Selamat Datang Ke Laman Web PPK
SEKAPUR SIRIH: PDF Print E-mail
 
 

Y.Bhg. Datuk Nor Hayati Sulaiman
 Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga Dan Masyarakat (KPWKM)


Assalamualaikum wrt wbt dan Salam Sejahtera,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan izinNya maka Laman Web Program Pengupayaan Kendiri, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dapat diwujudkan. Tahniah dan syabas diucapkan kepada Unit Pengurusan Psikologi Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian di atas iltizam dan usaha mereka dalam merealisasikan penubuhan Laman Web ini.

Program Pengupayaan Kendiri (PPK) adalah satu program bersepadu yang mengandungi tiga program utama iaitu Program Pementoran, Program Pembimbing Rakan Sekerja (AKRAB) dan Program Kaunseling. PPK bertujuan untuk mengenalpasti, meneroka dan membangunkan potensi pegawai supaya berdaya maju, sihat mental dan fizikal serta berprestasi tinggi. Selain itu, PPK turut berperanan sebagai medium kepada pegawai KPWKM untuk berkongsi idea, melahirkan perasaan serta mendapatkan bimbingan, khidmat nasihat, dorongan dan sokongan dalam melaksanakan tugasan dan menjalani kehidupan seharian.

Besar harapan saya agar laman web ini dapat dimanfaatkan oleh semua warga Kementerian agar hasrat murni Kerajaan untuk membentuk penjawat awam yang mempunyai perspektif progresif, keperibadian yang seimbang dan budaya kerja yang unggul dapat direalisasikan.

Sekian, terima kasih.

Kemaskini terkini pada Rabu, 03 Februari 2010 10:53
 

Log Masuk



Info Pelawat

mod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_countermod_vvisit_counter
mod_vvisit_counterHari Ini1
mod_vvisit_counterSemalam22
mod_vvisit_counterMinggu Ini88
mod_vvisit_counterBulan Ini185
mod_vvisit_counterSemua1962

Tarikh:11-03-10 Masa:05:10:56
                                                    

 Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2009, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Penafian: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang

dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768