HAK-HAK WANITA ISLAM
PERTUNANGAN
Ikatan pertunangan ialah suatu perjanjian yang diadakan di antara pihak lelaki dan perempuan untuk berkahwin.
Pertunangan ini biasanya dijalankan mengikut adat dan budaya masyarakat setempat.
Perjanjian pertunangan boleh dibuat secara lisan atau bertulis tetapi sebaik-baiknya perjanjian ini dibuat secara bertulis untuk memastikan hak-hak pihak-pihak dalam perjanjian terjamin.
Syarat-syarat asas untuk pertunangan adalah:
- Tiada halangan di antara pihak lelaki dan pihak perempuan untuk berkahwin.
- Pihak lelaki atau pihak perempuan belum ditunangkan dengan orang lain.
- Pihak-pihak bersetuju untuk melangsungkan perkahwinan.
Halangan untuk berkahwin ialah hubungan muhrim di antara lelaki dan perempuan yang disebabkan oleh keturunan, perkahwinan atau sepersusuan.
PERSETUJUAN UNTUK BERKAHWIN
Ya, persetujuan pihak perempuan adalah perlu sebelum perkahwinan boleh dilangsungkan. Bagi anak dara persetujuannya adalah diberikan oleh walinya iaitu Wali Mujbir.
Seorang anak dara boleh dinikahkan tanpa persetujuannya oleh Wali Mujbir dengan syarat perkahwinan yang akan dijalankan itu adalah sekufu dan perkahwinan tersebut tidak mendatangkan dharar syarie terhadap pengantin perempuan.
Seorang janda tidak memerlukan persetujuan walinya untuk berkahwin.
Senarai aturan wali mengikut keutamaan adalah seperti berikut:
i) Bapa kandung
ii) Datuk sebelah bapa ke atas
iii)Saudara lelaki seibu sebapa
iv)Saudara lelaki sebapa
v)Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
vi) Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
vii) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
viii) Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
x) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
xi) Bapa saudara bapa seibu sebapa
xii) Bapa saudara bapa sebapa
xiii) Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
xiv) Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
xv) Bapa saudara datuk seibu sebapa
xvi) Bapa saudara datuk sebapa
xvii)Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
xviii)Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
xix) Wali Hakim.
i) Bapa kandung
ii) Datuk sebelah bapa ke atas
iii)Saudara lelaki seibu sebapa
iv)Saudara lelaki sebapa
v)Anak saudara lelaki seibu sebapa ke bawah
vi) Anak saudara lelaki sebapa ke bawah
vii) Bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa
viii) Bapa saudara sebelah bapa sebapa
ix) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa seibu sebapa ke bawah
x) Anak lelaki bapa saudara sebelah bapa sebapa ke bawah
xi) Bapa saudara bapa seibu sebapa
xii) Bapa saudara bapa sebapa
xiii) Anak lelaki bapa saudara bapa seibu sebapa
xiv) Anak lelaki bapa saudara bapa sebapa
xv) Bapa saudara datuk seibu sebapa
xvi) Bapa saudara datuk sebapa
xvii)Anak lelaki bapa saudara datuk seibu sebapa ke bawah
xviii)Anak lelaki bapa saudara datuk sebapa ke bawah
xix) Wali Hakim.
MAS KAHWIN
Mas kahwin ialah pembayaran kahwin yang wajib dibayar di bawah Hukum Syara' oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan di akad nikahkan sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang atau sesuatu yang dapat dinilai dengan wang.
Ya, wanita berhak untuk meletakkan jumlah mas kahwin mengikut kemampuan bakal suami berdasarkan jumlah asas yang telah ditetapkan oleh kerajaan di setiap negeri.
Mas kahwin perlu diberi semasa akad nikah.
Boleh, mas kahwin boleh dibayar secara berhutang.