Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

VISI, MISI DAN FUNGSI
BAHAGIAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA


VISI
Untuk menjadi organisasi terbaik dalam pembangunan sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab ke arah mencapai objektif organisasi.
 
 
MISI

Untuk mempastikan perancangan, pengurusan dan pembangunan sumber manusia dapat dilaksanakan dengan berkesan bagi menentukan organisasi mempunyai sumber manusia yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti bagi mencapai objektif organisasi.

O?BJEKTIF
Untuk menghasilkan anggota kerja yang berkualiti, berkemahiran dan kompeten serta berintegriti melalui perancangan pengurusan dan pembangunan sumber manusia secara cekap dan berkesan ke arah mencapai objektif organisasi.
 
FUNGSI BAHAGIAN / UNIT

  • Menguruskan hal-hal perkhidmatan pegawai dan kakitangan seperti pengesahan pelantikan, pengesahan dalam perkhidmatan, pemberian taraf berpencen, penempatan pegawai, penyelenggaraan cuti dan Buku Perkhidmatan, urusan elaun, saraan dan kemudahan perubatan, permohonan ke luar negara bagi urusan persendirian. serta persaraan. 
  • Menguruskan hal-hal berkaitan perjawatan Kementerian dan agensi seperti permohonan jawatan (baru/ tambah/ naik taraf/ pinda atau mansuh) dan urusan penstrukturan/ pengukuhan semula organisasi.
  • Menyediakan dan mengemaskini Carta Organisasi Kementerian.
  • Menyelaras urusan aktiviti pelaksanaan Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) di peringkat Kementerian dan agensi.
  • Menyediakan perancangan dan mengendalikan program latihan dalaman dan luaran Kementerian.
  • Menguruskan permohonan Hadiah Latihan Persekutuan daripada pegawai dan kakitangan Kementerian dan agensi.
  • Menguruskan perkara-perkara berkaitan pengurusan prestasi bagi pegawai dan kakitangan Kementerian dan agensi seperti Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT), pemangkuan dan kenaikan pangkat, Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) serta pengiktirafan Bintang, Pingat, Darjah Kebesaran Perseketuan dan Negeri.
  • Merancang, mengurus, melaksana dan menyelaras perkhidmatan psikologi dan kaunseling di Kementerian dan agensi termasuk Program Pementoran dan Program Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB).
  • Menjadi Urus Setia bagi:
     - Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ);
     - Panel Pembangunan Sumber Manusia (PPSM);
     - Lembaga Peperiksaan Jabatan; dan
     - Jawatankuasa Program Pengupayaan Kendiri (JKPPK)