PENAFIAN KPWKM BERKAITAN PROGRAM BERSEPADU 1 AYAH 2 IBU PUTRAJAYA, 9 SEPTEMBER
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi di bawahnya menafikan sekeras-kerasnya bahawa Program Bersepadu 1 Ayah 2 Ibu yang dihebahkan menerusi laman dan aplikasi media sosial ada berkaitan dengan Kementerian. Kementerian kesal dengan tindakan penyalahgunaan nama, logo serta laman web Kementerian di dalam poster tersebut. Poster tersebut telah mula tersebar di laman-laman sosial pada bulan Ogos tahun lalu dan masih dikesan dimuatnaik oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sehingga ke hari ini. Susulan daripada itu, KPWKM telah membuat laporan polis dan aduan telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi siasatan terperinci. Kementerian menasihati orang ramai supaya tidak mempercayai maklumat palsu tersebut dan menyeru supaya berhenti untuk menyebarkan maklumat tersebut kepada pihak lain. Orang ramai boleh menyalurkan maklumat mengenai penyebaran poster ini ke alamat emel info@kpwkm.gov.my. Disediakan oleh :
Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Aras 35, No.55,
Persiaran Perdana,
Precint 4, 62100 PUTRAJAYA
No. Telefon : 03-8323 1087/8323 1088
No. Faks : 03-8323 2012
Emel : info@kpwkm.gov.my
Muaturun kenyataan media