Pengurusan Tertinggi

MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim

Datuk Hajjah Rohani Abdul Karim
 merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 15 Mei 2013 di Wisma Putra. Beliau turut menyertai jemaah menteri baru dalam majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah di Istana Negara pada 16 Mei 2013.

Sebelum ini, beliau telah diberi tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (8 Mac 2008 - 3 April 2009) serta Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (9 April 2009 - 5 Mei 2013).

Beliau merupakan wanita Sarawak pertama untuk mengetuai suatu kementerian penuh,iaitu Kementerian Wanita, Keluarga Dan Masyarakat.