
Logo mencerminkan kesaksamaan dan perhubungan simbiotik antara manusia. Simbol yang berbentuk perkongsian menonjolkan hasil terakhir dengan pancaran sinaran ‘nur', berlatar belakangkan warna ungu yang mencerminkan masa hadapan bersama yang harmonis.
- Logo mengandungi simbol yang mewakili gender lelaki dan wanita.
- Penyatuan simbol mencerminkan pengiktirafan kesaksamaan antara lelaki dan wanita.
- Penyatuan simbol juga mencerminkan konsep kekeluargaan di mana pancaran sinaran 'nur' mewakili anak-anak yang seterusnya menggambarkan kebahagiaan dan keharmonian hasil dari kehidupan yang berlandaskan kesaksamaan.
- Latar belakang warna ungu memancarkan persekitaran mesra dan harmoni.
Secara keseluruhannya, logo menggambarkan kebaikan kesaksamaan dan keharmonian di antara dua gender. Hasilnya, adalah kebahagiaan hidup sebagai satu keluarga di mana pancaran sinaran 'nur' menggambarkan kesinambungan anak-anak yang membawa makna dalam setiap permulaan yang baru.