Utama  »  Mengenai KPWKM  »  Bahagian / Unit  »  Bahagian Akaun

Bahagian Akaun

VISI, MISI, OBJEKTIF DAN FUNGSI
BAHAGIAN AKAUN

LATAR BELAKANG
 
Bahagian Akaun KPWKM ditubuhkan pada 1 Januari 2014 selaras dengan dasar kerajaan yang menghendaki setiap kementerian adalah Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) berikutan pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan Persekutuan yang dirancang akan dimulakan pada 1 Januari 2015. Walau bagaimanapun, pelaksanaan Perakaunan Akruan kemudiannya ditangguhkan kepada 1 Januari 2017.
 
Bagi tahun 2014, fungsi Bahagian Akaun adalah lebih fokus kepada pengumpulan data baki awal aset dan liabiliti Kementerian. Selain itu, Bahagian Akaun juga bertanggungjawab dalam pengurusan latihan Perakaunan Akruan dan sistem 1GFMAS kepada Trainer dan End User di Kementerian.
 
Mulai 1 Januari 2015, Bahagian Akaun mula mengambil alih sebahagian peranan dan fungsi Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Cawangan Putrajaya (kini dikenali dengan Bahagian Akaun Kementerian Kewangan) sebagai Jabatan Mengakaun Sendiri (JMS) bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan jabatan-jabatan di bawahnya iaitu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Pembangunan Wanita (JPW), Institut Sosial Malaysia (ISM) dan Institut Pengupayaan Wanita bagi Anggota Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NIEW)
 
Melalui Waran Perjawatan Bil S35 Tahun 2015 bertarikh 16 Februari 2015, sebanyak 19 perjawatan telah diluluskan di Bahagian Akaun termasuk empat (4) perjawatan yang dipindahkan daripada Unit Akaun, Bahagian Kewangan.
 
VISI
Menjadi Sebuah Organisasi Terbilang Dalam Menyediakan Perkhidmatan Perakaunan Dan kewangan Kerajaan Persekutuan.
 
MISI
Menyedia Perkhidmatan Perakaunan Dan Kewangan Kerajaan Yang Cekap Bagi Mempertingkatkan Akauntabiliti Sektor Awam
 
OBJEKTIF
  1. Mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan pengurusan kewangan dan perakaunan Kerajaan Persekutuan.
  2. Memastikan transaksi kewangan dan perakaunan diperakaunkan dengan tepat dan mematuhi peraturan yang berkuatkuasa.
  3. Menyediakan maklumat kewangan dan perakaunan yang tepat bagi penyediaan Penyata Kewangan Kerajaan Persekutuan yang berkualiti dan mengikut jadual.
  4. Memastikan pematuhan kepada peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa melalui pelaksanaan naziran bayaran, pemantauan dan audit terimaan.
  5. Memberikan khidmat nasihat yang berkualiti berkaitan perkhidmatan kewangan dan perakaunan mengikut keperluan pelanggan
  
FUNGSI UTAMA
  1. Mengakaunkan terimaan dan bayaran dengan betul agar maklumat kewangan dan akaun yang diberikan adalah tepat bagi tujuan penyediaan penyata kewangan.
  2. Memproses dan membayar gaji, elaun dan potongan gaji melalui Sistem Gaji Berkomputer
  3. Memproses dan menguruskan bayaran secara cek dan Electronic Funds Transfer (EFT).
  4. Melaksanakan Naziran Bayaran ke atas Pusat Tanggungjawab (PTJ) di bawah Kementerian.
  5. Melaksanakan Audit Terimaan meliputi semakan Dokumen Akuan Terimaan (DAT) dan Naziran Terimaan ke atas Pejabat Pemungut di bawah Kementerian.
  6. Menyelaras aktiviti-aktiviti berkaitan pengumpulan data baki awal aset dan liabiliti mengikut kategori Aset Alih, Aset Tak Alih, Aset Dalam Pembinaan, Akaun Belum Terima, Dan Akaun Belum Bayar bagi pelaksanaan Perakaunan Akruan Kementerian.
  
PIAGAM PELANGGAN
  1. Memproses bayaran dalam tempoh tiga (3) hari dari tarikh terima dokumen lengkap daripada Pusat Tanggungjawab (PTJ).
  2. Memproses pembayaran gaji bulanan pada tarikh yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM).
  3. Melaksanakan naziran eSPKB bagi PTJ dan mengeluarkan laporan naziran dalam tempoh 14 hari selepas tarikh exit meeting diadakan.
  4. Memberi khidmat nasihat mengenai perakaunan dan kewangan kepada Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian dalam tempoh tiga (3) hari bekerja.
  5. Mengurus penggantian cek/EFT batal dalam tempoh 14 hari dari tarikh terima permohonan.
  6. Menyediakan laporan Prestasi Bil dan menghantar kepada Pejabat Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada masa yang ditetapkan.