Bahagian Kolaborasi Strategik

VISI, MISI DAN FUNGSI
BAHAGIAN KOLABORASI STRATEGIK

VISI
Rangkaian strategik yang mantap melibatkan agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO bagi membantu kumpulan sasar KPWKM

MISI
Menjalin kerjasama pintar antara KPWKM, agensi kerajaan, sektor swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memastikan pelaksanaan dasar, program dan inisiatif KPWKM mencapai keberhasilan yang dapat dimanfaatkan oleh kumpulan sasar.

OBJEKTIF
  • Memperkasa jaringan kolaborasi strategic antara agensi-agensi di bawah KPWKM
  • Meningkatkan kerjasama antara KPWKM dan agensi-agensi kerajaan, sektor swasta dan NGO
  • Menyelaras program/inisiatif KPWKM di bawah Program Kerjsama Strategik yang antaranya melibatkan pemerkasaan komuniti dan peningkatan taraf hidup masyarakat
 
FUNGSI BAHAGIAN / UNIT
  1. Unit CSR
      - Menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Turun Padang KPWKM
      - Menyelaras permohonan kolaborasi daripada sektor korporat, NGO dan agensi Kerajaan
      - Membina jalinan kolaborasi strategik dengan sektor korporat, NGO dan agensi Kerajaan untuk manfaat kumpulan sasar Kementerian
      - Menyelaras penyediaan laporan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) KPWKM
     
  2. Unit PE
    a) Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera
         - Memantau dan menyelaras pelaksanaan pemerkasaan ekonomi Bumiputera bagi kumpulan sasar KPWKM;
         - Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera secara berkala; dan
         - Memantau pencapaian KPI pemerkasaan ekonomi Bumiputera.
    b) Pemerkasaan Ekonomi Kumpulan Sasar
         - Menjalin kerjasama dan melaksanakan program pemerkasaan ekonomi dengan rakan strategik bagi meningkatkan taraf hidup
           kumpulan sasar KPWKM;
         - Mengenal pasti dan menggerakkan program pemerkasaan ekonomi bagi golongan wanita, OKU dan warga emas serta memudah 
           cara pengintegrasian kanak-kanak lepasan institusi kebajikan KPWKM untuk mendapat peluang pekerjaan; dan
        - Focal point dan pemudah cara bagi potensi kerjasama antara KPWKM dan kementerian/jabatan/agensi kerajaan atau swasta bagi
          tujuan pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar KPWKM.
    c) Pemudah cara Permohonan Kolaborasi
        - Menyelaras permohonan kolaborasi daripada entiti luar seperti syarikat, pertubuhan bukan kerajaan, kelab dan individu; dan
        - Menjadi pemudah cara antara agensi/bahagian dengan entiti tersebut sekiranya terdapat keperluan untuk menjalin kerjasama yang
           dapat dimanfaatkan oleh kedua-dua belah pihak.
        - Urus setia bersama Majlis Sosial Negara
     
  3. Unit KPI
       - Urusan penyediaan, penyelarasan dan pemantauan pencapaian KPI YB Menteri
       - Urusan penyediaan, penyelarasan dan pemantauan pencapaian KPI Penjawat Pengurusan Tertinggi Perkhidmatan Awam (PPTPA)
        Tier 1 dan Tier 2
       - Sekretariat Bersama Jawatankuasa Induk Minister’s Performance Indicator (MPI) di peringkat nasional (KPWKM sebagai peneraju
         MPI tema Kesejahteraan Rakyat), dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN), bermesyuarat 2 kali setahun
       - Urus setia Jawatankuasa Kerja MPI peringkat Kementerian, dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian, bermesyuarat 4
         kali setahun
       - Menyelaras dan memantau pelaksanaan Program Kerjasama Strategik dan focal point KPWKM di bawah Jawatankuasa
         Penyelarasan Kerjasama Strategik (JPKS) yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSN)
       - Menyelaras penyediaan dan memantau pelaksanaan Pelan Transformasi Kementerian
       - Menyelaras penyediaan maklum balas Mesyuarat Ketua Setiausaha dan Ketua Perkhidmatan
       - Menyelaras penyediaan maklum balas Mesyuarat Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Bersama Ketua Setiausaha Kementerian
         Dan Setiausaha Kerajaan Negeri (KPPAKSUSUK)
       - Menyelaraskan permohonan Dasar Bajet daripada Bahagian dan Agensi di bawah KPWKM
       - Focal point Bahagian dalam penilaian outcome bagi inisiatif dan program fizikal dan bukan fizikal Kementerian (Rancangan
         Malaysia/Langkah Bajet/Program KPWKM)
       - Menyediakan dan menyelaras permohonan Bajet Operasi Tahunan BKS dan mengunci masuk ke dalam sistem MyResult
         Focal point Bahagian dalam menyelaras Indeks Penarafan Bintang Star Rating (SSR) KPWKM