TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TAGS)Kemaskini Terakhir: 08/03/2024 17:16:23
SOALAN LAZIM TRIBUNAL BAGI ANTIGANGGUAN SEKSUAL (TAGS)
TAGS mempunyai bidang kuasa untuk mendengar dan menentukan apa-apa aduan gangguan seksual sebagaimana ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).
Gangguan seksual adalah apa-apa kelakuan tidak diingini yang bersifat seksual, dalam apa-apa bentuk, sama ada secara lisan, bukan lisan, visual, isyarat atau fizikal, yang ditujukan kepada seseorang yang secara munasabahnya menyinggung atau menghina atau merupakan suatu ancaman kepada kesejahteraannya.
TAGS tidak mempunyai bidang kuasa perundangan di bawah Akta 840 untuk bertindak atas sesuatu aduan. TAGS menyediakan satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil dengan cara yang mudah, murah dan cepat untuk mangsa gangguan seksual mengambil tindakan terhadap pelaku gangguan seksual bagi mendapatkan tebus rugi di atas kehilangan atau apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh mangsa akibat daripada gangguan seksual yang dialami.
Tidak boleh kerana hanya satu forum yang boleh mendengar dan memutuskan kes aduan gangguan seksual pada satu-satu masa, melainkan tuntutan sivil di mahkamah ditarik balik atau isu yang yang dibicarakan di mahkamah adalah berkenaan pendakwaan jenayah sahaja.
i. semua individu yang menjadi mangsa gangguan seksual;
ii. jika mangsa tersebut belum mencapai umur 18 tahun, boleh diwakilkan oleh sahabat wakil atau penjaga ad litem; atau
iii. jika mangsa tersebut seorang yang tidak berkeupayaan, boleh diwakilkan oleh sahabat wakil atau penjaga ad litem.
ii. jika mangsa tersebut belum mencapai umur 18 tahun, boleh diwakilkan oleh sahabat wakil atau penjaga ad litem; atau
iii. jika mangsa tersebut seorang yang tidak berkeupayaan, boleh diwakilkan oleh sahabat wakil atau penjaga ad litem.
Jumlah maksimum yang boleh dituntut ialah RM250,000.00.