1 Azam

1azam

OBJEKTIF

1AZAM menyediakan peluang menjana pendapatan kepada rakyat berpendapatan rendah. Jangkaan pendapatan antara RM750 hingga RM2,000 sebulan.

TUJUAN PROJEK

Projek 1AZAM diperkenalkan bagi menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan rakyat Malaysia miskin tegar dan miskin, menambah pendapatan sehingga melebihi had garis kemiskinan yang ditetapkan iaitu RM750 sebulan bagi miskin dan di bawah RM2000 sebulan bagi golongan berpendapatan rendah.

4 (empat) peluang menambah pendapatan dikenalpasti:

  • Penempatan pekerjaan
  • Perniagaan kecil-kecilan
  • Penyediaan perkhidmatan
  • Pertanian

FAEDAH

Menyediakan peluang kepada rakyat berpendapatan rendah menjana pendapatan. Memperkasakan ekonomi rakyat berpendapatan rendah. Menggalakkan rakyat berpendapatan rendah untuk berdikari.

Pendekatan Pelaksanaan

Program 1AZAM akan dilaksanakan ke seluruh negara secara berperingkat-peringkat. Program perintis dijadual dimulakan di Iskandar Regional Development Authority (IRDA) atau Iskandar Malaysia, Johor, pada akhir bulan Januari 2010. Inisiatif akan diteruskan ke negeri-negeri lain melalui kerjasama dengan kawasan-kawasan koridor ekonomi utara, timur, Sabah dan Sarawak yang dilancarkan oleh kerajaan terdahulu daripada pembentukan Bidang Keberhasilan Utama Negara atau dikenali sebagai National Key Results Area (NKRA). Secara keseluruhannya, inisiatif 1AZAM akan menumpukan usaha untuk membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia melalui penempatan semula pekerjaan yang diisi oleh pekerja asing. Cadangan pihak makmal NKRA agar kerajaan memperkenalkan Penetapan Gaji Minimum kepada pelbagai industri dan sektor pekerjaan yang ditawarkan kepada tenaga kerja Malaysia, pasaran kerja bakal menyaksikan pekerja-pekerja Malaysia berpendapatan sekurang-kurangnya RM750 sebulan kepada pekerja berkelulusn rendah dan separa mahir.

 

Azam Kerja

Peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Program memberikan  focus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Latihan kemahiran disediakan.
Contoh pekerjaan adalah seperti:

 

  • Pengawal keselamatan
  • Pelayan restoran
  • Jurujual produk
  • Pengurusan rumahtangga
 

Azam Tani

Peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian. Antara projek yang dikenalpasti ialah:

  • Pertanian berkelompok
  • Tanaman yang mempunyai pulangan yang cepat
  • Ternakan
  • Projek hiliran hasil pertanian

 

Azam Niaga

Peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan kredit mikro. Contoh perniagaan adalah:

  • Makanan dan minuman
  • Nurseri
  • Kiosks
  • Perniagaan runcit
  • Industri kraftangan

 

Azam Khidmat

Peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan seperti:

  • Penjagaan landskap
  • Cucian kereta bergerak
  • Pusat jagaan kanak-kanak / warga emas
  • Penjagaan ibu bersalin
  • Rawatan penjagaan diri

Peserta diberikan pilihan sama ada terlibat secara sambilan atau sepenuh masa. Mereka juga boleh terlibat sebagai pengusaha atau pekerja.

 


Kemaskini Terakhir   19/10/2011 10:27 AM