Utama  »  Info Kementerian  »  Piagam KPWKM

Piagam KPWKM

PIAGAM PELANGGAN
KEMENTERIAN PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT (KPWKM)
 
Jenis Perkhidmatan
Piawai Kualiti Perkhidmatan

Masa Menunggu Untuk Mendapatkan Perkhidmatan Di Kaunter
  • Kami akan melayan anda dalam masa LIMA BELAS (15) minit anda tiba di kaunter perkhidmatan kami.

Pengurusan Aduan/Pertanyaan
  • Kami akan mengakui penerimaan aduan/pertanyaan anda dalam tempoh SATU (1) hari bekerja;
  • Kami akan memberi maklumbalas terhadap aduan/pertanyaan anda dalam tempoh selewat-lewatnya TIGA (3) hari bekerja. Bagi aduan yang memerlukan siasatan terperinci, maklumbalas diberikan selewat-lewatnya dalam tempoh LIMA BELAS (15) hari bekerja.

Bayaran Pembekal
  • Kami akan memproses bayaran anda (setelah dokumen lengkap) dalam tempoh EMPAT BELAS (14) hari bekerja.

Pendaftar Kaunselor
  • Kami akan memproses pendaftaran anda (semua dokumen lengkap) dalam tempoh TIGA PULUH (30) hari bekerja.