PERINGKAT JKM
PERKHIDMATAN ANAK PELIHARA
Pemohon boleh memohon samada melalui surat, faks, telefon,email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) di mana pemohon bermastautin.
Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan bersama-sama dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut:
- Surat sokongan/pengesahan daripada Pegawai Perubatan.
- Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
- Salinan kad pengenalan pemohon (suami dan isteri). Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Pasangan suami-isteri yang sah, ibu tunggal (single parents) yang menetap/ tinggal di Malaysia.
Permohonan boleh dibuat dalam masa tiga bulan selepas menerima kanak-kanak dalam penjagaan pemohon. Permohonan hendaklah dibuat kepada Mahkamah Seksyen atau Mahkamah Tinggi dengan melantik peguam untuk urusan mendaftarkan Notis Pengangkatan. Akta yang digunapakai bagi proses pengesahan pengangkatan cara ini adalah merujuk kepada Akta Pengangkatan 1952 (Akta 257).
Permohonan cara kedua adalah dengan membuat permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara di bawah Akta Pendaftaran Anak Angkat 1952 (Akta 253). Permohonan untuk pengesahan ini hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara dalam penjagaan keluarga pelihara. Bagi keluarga yang beragama Islam permohonan untuk pengesahan anak pelihara hanya boleh dibuat melalui Akta 253, iaitu Akta Pendaftaran Pengangkatan sahaja. Permohonan untuk pengesahan pengangkatan hanya boleh dibuat selepas dua tahun anak pelihara berada dalam jagaan pemohon. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Pendaftaran Negara.

Pengambilan anak pelihara secara sendiri perlu dimaklumkan kepada JKM mengikut seksyen 35(1) Akta kanak-Kanak 2001 tidak lewat daripada 1 minggu selepas pengambilan, dan sekiranya gagal memaklumkan, dan jika disabitkan kesalahan denda maksima adalah sebanyak RM10,000.00 atau 2 tahun penjara, atau kedua-duanya sekali.
KES PENDERAAN KANAK-KANAK
Kes penderaan/ kes pembuangan bayi boleh dilaporkan melalui salah satu cara berikut:
- Talian telefon Teledera: 1 800 88 3040;
- Melaporkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran dengan tempat tinggal pelapor;
- Melaporkan kepada mana-mana balai polis/ Pondok Polis yang berhampiran;
- Mana-mana ahli Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak/ Pusat Aktiviti kanak-Kanak yang terdapat di kawasan berlakunya penganiayaan atau;
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran.
KEGANASAN RUMAH TANGGA
Mangsa keganasan rumahtangga boleh melaporkan kejadian keganasan terhadapnya ke:
- Balai Polis yang berhampiran atau pengaduan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/ Jajahan yang berhampiran;
- Menghubungi talian Teledera 1 800 88 3040;
- Merujuk terus ke hospital yang berhampiran sekiranya dicederakan
PERKHIDMATAN KEMASUKKAN KE RUMAH SERI KENANGAN
- Permohonan kemasukan ke Rumah Orang Tua boleh dibuat di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan di mana pemohon tinggal;
- Setiap permohonan kemasukan disiasat terlebih dahulu oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan yang berkenaan dan laporan siasatan akan dimajukan kepada Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri untuk ulasan dan sokongan;
- Laporan tersebut akan dimajukan untuk kelulusan Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah Kaedah-Kaedah Bagi Pengurusan Rumah Orang-Orang Tua 1983;
- Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah akan memaklumkan keputusan kepada pemohon
- Yang daif dan berumur lebih daripada 60 tahun;
- Yang tidak mengidap penyakit berjangkit;
- Yang tidak mempunyai sanak saudara;
- Yang tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap dan;
- Yang berupaya menjaga diri sendiri.
Permohonan untuk kemasukan ke Rumah Orang Tua tidak dikenakan apa-apa bayaran kerana institusi tersebut dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan