BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) MEMPERTINGKATKAN TARAF KEHIDUPAN ISI RUMAH BERPENDAPATAN RENDAH (LIH)

Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan di peringkat nasional bagi membantu, merancang,  melaksana dan memantau program kemiskinan. Bermula tahun 2014, pihak KPWKM telah menetapkan syarat bahawa peserta perlu disahkan berdaftar di dalam sistem eKasih terlebih dahulu bagi melayakkan diri mereka untuk memohon bantuan ekonomi seperti Program 1AZAM.