UNIT INTEGRITI
PENUBUHAN UNIT INTEGRITI
Usul menubuhkan Unit Integriti bermula sejak tahun 2008 dan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Keutuhan Pengurusan (JKP) pada 18 Ogos telah memutuskan supaya pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada masa itu ditempatkan sebagai Ketua Pegawai Integriti secara kader di Kementerian dan Jabatan yang berisiko tinggi rasuah.
Lanjutan itu, SPRM telah membangunkan program Pegawai Integriti Bertauliah atau Certified Integrity Officer (CeIO) yang berperanan untuk merancang, melaksana dan memantau keberkesanan program-program integriti di sektor awam dan swasta. Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan (JKKMKPK) pada 19 Ogos 2010 telah memutuskan supaya entiti pematuhan ditubuhkan di semua Kementerian dan Jabatan Kerajaan peringkat Persekutuan dan Negeri.
Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Bagi Mengkaji Jawatan-Jawatan Tingkatan Tertinggi (JKTT) pada 16 April 2012 telah bersetuju supaya diwujudkan tiga (3) model Unit Integriti yang berbeza mengikut tahap risiko Kementerian dan Jabatan Kerajaan. KPWKM telah ditarafkan sebagai berisiko sederhana. Mesyuarat JKTT pada 6 Jun 2013 telah bersetuju mewujudkan Bahagian Pengurusan Integriti Agensi di SPRM.
Berikutnya, Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 telah diterbitkan berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2013 berkaitan penubuhan Unit Integriti di semua agensi awam peringkat Persekutuan dan Negeri. di semua agensi awam peringkat Persekutuan dan Negeri.
Mengikut kepada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013, terdapat enam (6) fungsi teras Unit Integriti iaitu :-
Tadbir Urus
Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan.
Pengukuhan Integriti
Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam organisasi.
Pengurusan Aduan
Menerima dan mengambil tindakan ke atas semua aduan/maklumat mengenai salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi.
Pengesanan dan Pengesahan
Mengesan dan mengesahkan aduan salahlaku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi serta memastikan tindakan susulan yang sewajarnya diambil serta melaporkan salahlaku jenayah kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
Pematuhan
Memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa.
Tatatertib
Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.
TADBIR URUS
Antaranya agar pentadbiran Kerajaan dan perkhidmatan awam yang cekap, berdisiplin serta mempunyai integriti yang tinggi melalui pembudayaan dan pengamalan nilai – nilai murni dan etika dapat diwujudkan.
Pelaksanaannya adalah berdasarkan enam (6) terma rujukan JITU (Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2014).
KESALAHAN TIDAK HADIR BERTUGAS
KOD ETIKA KPWKM
Semua warga KPWKM, Jabatan dan agensi KPWKM dikehendaki membaca, mengakui dan mematuhi Kod Etika KPWKM yang selaras dengan undang-undang sedia ada.
PEROLEHAN
Di dalam pemilihan melalui sebutharga, peraturan-peraturan seperti dalam pemilihan tender juga perlu dipatuhi. Sekiranya seseorang pegawai itu mengetahui bahawa ada sebutharga yang dikemukakan kepadanya adalah terdiri dari orang yang mempunyai kepentingan dengannya, maka hendaklah beliau mengisytiharkan diri dan membiarkan keputusan pemilihan dilakukan oleh orang lain.
PENERIMAAN ATAU PEMBERIAN HADIAH / KERAIAN / SUMBANGAN
Boleh diterima, tetapi hendaklah sepadan iaitu nilainya kurang 1/4 daripada emolumen atau kurang RM500.00 bagi maksud hadiah yang diberi. Sekiranya tidak sepadan, iaitu melebihi emolumen atau melebihi RM500.00, maka ianya perlu melapor kepada Ketua Jabatannya untuk kelulusan melalui Borang Lampiran A (Rujuk perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Walau bagaimanapun, jika nilainya melebihi RM500.00, ianya boleh diterima, dalam keadaan tertentu seperti hadiah diterima dari rakan sempena persaraan, pertukaran, pertunangan dan perkahwinan pegawai (Rujuk perenggan 7 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Sekiranya pegawai awam masih ragu-ragu, maka ianya boleh melaporkan penerimaan hadiah itu kepada Ketua Jabatan (Rujuk perenggan 8 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Penerimaan atau pemberian hadiah tidak kira kecil atau besar nilainya adalah menjadi satu kesalahan, antaranya, sekiranya diberi atau diterima denga niat rasuah atau pekerja yang mempunyai majikan menerima atau memberi hadiah bagi sesuatu perkhidmatan atau tugasan rasmi daripada pembekal. (Rujuk perenggan 12 - Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Pegawai badan awam tidak boleh menerima hadiah dalam apa bentuk sekalipun seperti hamper, limau mandarin, Ang Pau dan lain-lain yang ada hubungan dengan tugas rasminya. (Rujuk perenggan 5 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
Bagi keadaan sedemikian, pegawai dinasihat untuk melaporkan kepada Ketua Jabatannya untuk membuat keputusan. Tindakan sedemikian bertujuan untuk menyelamatkan pegawai daripada ditohmah oleh pihak tertentu. (Rujuk perenggan 6 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998)
Kelab Sukan dan Kebajikan tidak boleh memohon atau menerima apa-apa sumbangan secara terus daripada penyumbang samada orang perseorangan atau swasta. Ia perlu melalui Majlis Sukan dan Kebajikan (MAKSAK), yang kemudian mengagihkan sumbangan atau peruntukan masing-masing. (Rujuk perenggan 21 Pekeliling Perkhidmatan 3/1998).
PENGURUSAN ADUAN
Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 bertujuan untuk membanteras rasuah dan salah laku dengan menggalakkan dan memudahkan pendedahan kelakuan yang tidak wajar dalam sektor awam dan swasta. Ia juga melindungi individu yang membuat pendedahan itu daripada tindakan yang memudaratkan.
Di samping itu Akta ini juga mengadakan peruntukan supaya perkara yang didedahkan disiasat dan diuruskan serta untuk mengadakan peruntukan bagi perkara lain yang berkaitan dengannya.
Jenis-aduan aduan adalah berkaitan salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi oleh pegawai dan kakitangan. Semua aduan akan diambil tindakan dan maklumat pengadu akan dirahsiakan.
Aduan yang melibatkan integriti adalah menumpukan kepada isu-isu yang berkait rapat dengan kesalahan rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa pegawai dan kakitangan.
Aduan berhubung integriti boleh disalurkan dengan menghantar emel secara terus kepada Unit Integriti KPWKM dengan menaip whistleblower@kpwkm.gov.my atau hadir sendiri ke pejabat Unit Integriti di Aras 26, KPWKM.
Ya. Salah laku tersebut masih di bawah bidang kuasa Unit Integriti dan aduan boleh disalurkan terus seperti mana cara yang diperjelaskan di dalam soalan ke - 17
Ya, boleh. Ini kerana aduan-aduan tersebut akan diambil tindakan setelah saringan dibuat dan Unit Integriti akan menyalurkan aduan-aduan tersebut kepada agensi-agensi penguatkuasa yang berkenaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk diambil tindakan terhadap semua aduan-aduan tersebut.
NKRA LIH
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA)MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH (LIH)
Program 1AZAM adalah merujuk kepada jenis-jenis pekerjaan dalam bidang kerja, khidmat, tani dan niaga yang dikenal pasti sesuai serta boleh dilaksanakan bagi menjana dan meningkat pendapatan golongan miskin. Terdapat lima (5) program di bawah Program 1AZAM iaitu:
a) AZAM Niaga - Menyediakan peluang menjana pendapatan melalui perniagaan kecil-kecilan dengan kemudahan latihan dan skim kredit mikro. Antara jenis perniagaan yang boleh diusahakan ialah produk makanan dan minuman, barangan kraftangan, dan perniagaan runcit. Program ini dilaksanakan dengan usahasama agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).
b) AZAM Khidmat - Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui bidang perkhidmatan dengan memberi latihan kepada peserta bagi membolehkan mereka mempunyai kemahiran tertentu seperti rawatan penjagaan diri, urutan dan refleksologi. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Amanah Ikhtiar Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).
c) AZAM Kerja - Menawarkan peluang menjana pendapatan melalui penempatan kerja. Projek ini memberi fokus kepada pelbagai bidang pekerjaan bagi mereka yang produktif, mempunyai kelayakan minimum atau tanpa kemahiran. Peserta projek ini akan diberi latihan kemahiran yang membolehkan mereka mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian seperti, pelayan restoran, pekerja restoran makanan segera dan pekerja hotel. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Sumber Manusia (MOHR), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).
d) AZAM Tani - Memberi peluang menjana pendapatan melalui kegiatan berasaskan pertanian yang memberikan hasil/pulangan jangka pendek seperti tanaman sayuran dan buah-buahan (cili fertigasi, sawi, nenas dan jagung), ternakan (ikan air tawar, ayam, dan itik). Projek ini dijalankan secara pertanian berkelompok dan individu. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).
e) AZAM Bandar - Disasarkan untuk membantu golongan miskin bandar meningkatkan kemahiran melalui kursus latihan dan kemahiran dan membekalkan bantuan peralatan agar mampu mengusahakan perniagaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih tinggi seterusnya meningkatkan kualiti hidup dan keluar dari kemiskinan. Program ini dilaksanakan dengan usahasama Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Kementerian Kebajikan, Wanita dan Kesejahteraan Komuniti (KKWKK) dan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah (KPIM).
a) Mereka yang ingin menyertai Program 1AZAM mestilah berdaftar di dalam sistem eKasih;
b) Mereka boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar dalam sistem eKasih sebelum sebarang Program 1AZAM boleh ditawarkan kepada mereka; dan
c) Hanya permohonan yang telah disahkan sahaja boleh dipertimbangkan untuk penyertaan. Segala prosedur permohonan eKasih boleh dirujuk kepada Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (http://www.icu.gov.my/).
Syarat-syarat kelayakan :
a) Warganegara Malaysia
b) Disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih
c) Berumur 18 tahun ke atas
d) Mempunyai minat, berkemahiran, berpengalaman dan masih produktif dalam menjalankan perniagaan dan perkhidmatan berskala kecil
Tuan/Puan boleh hadir ke Pejabat Pembangunan Negeri yang terdekat untuk berdaftar di dalam sistem eKasih sebelum sebarang program 1AZAM boleh ditawarkan kepada tuan/puan.
Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu, merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan. Bermula tahun 2014, pihak KPWKM telah menetapkan syarat bahawa peserta perlu disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih terlebih dahulu bagi melayakkan diri mereka untuk memohon bantuan ekonomi seperti Program 1AZAM.