersedia dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris yang terdapat di dalam bahan rujukan utama seperti ensaiklopedia, almanak, buku tahunan, akta Parlimen Malaysia, kamus, thesaurus , factbooks, guidebooks , biografi, atlas, keratan akhbar, majalah berjilid dan bahan media (kaset, CD audio, VHS, VCD dan DVD)
5.2 Perkhidmatan Pinjaman
Dihadkan kepada 5 (lima) bahan perpustakaan (buku, majalah). Kemudahan meminjam dihadkan kepada pengguna yang berdaftar.
5.3 Perkhidmatan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP)
Ialah kemudahan pinjaman yang dibuat antara perpustakaan dari dalam dan luar Negara. Permohonan perlu dibuat melalui Pustakawan/Pegawai Pusat Sumber dan tertakluk kepada syarat dan perjanjian (MoU ) SPP.
5.4 Perkhidmatan Pempakejan Maklumat
Pempakejan maklumat disediakan bagi topik tertentu mengikut permintaan dari masa ke semasa.
5.5 Perkhidmatan Pendidikan Pengguna
Ialah sesi pendidikan pengguna bagi meningkatkan literasi maklumat supaya pengguna berkebolehan mengesan, mendapat dan mengguna maklumat melalui sistem perpustakaan bersepadu.
5.6 Perkhidmatan Kesedaran Semasa
Perpustakaan menyedia dan mengedar keratan akhbar, senarai perolehan baru koleksi perpustakaan serta mukasurat kandungan majalah terkini.
5.7 Perkhidmatan Reprografi
Mesin fotokopi disediakan untuk kemudahan pengguna
5.8 Perkhidmatan Tayangan Gambar
Disediakan di Bilik Pandang Dengar mengikut jadual yang ditetapkan dari masa ke semasa.
Tempoh Pinjaman
Buku - 14 hari
Majalah* - 7 hari
* Terhad kepada majalah kebelakangan sahaja. Isu terkini boleh dipinjam mulai 4.30 petang dan dikembalikan sebelum 8.30 pagi keesokan hari atau pada hari berkerja berikutnya, sekiranya hari berikutnya adalah cuti awam.
Pembaharuan Pinjaman
2.1 Pembaharuan boleh dibuat melalui telefon, faksimili atau datang sendiri ke kaunter perpustakaan.
2.2 Lanjutan pinjaman dibenarkan untuk maksimum dua (2) kali dengan syarat tidak ditempah oleh pengguna lain.
2.3 Permohonan pembaharuan hanya sah dibuat sebelum tamat tempoh pinjaman.
Tempahan
Boleh dibuat melalui telefon, faksimili atau datang sendiri ke kaunter perpustakaan pada waktu perkhidmatan perpustakaan.
Kemudahan Yang Tersedia
4.1 Perpustakaan
Tersedia dengan 10,000 naskah bahan dan tempat duduk untuk 20 orang pembaca.
4.2 Pusat Sumber Interaktif
Tersedia dengan kemudahan komputer seperti word processor , pencarian maklumat melalui OPAC (intranet), internet dan pangkalan data keratan akhbar.
4.3 Bilik Pandang Dengar
Tersedia bagi tayangan gambar untuk 10 – 15 orang.
Aras 1, Blok E, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana, Jalan Dato' Onn, 50515 Kuala Lumpur
Telefon : 603-2693 0095 (am), 603-2690 4099 (kaunter)
Faksimili : 603-2026 1590
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768. Sebarang masalah tentang laman web sila emel kepada webmaster@kpwkm.gov.my