2010
Sehingga 31 Disember 2010, - NKRA LIH berjaya membasmi 99.8% atau 44,535 KIR yang berdaftar di dalam sistem eKasih daripada 44,643 sasaran yang ditetapkan . Terdapat sebanyak 0.24% atau 108 KIR masih berada di dalam kategori miskin tegar sehingga 31 Disember 2010 disebabkan oleh KIR tersebut telah berubah daripada kategori miskin kepada miskin tegar.
II. MELATIH DAN MEMBANGUNKAN 2,000 ORANG USAHAWAN WANITA
Sehingga 31 Disember 2010, KPWKM dengan kerjasama Amanah Ikhtiar Malaysia telah berjaya melatih 5,387 orang usahawan wanita di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, seramai 2,000 orang usahawan wanita telah berjaya mencapai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500.00 ke atas.
Di antara bidang yang diceburi oleh usahawan wanita tersebut ialah bidang perniagaan makanan, bidang jahitan, bidang penternakan dan bidang butik andaman pengantin dan solekan.
Pada tahun ini juga, melalui bantuan yang diberikan secara one-off Jabatan Pembangunan Wanita telah berjaya melatih 3,433 orang usahawan wanita melalui program Jejari Bestari. Ikeunita dan Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT).
Bantuan one-off juga diberikan kepada Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS) untuk melatih 600 orang usahawan melalui Program Ekonomi Menjana Aspirasi Keluarga (eM@k)
III. MENINGKATKAN PEMILIKAN PERUMAHAN
Sehingga 31 Disember 2010, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan dengan menawarkan sejumlah 35,095 unit (79%) daripada 44,146 unit rumah kos rendah untuk dijual kepada penyewa sedia ada.
Pada 31 Disember 2010 juga, Jabatan Perumahan Negara (JPN) berjaya menawarkan 55,864 unit (91%) daripada 61,136 unit rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) untuk disewa.