Memastikan perspektif gender, keluarga dan kumpulan masyarakat diintegrasikan dalam penggubalan dasar dan perancangan serta pelaksanaan program.
Memantapkan penerapan nilai-nilai murni kekeluargaan di kalangan masyarakat melalui kerjasama erat dengan agensi-agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan.
Mengaudit undang-undang dan peraturan sedia ada dan mencadangkan perundangan baru bagi menjamin kelangsungan hidup, perlindungan dan pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan dalam bidang gender, kependudukan, pembangunan keluarga dan masyarakat bagi memperkenalkan pendekatan-pendekatan inovatif dalam perancangan dan pembangunan program.
Membangun dan memantapkan pangkalan data sosial yang komprehensif dan bersepadu untuk tujuan perancangan, pemantauan dan penilaian program-program untuk kumpulan sasar.
Mempertingkatkan tahap kemahiran dan pengetahuan serta memperkasakan kumpulan sasar bagi membolehkan penyertaan mereka yang berkesan dalam pembangunan negara.
Menambah dan mempelbagaikan peluang kumpulan sasar untuk meningkatkan taraf sosioekonomi melalui program-program pembangunan dengan kerjsama agensi-agensi pelaksana.
Memperkukuhkan jaringan kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dengan tujuan berkongsi maklumat, pengalaman dan kepakaran.
Menubuhkan mekanisme pemantauan dan penilaian untuk menambah baik dasar dan pelaksanaan program.
Memperluaskan akses teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kepada wanita, keluarga dan masyarakat.
Memantap dan memperkuatkan sistem penyampaian perkhidmatan di semua peringkat melalui pengurusan sumber manusia kewangan dan teknologi secara profesional dan optimum.
Menyebarkan maklumat mengenai kemudahan dan perkhidmatan yang terdapat di pelbagai agensi dan pertubuhan bagi membantu wanita, keluarga dan masyarakat mendapatkan perkhidmatan yang diperlukan.