A. SUB-NKRA #1: MEMBASMI KEMISKINAN TEGAR SEBELUM 31 DISEMBER 2010.
B. SUB-NKRA #2: MENGURANGKAN KADAR KEMISKINAN DARI 3.6% KEPADA 2.8% SEBELUM 31 DISEMBER 2010.
Soalan 1 : Apakah DEFINISI miskin tegar, miskin dan pendapatan rendah?
Jawapan :
Miskin tegar adalah mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM440.00. Miskin pula adalah merujuk kepada mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama RM750.00. Manakala berpendapatan rendah bermaksud mereka yang pendapatan isi rumah sebulan kurang atau sama dengan RM2,000.00.
Soalan 2 : Apa matlamat NKRA LIH?
Jawapan :
Matlamat NKRA LIH adalah untuk membasmi sejumlah 44,643 Ketua Isi Rumah (KIR) dan mengurangkan kadar kemiskinan daripada 3.6% kepada 2.8% menjelang Disember 2010.
Soalan 3 : Apakah perancangan kerajaan untuk membasmi kemiskinan tegar pada akhir tahun 2010?
Jawapan :
- Kerajaan telah mewujudkan pelbagai jenis peluang kerja bagi meningkatkan pendapatan isi rumah miskin tegar dengan menawarkan peluang pekerjaan, peluang pertanian dan peluang perniagaan melalui program 1AZAM.
- Bagi melaksanakan program tersebut, NKRA LIH akan bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Amanah Ikhtiar Malaysia untuk menjayakan Program 1AZAM.
Soalan 4 : Apakah inisiatif disediakan untuk golongan miskin tegar di bandar?
Jawapan :
Kerajaan bertanggungjawab memberi peluang peningkatan pendapatan kepada golongan miskin tegar di bandar dengan menawarkan mereka peluang pekerjaan dan peluang perniagaan yang boleh meningkatkan pendapatan mereka melalui program AZAM Kerja dan AZAM Niaga.
Soalan 5 : Adakah usaha-usaha dilaksanakan kerajaan untuk mengubah sikap malas di kalangan golongan miskin tegar?
Jawapan :
Kerajaan melalui agensi dan jabatan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pelajaran, Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli sentiasa memberi pendidikan, latihan, khidmat nasihat (advokasi), motivasi untuk membantu mereka yang malas supaya berusaha bagi mengubah minda untuk meningkatkan taraf hidup mereka. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengubah sikap mereka ini tertakluk kepada kesedaran diri mereka sendiri.
Soalan 6 : Adakah data kemiskinan tegar yang digunakan tepat dan apakah anda yakin tiada golongan miskin tegar yang tertinggal. Apakah indikator yang digunakan untuk mengukur kemiskinan dan ketepatan pengukurannya?
Jawapan :
- Data miskin tegar yang digunakan sekarang berasaskan daftar eKasih yang dibangunkan oleh ICU, Jabatan Perdana Menteri. Data ini dibekalkan atau didaftar oleh individu-individu dan ketua-ketua kampung melalui Pegawai-Pegawai Daerah atau secara terus melalui laman web di www.ekasih.gov.my dari seluruh negara.
- Data yang didaftarkan dianggap tepat kerana ia dibekal atau didaftar oleh ketua kampung iaitu merupakan individu yang mempunyai hubungan rapat serta mengenali masyarakat setempat.
- Selain itu, perangkawan daripada Jabatan Statistik Negara juga turut serta melakukan bancian dan juga pengesahan ke atas setiap kes yang didaftarkan di dalam e-Kasih. Usaha pengemaskinian ini dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan agar tiada rakyat Malaysia yang tergolong di bawah kategori miskin tegar tertinggal daripada menerima bantuan Kerajaan.
- Kriteria yang digunakan bagi mengukur kemiskinan tegar adalah menggunakan Paras Garis Kemiskinan (PGK) iaitu berdasarkan kepada keperluan minimum untuk makanan asasi untuk seisi rumah.
- Berdasarkan PGK ini, golongan miskin tegar adalah mereka yang berpendapatan seisi rumah di bawah RM440.00 sebulan dan ianya berbeza untuk kawasan bandar dan luar bandar.
Soalan 7 : Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan isi rumah miskin tegar yang tiada dalam senarai eKasih.
Jawapan :
- ICU menggunakan dua kaedah pendaftaran iaitu pendaftaran terbuka dan pendaftaran terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my.
- Pendaftaran terperinci akan dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group yang dianggotai oleh Pejabat Daerah dan ICU diperingkat negeri.
- Bagi mereka yang tidak tersenarai didalam eKasih, mereka masih lagi boleh menerima bantuan dari agensi-agensi lain seperti LKIM, Majlis Agama Islam Negeri, RISDA, MARA dan lain-lain melalui saringan agensi masing-masing.
Soalan 8 : Apakah mekanisme yang digunakan bagi memastikan dana yang diberikan kepada golongan miskin tegar tidak disalahgunakan atau diberhentikan apabila penerima tidak lagi layak menerima bantuan dan bagaimana wang tersebut disampaikan kepada golongan miskin?
Jawapan :
- KPWKM bersama-sama dengan agensi kerajaan lain yang terlibat akan membuat pemantauan ke atas pemberian bantuan bagi memastikan tidak berlaku penyelewengan bantuan .
- Bagi memastikan isi rumah yang telah memperoleh pendapatan melebihi PGK yang ditetapkan dan keluar daripada senarai miskin tegar, agensi pelaksana yang menyalurkan bantuan perlulah mengemaskini jenis dan jumlah bantuan yang telah diberikan ke dalam sistem eKasih dengan kadar segera supaya maklumat ini dapat dikemaskini.
Soalan 2 : Bagaimana dengan bantuan perumahan kepada golongan miskin di seluruh negara?
Jawapan :
Kerajaan juga merancang dan sedang menyediakan sebanyak 61,060 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) kepada rakyat miskin untuk disewa di seluruh negara menjelang akhir tahun 2012.
Soalan 3 : Bagaimana dengan golongan miskin yang tidak tergolong dalam penyewa atau pembeli rumah kos rendah yang ada sekarang?
Jawapan :
Mereka yang tidak berdaftar sebagai penyewa atau pembeli rumah kos rendah pada masa ini, mereka boleh mendaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan di kawasan masing-masing untuk mendapat bantuan perumahan. Walaubagaimanapun, mereka ini perlu melalui proses saringan yang sedia ada.
Soalan 4 : Bagaimana dengan golongan miskin yang memerlukan bantuan perumahan di kawasan pedalaman?
Jawapan :
-
Bagi golongan miskin yang berada di pedalaman, NKRA LIH dan NKRA Infrastruktur Luar Bandar (RBI) bekerjasama untuk memastikan mereka ini tidak dipinggirkan.
-
Antara bantuan yang akan diterima termasuk pembaikan rumah dan kemudahan sanitasi asas terutama di Sabah dan Sarawak.
E. AM DAN LAIN-LAIN
Soalan 1 : Adakah kerajaan mengambil kira tekanan kewangan yang dihadapi masyarakat bandar sekarang?
Jawapan :
Kerajaan memang mengambil kira tekanan kewangan yang dihadapi penduduk bandar oleh itu kerajaan meletakkan sasaran mereka yang berpendapatan bulanan RM3,000.00 ke bawah terutamanya mereka yang tinggal di Kuala Lumpur akan diberi perhatian khususnya menyediakan peluang-peluang pekerja serta meningkatkan kemudahan bantuan kepada golongan ini.
Soalan 2 : Adakah kerajaan menjalankan usaha melibatkan golongan sukarelawan sebagai peneraju masyarakat?
Jawapan :
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluaga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat telah menubuhkan Brigred Kebajikan Perdana seramai 1,500 orang sukarelawan. Mereka diberi latihan kemahiran dan cara mengurus bagi membolehkan mereka mengenalpasti golongan miskin/kurang upaya dan seterusnya mengurus bantuan kepada golongan miskin.
Soalan 3 : Mengapa agenda kesaksamaan gender tidak dimasukkan dalam KPI KPWKM?
Jawapan :
Kerajaan melalui KPWKM telah mengambil kira kesaksamaan gender dalam polisi kementerian khususnya mencadangkan supaya kerajaan mengambil 30% kakitangan wanita sebagai pembuat keputusan. Untuk memperkasakan wanita melalui inisiatif pembangunan ekonomi melalui NKRA, kementerian akan membangunkan 4,000 usahawan wanita pada akhir tahun 2012.
Soalan 4 : Apa yang dimaksudkan program 1AZAM?
Jawapan :
Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, khidmat, tani dan niaga yang dikenalpasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin. Sehingga kini, Makmal LIH telah mengenal pasti terdapat 120,000 peluang kerja dalam empat bidang kerja tersebut yang boleh ditawarkan kepada golongan miskin tegar yang produktif.
Soalan 5 : Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM?
Mereka yang ingin menyertai program 1AZAM mestilah mereka daripada golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih di
www.ekasih.gov.my
- Inisiatif pembasmian kemiskinan dahulu lebih menumpukan kepada bantuan secara terus dalam bentuk kewangan dan kebendaan. Manakala melalui insiatif baru, kerajaan akan mengenalpasti minat serta kemahiran mereka terlebih dahulu dan memberi latihan kemahiran, melatih, memberi motivasi dan memantau supaya mereka mempunyai keyakinan diri dan mampu berdikari.
- Kaedah/inisiatif baru ini lebih berkesan berdasarkan pengalaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dimana peserta-peserta di bawah seliaan AIM mampu membaiki taraf hidup sekali gus keluar daripada kepompong kemiskinan.
Soalan 13 : Terdapat banyak badan bukan kerajaan (NGO) dan pihak swasta bekerja secara bersendirian membantu dan meningkatkan taraf hidup golongan miskin. Mengapa kerajaan tidak bekerjasama dengan mereka?
Jawapan :
Kerajaan amat berterima kasih kepada badan-badan bukan kerajaan yang melaksanakan program membantu golongan miskin. Dalam masa yang sama kerajaan melalui KPWKM dan agensi di bawahnya bekerjasama dengan badan-badan bukan Kerajaan (NGO) dalam membantu golongan miskin.
Soalan 14 : Adakah kerajaan memberi perhatian kepda rakyat miskin bandar kesan daripada krisis ekonomi baru-baru ini? Apa yang kerajaan laksanakan bagi mengurangkan kesan ini ke atas rakyat yang terlibat?
Jawapan :
Kerajaan amat prihatin ke atas mereka yang menghadapi kesukaran akibat daripada krisis ekonomi. Untuk membantu rakyat kerajaan telah melancarkan 2 pakej merangsang ekonomi bernilai RM67 bilion pada tahun 2009. Kerajaan juga memberi dan mengekalkan subsidi bahan makanan seperti beras, tepung, minyak masak dan sebagainya bagi memastikan rakyat dapat menikmati kehidupan yang selesa.
Soalan 15 : Di dalam program penempatan kerja yang dikenalpasti dalam entiti 1M, GLC bagaimana penempatan kerja ini dapat dilakukan?
Jawapan :
Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia akan mengadakan perbincangan dari masa ke semasa bagi memastikan kerja yang diisi oleh pekerja asing diganti dengan pekerja tempatan.
Soalan 16 : Bagaimana anda memastikan sistem kredit mikro atau inisiatif SDS tidak disalahguna oleh individu tertentu. Apakah tindakan yang akan diambil bagi memastikan perancangan ini dilaksanakan tanpa prejudis?
Jawapan :
Di bawah sistem kredit mikro setiap permohonan akan diteliti dan diperiksa bagi memastikan ianya memenuhi kriteria yang ditetapkan. Kerajaan akan mewujudkan mekanisme bagi memastikan penerima bantuan yang didapati bersalah akan dihukum. Semua permohonan akan diberi layan secara sama rata tanpa mengira latarbelakang pendidikan, agama dan bangsa.
Soalan 17 : Penghuni rumah DBKL tidak semuanya miskin malahan terdapat daripada mereka berupaya mempunyai kereta dan melanggan ASTRO. Bagaimana anda dapat memastikan pemilikan rumah ini dibeli oleh mereka yang layak?
Jawapan :
DBKL mempunyai kriteria dan menguatkuasakan syarat ke atas mereka yang layak sahaja dapat membeli rumah DBKL. Setiap permohonan untuk membeli rumah DBKL akan ditapis oleh DBKL dan pemeriksaan akan dilakukan bagi memastikan butiran yang diberikan adalah tepat.
Soalan 18 : Didalam penempatan kerja yang anda cadangkan seperti pembantu rumah, pembantu pam atau tukang sapu tidak diminati oleh rakyat Malaysia dan kini dimonopoli oleh rakyat asing. Bagaimana akan anda laksanakan bagi menggalakkan rakyat Malaysia bekerja dalam bidang ini?
Jawapan :
Kerajaan akan melaksanakan gaji minimum mengikut sektoral dimana setiap sektor akan menetapkan gaji minimum. Kementerian Sumber Manusia kini sedang dalam peringkat kajian untuk melaksanakan gaji minimum pada sektor-sektor yang dapat menarik pekerja tempatan.
F. INISIATIF ELAUN BULANAN 1AZAM NATIONAL KEY RESULT AREA(NKRA) LOW INCOME HOUSEHOLDS(LIH)
Soalan 1 : Apakah yang dimaksudkan dengan Elaun Bulanan 1AZAM?
Jawapan :
Elaun Bulanan 1AZAM adalah salah satu inisiatif di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Meningkatkan Taraf Hidup Isi Rumah Berpendapatan Rendah. Inisiatif ini dilaksanakan bertujuan untuk memberi bantuan tunai serta meringankan beban rakyat miskin tegar yang berdaftar di dalam eKasih
Soalan 2 : Berapa lama inisitif ini akan dilaksanakan?
Jawapan :
Inisiatif ini dilaksanakan selama tiga (3) bulan iaitu pada 25 Oktober 2010 sehingga 31 Disember 2010. Bermula 1 Januari 2011, bayaran elaun ini hanya akan diberikan kepada peserta yang mengikuti program 1AZAM atau mana mana program pembasmian kemiskinan kerajaan persekutuan atau negeri.
Soalan 3 : Apakah syarat-syarat untuk mendapatkan bayaran elaun ini?
Jawapan :
Ketua isi rumah (KIR) atau AIR (ahli isi rumah) miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih sehingga Disember 2008 sahaja.
Soalan 4 : Emak/Ayah saya baru meninggal/ berpisah. Bolehkah saya mengambil bagi pihak mereka?
Jawapan :
Kes boleh dirujuk kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pertimbangan semula. Wakil boleh mengambil wang tersebut di pejabat pos.
Soalan 5 : Tarikh mula dan tarikh akhir Elaun Bulanan 1AZAM?
Jawapan :
Mulai 25 Oktober 2010 hingga 15 Januari 2011.
Soalan 6 : Kenapa jumlah yang saya terima berbeza daripada jiran saya?
Jawapan :
Jumlah bantuan tunai berbeza bagi sesebuah isi rumah kerana jumlah bantuan tersebut diukur berdasarkan jumlah pendapatan per kapita. (bergantung kepada pendapatan ahli isi rumah dan bilangan ahli isi rumah)
Soalan 7 : Siapakah yang layak menerima elaun ini?
Jawapan :
Bayaran bantuan tunai ini diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) atau AIR (ahli isi rumah) miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih sehingga Disember 2008.
Soalan 8 : Bolehkah saya memohon untuk mendapatkan elaun ini jika saya tidak berdaftar dengan eKasih?
Jawapan :
Tidak boleh. Elaun ini diberikan kepada ketua isi rumah (KIR) atau AIR (ahli isi rumah) miskin tegar yang berdaftar di dalam sistem eKasih sehingga Disember 2008 sahaja.
Soalan 9 : Adakah penerima elaun boleh mewakilkan pihak lain untuk menuntut bayaran ini?
Jawapan :
Ketua Isi Rumah yang tidak dapat datang sendiri boleh mewakilkan ahli isi rumahnya dan wakil perlu membawa kad pengenalan dan kad pengenalan Ketua Isi Rumah berserta dengan surat makluman semasa membuat tuntutan di pejabat pos.
Soalan 10 : Bagaimanakah elaun ini dibuat kepada penerima?
Jawapan :
Elaun ini akan diberikan secara bulanan melalui cawangan Pejabat Pos di seluruh negara. KIR atau AIR yang layak perlu membawa kad pengenalan diri serta surat makluman yang diberikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Soalan 11 : Bolehkah saya mengambil Elaun Bulanan 1AZAM saya daripada pejabat pos di daerah lain?
Jawapan :
Boleh. Penerima bantuan tunai hanya perlu membawa surat pemberitahuan serta kad pengenalan yang sah sebagai bukti.
Soalan 12 : Saya hanya hendak Elaun Bulanan 1AZAM sahaja dan tidak mahu menyertai Program 1AZAM, adakah ini boleh?
Jawapan :
Tidak boleh. Penerima Elaun Bulanan 1AZAM mesti menyertai Program 1AZAM jika ingin menerima elaun ini atau mana mana program pembasmian kemiskinan kerajaan persekutuan atau negeri.
Soalan 13 : Saya tidak menerima surat Elaun Bulanan 1AZAM, bolehkah saya mengambil wang di pejabat pos?
Jawapan :
Boleh bagi Ketua Isi Rumah. Wakil tidak dibenarkan sama sekali. Sila hubungi Talian NUR 15999.
Soalan 14 : Surat saya hilang/rosak, macam mana saya nak buat?
Jawapan :
Ketua Isi Rumah boleh mengambil wang di Pejabat Pos. KIR / wakil perlu menghubungi talian NUR 15999 untuk mendapatkan salinan surat yang baru.
Soalan 15 : Saya ada Kad Pengenalan sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara, bolehkan saya gunakan kad pengenalan tersebut untuk mengambil bantuan tunai ini di pejabat pos?
Jawapan :
Dibenarkan.
Soalan 16 : Bolehkah saya mengambil wang ini 3 bulan sekaligus?
Jawapan :
Tidak boleh. Wang perlu diambil secara bulanan. Walaubagaimanapun, 3 bulan hanya dibenarkan sekiranya bulan Okt, Nov dan Dis tidak diambil atau 2 bulan sekaligus dimana bulan Okt dan Nov tidak dituntut.
Soalan 17 : Apakah eKasih?
Jawapan :
eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.
Soalan 18 : Sejak bila eKasih diwujudkan?
Jawapan :
Sistem eKasih diwujudkan susulan daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 31 Oktober 2007. Bertitik tolak dari keputusan itu, ia mula dibangunkan secara in-house oleh ICU JPM dan mula digunakan pada Jun 2008.
Soalan 19 : Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam sistem eKasih?
Jawapan :
Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). Selain daripada itu, pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verfikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria, layak dimasukkan ke dalam eKasih.
Soalan 20 : Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan? Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini?
Jawapan :
Di dalam sebarang program banci, kes ‘keciciran’ pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Hasil bancian tidak wajar dianggap 100% sempurna. Faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain menjadi penyumbang kepada perkara ini.
Soalan 21 : Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih?
Jawapan :
Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan berdasarkan pendapatan per kapita isi rumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.
Soalan 22 : Bagaimanakah cara untuk mendaftarkan isi rumah miskin yang tiada dalam senarai eKasih?
Jawapan :
Dua kaedah pendaftaran iaitu pendaftaran terbuka dan pendaftaran terperinci. Bagi pendaftaran terbuka, orang miskin yang dikenalpasti atau wakil boleh mendaftarkan mereka dalam sistem eKasih melalui www.ekasih.gov.my. Pendaftaran terperinci dilakukan oleh pembanci bagi tujuan pengesahan dan seterusnya mendaftarkan mereka ke dalam sistem eKasih dengan disahkan oleh pihak Focus Group di peringkat negeri.
Soalan 23 : Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih?
Jawapan :
Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM), Pejabat Pembangunan Negeri atau Jabatan Pembangunan Persekutuan (PPN/JPP –Bahagian/Unit Pembasmian Kemiskinan) dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat emel/alamat surat menyurat.
Soalan 24 : Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan?
Jawapan :
Sistem eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul-betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan.
Soalan 25 : Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR)?
Jawapan :
Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberi tanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.
Soalan 26 : Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR)?
Jawapan :
Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.
Soalan 27 : Apa yang dimaksudkan program 1AZAM?
Jawapan :
Program 1AZAM bertujuan menyediakan peluang kepada golongan miskin tegar dan miskin untuk menjana pendapatan.
Soalan 28 : Siapakah golongan yang boleh menyertai program 1AZAM?
Jawapan :
Mereka yang ingin menyertai Program 1AZAM mestilah mereka daripada golongan miskin tegar dan miskin yang berdaftar dalam sistem eKasih di www.ekasih.gov.my.
Soalan 29 : Bolehkah saya mendaftar 1AZAM melalui talian telefon?
Jawapan :
Boleh, melalui Talian NUR 15999 dengan memberikan maklumat Nama Penuh, No. K/P, Alamat lengkap dan No. telefon (jika ada).