Pada 5 Oktober 2009, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menganjurkan satu sesi percambahan fikiran yang dikenali sebagai Makmal NKRA atau Lab NKRA. Lab NKRA ini telah beroperasi selama 6 minggu bermula pada 5 Oktober 2009 sehingga 13 November 2009 bertempat di IOI Palm Garden Hotel Resort, Putrajaya. Objektif Lab adalah untuk memperinci dan membangunkan keenam-enam NKRA seperti mana yang telah digariskan oleh YAB Perdana Menteri sebelum ini.
Pejabat Pengurusan Transformasi atau Transformational Management Office (TMO), kini dikenali Delivery Management Office (DMO) diwujudkan bagi melaksanakan semua cadangan inisiatif yang telah dikemukakan oleh NKRA Low Income Households (LIH).
Untuk membasmi kemiskinan tegar dan mengurangkan kadar kemiskinan, NKRA LIH mengenalpasti 57 inisiatif yang akan dilaksanakan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah. Pendekatan tersebut melibatkan 8 perubahan struktur, 12 spektrum dan pelaksanaan program 1AZAM.
Inisiatif 8 perubahan struktur melibatkan:-
- Penyeragaman Definisi Berpendapatan Rendah, Miskin & Miskin Tegar
- Penyeragaman Data SDS (eKasih)
- Penyeragaman Servis Entiti
- Mengamalkan strategi SDS
- Penstrukturan semula subsidi dan insentif, memperkenalkan kad SDS
- Pelaksanaan Skim Takaful SDS
- Meningkatkan gaji minimum
- Meperkenalkan Inspektorat SDS
Manakala 12 Spektrum pula melibatkan:-
- Pendidikan dan Latihan;
- Kesihatan;
- Kemudahan Asas;
- Kewangan dan Kebendaan;
- Advokasi;
- Kemudahan Awam;
- Penempatan Kerajaan
- Skim Insurans Takaful Berkelompok
- Skim Mikro Kredit;
- Pensturukturan semula subsidi;
- Transisi dan Integrasi; dan
- Kemudahan Perumahan.
Program 1AZAM adalah merangkumi empat bidang iaitu Azam Kerja, AZAM Khidmat, AZAM Niaga dan AZAM Tani akan dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti golongan miskin.