Struktur Pelapor Inisiatif PEB di Kementerian

 
Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera berpaksikan kepada lima teras iaitu;

FOKUS PEMERKASAAN 1:
MENDAYA MODAL INSAN BUMIPUTERA
Inisiatif bagi pemadanan kelayakan dan kemahiran tenaga kerja dengan keperluan pasaran :
  1. Kerajaan akan memperbanyakkan program peningkatan kemahiran bagi golongan remaja yang rendah pencapaian akademik dan tahap kemahiran dengan menyediakan peluang kedua supaya mereka memperoleh lebih banyak ruang untuk mendapat pekerjaan.   
Contoh:
  • Program re-skilling di Giat MARA akanb lebih dipergiatkan.
  • Bilangan program latihan yang dikendalikan oleh Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) juga akan ditambah dengan mengamalkan pendekatan   latihan dua syif 
  • Golongan graduan Bumiputera yang mengganggur, Kerajaan akan menggiatkan lagi program latihan bagi mengatasi masalah kebolehpasaran, agar bersesuaian dengan keperluan industri.
  • Program-program seperti Skim Latihan 1Malaysia,Graduate Employability Management Scheme dan Program Peneraju Skil akan diperluaskan untuk menambah bilangan penerima faedah. 
 
  1. Agensi seperti Jabatan Perkhidmatan Awam dan MARA akan memperluaskan Program Pendidikan Lepasan Ijazah bagi memenuhi keperluan pasaran terutamanya dalam bidang-bidang kritikal dan berteknologi tinggi. 
 
 
  1. Program Peneraju Profesional di bawah Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera serta program-program seumpamanya akan diperluaskan bagi melahirkan lebih ramai golongan profesional Bumiputera. Ini akan membantu mereka memperoleh pengiktirafan sebagai tenaga kerja profesional dan bertauliah, terutamanya dalam bidang-bidang kritikal seperti akauntan, doktor pakar, arkitek, jurutera dan ahli sains aktuari.
 
FOKUS PEMERKASAAN 2:
MEMANTAPKAN PEMILIKAN EKUITI BUMIPUTERA DALAM SEKTOR KORPORAT
  1. Skim Amanah Saham Bumiputera 2 atau ASB2 akan dilancarkan oleh Permodalan Nasional Berhad, dengan suntikan sebanyak 10 bilion unit saham. 
 
  1. Ekuinas pula akan diberi tanggungjawab untuk mengambil alih peranan sebagai peneraju program Skim Jejak Jaya Bumiputera. Program tersebut akan ditransformasikan melalui ekuiti dan kepakaran pengurusan, bagi membimbing syarikat-syarikat Bumiputera supaya dapat disenaraikan di Bursa Malaysia. 
 
FOKUS PEMERKASAAN 3:
MEMPERKUKUH PEMILIKAN ASET BUKAN KEWANGAN BUMIPUTERA
  1. Yayasan Wakaf Malaysia akan diperkemaskan, untuk ditukar taraf menjadi entiti Wakaf korporat Bumiputera dengan tujuan untuk membantu golongan Bumiputera yang masih lagi ketinggalan dalam pemilikan aset bukan kewangan seperti rumah kediaman, premis industri dan kompleks komersial.
 
 
 
  1. Peranan institusi-institusi hartanah seperti Pelaburan Hartanah Berhad, Majlis Amanah Rakyat dan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad  akan diperkukuhkan bagi membangun atau memperoleh hartanah komersil dan industri, terutamanya di lokasi strategik di seluruh negara. 
 
 
FOKUS PEMERKASAAN 4:
MEMPERHEBAT KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN BUMIPUTERA
  1. Peranan agensi pembangunan usahawan Bumiputera seperti Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN Nasional, MARA dan PUNB akan diperkuatkan supaya bilangan usahawan Bumiputera yang menerima akan bertambah, termasuk di Sabah dan Sarawak.
  2. Pertambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia sebanyak 300 juta ringgit untuk tempoh lima tahun.
  3. Bilangan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia, yang majoritinya wanita, disasarkan meningkat daripada 350 ribu kepada 500 ribu orang pada tahun 2015 kelak. 
 
FOKUS PEMERKASAAN 5:
MEMANTAPKAN EKOSISTEM PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN
  1. Sistem penyampaian akan diperkemas dan diperkejap untuk mewujudkan ekosistem yang cekap, komprehensif dan konstruktif. 
  2. Unit-unit Pembangunan Bumiputera atau UPB akan diwujudkan di semua kementerian bagi merangka cadangan dan melaksana inisiatif Agenda Bumiputera. 
 
 
 
LIMA TERAS PEMERKASAAN EKONOMI BUMIPUTERA
0
14/09/2016 16:32:17