Matlamat NKRA LIH

LAB NKRA LIH menetapkan sasaran untuk:-

  • Membasmi sepenuhnya kemiskinan tegar 44,643 isirumah yang didaftarkan di bawah sistem eKasih pada akhir tahun 2010. Angka ini tidak termasuk jumlah kemsikinan tegar orang asli.   Taburan jumlah miskin tegar seperti dalam peta.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan dari 3.6% kepada 2.8% sebelum 31 Disember 2010.
  • Melatih dan membangunkan 2,000 usahawan wanita pada tahun 2010 dan meningkatkan jumlah usahawan wanita kepada 4,000 orang hingga tahun 2012.
  • Meningkatan 50% dalam pemilikan/penyewaan rumah di kalangan rakyat berpendapatan bulanan RM2,500 ke bawah menjelang 2012.  Kerajaan melalui Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menawarkan 35,087 buah rumah kos rendah untuk dijual. Jabatan Perumahan Negara menawarkan 61,060 unit Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa.

 


Kemaskini Terakhir   24/01/2011 02:35 PM