Unit Amalan Kaunselor

LATAR BELAKANG, VISI, MISI DAN OBJEKTIF 
UNIT AMALAN KAUNSELOR

VISI
Menjadikan perkhidmatan kaunseling sebagai penjana potensi modal insan ke arah pembentukan masyarakat Malaysia yang maju.
 
MISI
  • Menggubal dasar perkhidmatan kaunseling selaras dengan kehendak semasa;
  • Mengawal selia tahap perkhidmatan kaunseling selaras dengan dasar dan peraturan-peraturan sedia ada;
  • Menasihati kerajaan berhubung peranan perkhidmatan kaunseling yang berkualiti;
 
OBJEKTIF
Memartabatkan kaunselor dan profesion kaunseling dengan memastikan: 
  • Perkhidmatan kaunseling mempunyai tahap piawaian selaras dengan keperluan negara; dan
  • Penggubalan dasar-dasar yang dibuat selaras dengan peraturan, Kod Etika dan Undang-undang.

FUNGSI
1. Pentadbiran
  • Menyelaras program / aktiviti berkaitan majlis penasihat kaunselor.
  • Melantik ahli majlis penasihat kaunselor Malaysia
  • Melantik ahli lembaga kaunselor Malaysia
  • Urusetia kepada Mesyuarat Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia.
  • Pelaksanaan program perkembangan kaunselor KPWKM dan agensi dibawahnya.
  • Sebagai urusetia kepada Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Perkhidmatan Kaunseling KPWKM dan Agensi.
  • Sebagai sekretariat utama sambutan Bulan Kaunseling Kebangsaan
  • Mengurusetiakan Lembaga Kaunselor
2. Dasar
  • Menyelaras dasar – dasar baru berkaitan kaunseling yang ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor untuk diangkat kepada Kementerian.
3. Perundangan
  • Menyelaras pewartaan Kaunselor Berdaftar
  • Menyelaras pindaan Akta (jika perlu) dan menggubal peraturan – peraturan dibawah Akta Kaunselor 1998 (Akta 580)