Bahagian Pengurusan Maklumat

VISI, MISI DAN FUNGSI
BAHAGIAN PENGURUSAN MAKLUMAT

VISI
ICT peneraju transformasi bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan yang cemerlang dalam mencapai kesaksamaan gender, pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat.
 
MISI
Memperkasakan perancangan, penyediaan, pembangunan, pelaksanaan dan pemantauan ICT secara holistik bagi menghasilkan projek ICT yang berimpak tinggi.
 
FUNGSI UNIT PEMBANGUNAN DAN PENYELENGGARAAN SISTEM
  • Mengurus dan menyelenggara sistem aplikasi utama yang melibatkan perkhidmatan teras KPWKM iaitu Sistem Talian Kasih, Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial (MaNIS), e-JKM dan PDKNet.Mengurus dan menyelenggara sistem aplikasi utama yang melibatkan perkhidmatan teras KPWKM iaitu Sistem Talian Kasih, Sistem Maklumat Nasional Isu-isu Sosial (MaNIS), e-JKM dan PDKNet;
  • Mengurus dan menyelenggara sistem aplikasi sokongan iaitu Sistem e-Parlimen, Sistem Tempahan Sumber, Time Attendance Management System (TAMS), INTAN Event Management Gateway (i-EMG), i-KNOW dan i-Training;
  • Mengurus dan menyelenggara perkhidmatan Portal  iaitu Portal Rasmi KPWKM, Portal e-JKM, Portal PDKNet, Portal InfoNur (Integrated Library Management Utility) dan Portal Kaunselor (Sistem Pendaftaran Kaunselor);
  • Mengurus dan memberi bantuan teknikal ke atas penggunaan Sistem Aplikasi Kerajaan Elektronik/Aplikasi Generik iaitu MyMesyuarat, Digital Document Management System (DDMS), Sistem Aplikasi Profil Projek ICT Sektor Awam (Profit), Sistem Pengurusan Aset (SPA), Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA);
  • Mengkaji, merancang dan melaksana keperluan pembangunan sistem aplikasi baharu selaras dengan perubahan teknologi dan keperluan pengguna melibatkan aktiviti-aktiviti Kajian Keperluan Pengguna (URS), Spesifikasi Keperluan Sistem (SRS), Dokumen Rekabentuk Sistem (SDD), Pembangunan Modul, Pengujian (SIT, UAT, PAT, FAT), Migrasi Data, Integrasi dengan agensi luar, Latihan dan Pemindahan Teknologi (ToT) dan Dokumentasi;
  • Memberi khidmat perundingan berkenaan perubahan kepada proses kerja, borang, Akta, Dasar, Arahan dan lain-lain yang berkaitan dengan projek ICT di KPWKM dan agensi di bawahnya;
  • Mengurus, mentadbir dan menyelenggara pangkalan data bagi semua sistem aplikasi yang digunapakai di KPWKM dan memastikan aktiviti back up dan restore dilaksanakan;
  • Mengurus dan menyelaras aktiviti dan program pengurusan perubahan seperti latihan pengunaan sistem aplikasi, Training of Trainers (ToT) dan promosi;
  • Menjalankan aktiviti naziran penggunaan sistem aplikasi di peringkat agensi/pengguna;
  • Menjalankan kajian impak keberkesanan penggunaan sistem aplikasi;
  • Membantu memantau pelaksanaan projek-projek ICT agensi di bawah KPWKM;
  • Menyelaras pembangunan dan pengemaskinian (kajian semula) Pelan Strategik ICT (PSICT) KPWKM; dan
  • Menjadi urusetia Jawatankuasa Teknikal (ICT) JTICT, Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) dan Mesyuarat Jawatankuasa Tadbir Urus Projek (Jawatankuasa Pemandu & Jawatankuasa Teknikal).

FUNGSI UNIT OPERASI DAN RANGKAIAN
  • Mengurus dan memantau perkhidmatan talian MyGovNet di KPWKM;
  • Mengurus dan menyelenggara Infrastruktur Rangkaian Dalaman (wired dan wireless);
  • Mengurus dan memantau perkhidmatan emel MyGovUc di KPWKM;
  • Mengurus dan menyelenggara Pusat Data KPWKM dan memantau perkhidmatan PDSA Putrajaya, PDSA Cyberjaya dan PDSA Bandar Enstek;
  • Mengurus, memantau dan menyelenggara infrastruktur keselamatan ICT KPWKM iaitu Antivirus, Active Directory, Firewall, Secure Sockets Layer (SSL), Security Posture Assessment (SPA);
  • Menggubal, mengemaskini dan menguatkuasa Dasar Keselamatan ICT KPWKM;
  • Membangun dan melaksana Disaster Recovery Plan (DRP) KPWKM;
  • Mengurus dan menyelenggara persijilan ISMS 27001:2013;

FUNGSI UNIT PENTADBIRAN
  • Mengurus dan memantau peruntukan, perbelanjaan dan perolehan BPM;
  • Mengurus dan memantau urusan surat-menyurat;
  • Mengurus dan mengemaskini sistem fail;
  • Membantu mengurus dan mengemaskini rekod aset dan perkakasan & perisian ICT dalam Sistem Pengurusan Aset (SPA);
  • Membantu urusan pelupusan aset  ICT;
  • Membantu dalam penyediaan dokumen mesyuarat yang diurusetiakan oleh BPM dan menjadi urusetia bagi Mesyuarat BPM;
  • Membantu urusan dokumen-dokumen bagi ISMS 27001:2013;
  • Mengurus kursus-kursus yang melibatkan pegawai dan kakitangan BPM di bawah Pelan Operasi Latihan (POL);
  • Memantau dan melapor kehadiran berkursus bagi semua pegawai dan kakitangan  BPM dan mengemaskini kehadiran berkursus dalam sistem iTraining;
  • Mengurus dan memantau Manual Prosedur Kerja (MPK)/Fail Meja/myPortfolio/Sasaran Kerja Tahunan (SKT) dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) pegawai dan kakitangan BPM serta KPI KSU, KPWKM;
  • Mengurus dan memantau pengurusan kontrak terutamanya dari aspek pembayaran;
  • Menyemak, memantau dan menyediakan laporan kehadiran kakitangan BPM;
  • Memuat naik dan mengedar garis panduan, Arahan Pentadbiran dan Pekeliling-pekeliling;
  • Mengurus hal-hal pentadbiran terutamanya perihal kakitangan seperti disiplin, cuti, kedatangan,  keluar dan masuk kakitangan serta program/aktiviti anjuran BPM/KPWKM;
  • Menyelaras dan memantau Program Kualiti seperti ISO, Indeks Penarafan bintang (SSR) dan EKSA;
  •  Membuat tempahan bilik mesyuarat, makan dan minum, kenderaan rasmi dan tiket penerbangan;
  • Menjalankan Kajian Kepuasan Pelanggan terhadap perkhidmatan penyampaian BPM;
  • Menyemak, memantau dan menyediakan Laporan Keselamatan Pejabat; dan
  • Mengurus dan menyelaras Laporan Tahunan BPM.