
Latihan
Tarikh : 16 Ogos 2011 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi – 5.00 petang
Tempat : Dewan NIEW, Aras 8, Wisma Sime Darby, KL
Objektif kursus ini adalah untuk :
- memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkaitan tatacara, adab-adab dan kaedah menguruskan jenazah secara teori dan praktikal; dan
- melahirkan rasa tanggungjawab dan hubungan kerjasama antara peserta berkaitan aspek fardhu kifayah.
Untuk makluman, peserta kursus ini terdiri daripada anggota KPWKM dan Agensi dibawahnya yang telah dicalonkan. Walau bagaimanapun penyertaan juga terbuka kepada sesiapa yang berminat.
Bersama-sama ini dikemukakan borang Pengesahan Kehadiran di Lampiran A dan aturcara kursus di Lampiran B. Borang yang telah lengkap diisi, mohon dikembalikan ke Bahagian PSM Kementerian, sebelum atau pada 11 Ogos 2011 (Khamis) melalui talian faksimili: 03-2694 8806 / 03-2698 6078.