KOD ETIKA/ KERAHSIAAN: PDF Print E-mail

Perkhidmatan psikologi amat mementingkan aspek kerahsiaan. Ini bermakna segala rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling adalah rahsia dan SULIT mengikut Peraturan-Peraturan Kaunselor (Kelakuan Dan Tatatertib) 1999 dan Akta Kaunselor 1998.  Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian bagi menjamin kerahsiaan adalah seperti berikut:-

 

Sukarela

Segala maklumat, rekod dan urusan surat-menyurat yang berkaitan dengan klien yang datang secara sukarela bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah RAHSIA.

 

Merujuk kes untuk perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Ketua Jabatan atau perujuk yang ingin merujuk kes  bagi perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling  perlu menggunakan prosedur yang telah ditetapkan dalam Proses Kerja Merujuk Kes Bagi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (Lampiran A) dan maklumat tersebut termasuk surat-menyurat serta dokumen yang berkaitan adalah diklasifikasikan sebagai SULIT.

 

Membentuk, menyimpan, memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen perkhidmatan  bimbingan dan kaunseling   

Ketua   Jabatan   dan  pegawai  yang  terlibat  dengan  perkhidmatan  bimbingan  dan  kaunseling perlu mengekalkan  kerahsiaan  yang  sesuai  dalam  membentuk,   menyimpan,   memperolehi, memindah, mengeluarkan dan mendedahkan rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

 

Pengecualian pendedahan maklumat, rekod atau dokumen  perkhidmatan bimbingan dan kaunseling

Maklumat, rekod atau dokumen yang berkaitan dengan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling adalah rahsia kecuali untuk kebaikan klien,  kebaikan  orang lain,  kebaikan organisasi,  atau keperluan undang-undang.


Last Updated on Wednesday, 03 February 2010 10:17
 
                                                    

 Dasar Privasi  | Dasar Keselamatan

© Hakcipta 2009, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Penafian: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang

dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan terbaik menggunakan Internet Explorer 7.0 atau Mozilla Firefox dengan resolusi 1024 x 768