Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik
VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI
BAHAGIAN DASAR PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
BAHAGIAN DASAR PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
VISI
Menjadi peneraju utama untuk mencapai kesaksamaan gender, pembangunan keluarga dan masyarakat penyayang dan sejahtera sebagai asas pembentukan sebuah negara maju yang terbilang.
MISI
Mengintegrasikan perspektif wanita dan masyarakat yang memerlukan ke dalam arus perdana pembangunan negara serta memperkukuhkan institusi keluarga ke arah peningkatan kesejahteraan sosial.
OBJEKTIF
- Meningkatkan penyertaan dan peranan aktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara.
- Memelihara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi.
- Memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik.
- Memantapkan institusi keluarga.
- Memastikan sistem penyampaian dan sokongan yang cekap dan berkesan.
- Merancang dan menggubal dasar serta strategi pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat serta memastikan perspektif gender dan keluarga diintegrasikan dalam dasar dan program pembangunan Negara
- Memantau dan mengkaji perundangan dan peraturan sedia ada dari segi dasar ke arah mencapai kesaksamaan gender dan kemantapan institusi keluarga
- Melaksanakan dan menyelaraskan penyelidikan dan kajian berhubung dengan isu wanita, keluarga dan masyarakat.
- Mengumpul, Menyimpan, Menganalisis dan Menyebarkan Maklumat Berkaitan Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Memantau, Menilai dan Menyelaraskan Pelaksanaan Dasar, Strategi dan Program Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Menyelaras dan Mengajurkan Forum Konsultatif, Dialog, Persidangan dan Mesyuarat Berhubung Isu Wanita, Keluarga dan Masyarakat
- Menjadi urusetia Majlis Orang Kurang Upaya, Majlis Warga Emas, Mesyuarat Post Kabinet, Jawatankuasa Perlindungan dan Pemulihan Mangsa Pemerdagangan Orang (JPPMPO), Majlis Penasihat Wanita Negara dan Majlis Perundingan Pembangunan Masyarakat Negara.
- Menyedia dan Menyelaras Kertas Jemaah Menteri, Maklumbalas Jemaah Menteri, Ulasan dan Menyediakan Jawapan Parlimen