Utama  »  Mengenai KPWKM  »  Bahagian / Unit  »  Unit Integriti

Unit Integriti

OBJEKTIF DAN FUNGSI
UNIT INTEGRITI
LATAR BELAKANG
Unit Integriti di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 April 2014 selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013. Ini adalah selaras dengan keputusan Kerajaan yang berhasrat menjadikan Unit Integriti sebagai focal point kepada pengurusan isu-isu berkaitan integriti di semua agensi awam.
 
OBJEKTIF 
Memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme.
Inisiatif ini akan dapat membendung salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan penjawat awam.

FUNGSI 
1. Tadbir Urus 
  • Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan
2. Pengukuhan Integriti 
  • Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi
 3. Pengesanan dan Pengesahan  
  • Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil; dan
  • Melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggung-jawab
 4. Pengurusan Aduan  
  • Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi
 5. Pematuhan  
  • Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa
 6. Tatatertib  
  • Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib