Berita KPWKM
Kempen Pembudayaan Norma Baharu Dalam Komuniti
12/08/2020 16:40:13
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah melakukan lawatan kerja ke Taska Permata Puspanita bagi meninjau tahap pematuhan SOP sepanjang PKPB.
21/07/2020 11:19:20
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah melakukan lawatan kerja ke Taska Permata Puspanita bagi meninjau tahap pematuhan SOP sepanjang PKPB.
Terima kasih dan tahniah kepada semua kerana mematuhi Perintah kerajaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ini.
#MalaysiaSejahtera
#PrayForMalaysia
#kitajagakita
#khidmatuntuksemua
#KerajaanPrihatin
Setinggi –tinggi ucapan Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB Senator Ras Adiba Mohd Radzi di atas pelantikan sebagai Senator Dewan Negara mewakili Orang Kurang Upaya (OKU)
21/07/2020 11:18:38
Setinggi –tinggi ucapan Sekalung Tahniah diucapkan kepada YB Senator Ras Adiba Mohd Radzi di atas pelantikan sebagai Senator Dewan Negara mewakili Orang Kurang Upaya (OKU)
#KPWKMPrihatin #BerkatBerjasa #DewanNegara
KPWKM bersama Petronas telah mencapai satu Kerjasama Strategik Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama PETRONAS
21/07/2020 11:17:28
KPWKM bersama Petronas telah mencapai satu Kerjasama Strategik Bahagian Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat bersama PETRONAS
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah menitipkan ucapan “Pastikan anak-anak anda berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat. Elak daripada membawa mereka ke tempat yang sesak. Keluarga kita, tanggungjawab kita”
21/07/2020 11:16:18
Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat telah menitipkan ucapan “Pastikan anak-anak anda berada dalam persekitaran yang sihat dan selamat. Elak daripada membawa mereka ke tempat yang sesak. Keluarga kita, tanggungjawab kita”
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyarankan agar WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK TIDAK DIBENARKAN BERADA DI TEMPAT AWAM.
21/07/2020 11:14:49
Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah menyarankan agar WARGA EMAS DAN KANAK-KANAK TIDAK DIBENARKAN BERADA DI TEMPAT AWAM.
Ceramah “Pengurusan Kewangan: Semasa PKPB dan Pasca PKPB"
21/07/2020 11:13:39
Ceramah “Pengurusan Kewangan: Semasa PKPB dan Pasca PKPB"
Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2020
21/07/2020 11:06:52
Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa 2020
Institusi kekeluargaan yang menjadi tapak permulaan kehidupan harus dipasak dengan kasih sayang, tanggungjawab dan pengorbanan sebagai tiang kejayaan hidup. Hargai, lindungi dan sayangilah keluarga kita sepenuh jiwa. Selamat Hari Keluarga Antarabangsa.
KPWKM menghargai pengorbanan dan jasa serta setinggi TERIMA KASIH atas khidmat PUAN TAN LEE BEE selama berkhidmat.
21/07/2020 11:03:11
KPWKM menghargai pengorbanan dan jasa serta setinggi TERIMA KASIH atas khidmat PUAN TAN LEE BEE selama berkhidmat.
KPWKM menghargai pengorbanan dan jasa serta setinggi TERIMA KASIH atas khidmat PUAN TAN LEE BEE selama berkhidmat.
LAWATAN YB. DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF, TIMBALAN MENTERI PWKM KE LPPKN
21/07/2020 11:00:53
LAWATAN YB. DATO' HAJAH SITI ZAILAH BINTI MOHD YUSOFF, TIMBALAN MENTERI PWKM KE LPPKN
Dengan takzimnya LPPKN amat berbesar hati menerima kunjungan YB. Dato' Hajah Siti Zailah binti Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada petang 14 Mei 2020. Lawatan tersebut bertujuan untuk mengenali lebih dekat fungsi dan peranan LPPKN sebagai salah satu agensi di bawah KPWKM.
KPWKM telah selaraskan pembahagian dan edaran bagi Status Penyerahan Bakul Makanan Seluruh Negara
21/07/2020 10:58:26
KPWKM telah selaraskan pembahagian dan edaran bagi Status Penyerahan Bakul Makanan Seluruh Negara
#KPWKMPrihatin #BerkatBerjasa #PKPD #Covid19Malaysia
SIARAN MEDIA : PANDUAN PENGOPERASIAN TASKA DILULUSKAN
03/06/2020 18:26:30
SIARAN MEDIA : PANDUAN PENGOPERASIAN TASKA DILULUSKAN
GARIS PANDUAN TASKA
28/05/2020 15:33:37
GARIS PANDUAN TASKA
Surat KPPA mengenai Operasi Pejabat Kerajaan semasa PKPB
04/05/2020 12:16:29
Surat KPPA mengenai Operasi Pejabat Kerajaan semasa PKPB
PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI KESELAMATAN WARGA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)
02/05/2020 23:42:35
PANDUAN PENCEGAHAN PENULARAN COVID-19 PASCA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BAGI KESELAMATAN WARGA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK (TASKA)
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) SOP untuk Sektor Penjagaan Sosial.
02/05/2020 15:18:00
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) SOP untuk Sektor Penjagaan Sosial.
FAQ KPWKM MENGENAI PERINTAH PERGERAKAN
21/04/2020 11:26:10
FAQ KPWKM MENGENAI PERINTAH PERGERAKAN
FAQ KPWKM MENGENAI PERINTAH PERGERAKAN
21/04/2020 11:23:38
FAQ KPWKM MENGENAI PERINTAH PERGERAKAN
Majlis Penyampaian Tajaan & Tandatangan Memorandum
12/06/2019 18:24:57
Majlis Penyampaian Tajaan & Tandatangan Memorandum
Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang di Kuantan , Pahang
12/06/2019 18:24:16
Program Santuni Rakyat Peringkat Negeri Pahang di Kuantan , Pahang
Lawatan Kerja KSU ke Projek Naik Taraf RSK Seremban
12/06/2019 18:23:23
Lawatan Kerja KSU ke Projek Naik Taraf RSK Seremban
Sambutan Hari Wanita 2019
12/06/2019 18:22:45
Sambutan Hari Wanita 2019
Kunjungan Hormat Weprotect Global Alliance kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga san Masyarakat
12/06/2019 18:22:00
Kunjungan Hormat Weprotect Global Alliance kepada Menteri Pembangunan Wanita Keluarga san Masyarakat
Bengkel THiNQUR KPWKM
12/06/2019 18:20:56
Bengkel THiNQUR KPWKM
Closing Ceremony and Distribute Childseats
12/06/2019 18:20:15
Closing Ceremony and Distribute Childseats
Lawatan ke Tapak Pembinaan Kediaman Kakitangan Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor
12/06/2019 18:19:18
Lawatan ke Tapak Pembinaan Kediaman Kakitangan Taman Sinar Harapan, Tampoi, Johor
Lawatan ini dihadiri oleh Datuk Dr Rose Lena Lazemi, Ketua Setiausaha KPWKM bersama Bahagian Pembangunan KPWKM.
Perhimpunan Bulanan KPWKM Bil/1 2019
12/06/2019 17:24:42
Perhimpunan Bulanan KPWKM Bil/1 2019
Bengkel Projek ASEAN Mengenai Pemetaan Autisme
12/06/2019 17:24:03
Bengkel Projek ASEAN Mengenai Pemetaan Autisme
HelloHERAHub - Malaysia 1st Women Co Working Space
12/06/2019 17:23:12
HelloHERAHub - Malaysia 1st Women Co Working Space
NASAM Media Launch Stroke Games 2019
12/06/2019 17:21:51
NASAM Media Launch Stroke Games 2019
Wheel Walk Fun Run Sempena Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan
12/06/2019 17:21:08
Wheel Walk Fun Run Sempena Hari OKU Sedunia Peringkat Kebangsaan
Forum Kes Penderaan Kanak-Kanak
12/06/2019 17:19:53
Forum Kes Penderaan Kanak-Kanak
Kempen Katakan TIDAK ! Kepada penderaan kanak kanak
12/06/2019 17:18:19
Kempen Katakan TIDAK ! Kepada penderaan kanak kanak
Rakyat dinasihatkan untuk membuat aduan menerusi Talian Kasih "15999" jika berlakunya sebarang bentuk penderaan terhadap kanak-kanak di negara ini. Kempen ini telah dihadri oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga san Masyarakat, Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalannya YB Puan Hannah Yeoh.
Baby dumping: Are we all to blame?
12/06/2019 17:16:53
Baby dumping: Are we all to blame?
Over the years, babies have been dumped and discarded in the most horrific of places all over the country, with many dying tragic deaths, within hours of being born. Babies have been flushed down toilets, chucked in garbage bins, discarded at playgrounds, dumped in bushes and disposed of at bus-stops
What could cause someone to abandon all sense of compassion and morality? What could push an individual to mutilate, discard or kill their own flesh and blood? Yet, what exactly have we done to address baby dumping and infanticide in our country? What has been our collective role, as a society, in trying to put an end to this?Ignorance is certainly not bliss in this matter.
#FAMILYPLANNINGMATTERS #familyplanning #sexualhealth#unplannedpregnancy #babydumping
Program Lawatan Kerja YB Puan Hannah Yeoh
12/06/2019 17:09:10
Program Lawatan Kerja YB Puan Hannah Yeoh
Program Murid Berkeperluan Khas (MBK)
12/06/2019 17:07:40
Program Murid Berkeperluan Khas (MBK)
YB Hannah Yeoh joined Shaz of #TheLiteBreakfast
12/06/2019 17:06:19
YB Hannah Yeoh joined Shaz of #TheLiteBreakfast
Program sempena turun padang Kempen Cegah Kehamilan Remaja bersama Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
12/06/2019 17:04:52
Program sempena turun padang Kempen Cegah Kehamilan Remaja bersama Menteri Belia dan Sukan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Ucapan Tahun Baru YAB TPM
12/06/2019 17:02:54
Ucapan Tahun Baru YAB TPM
Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 dari kami warga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Semoga tahun baharu ini membawa lebih kebahagian, kecemerlangan dan kegemilangan. Diharap perkhidmatan awam akan kekal memberi kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
“Sambutlah tahun baru 2019 ini dengan kehidupan yang semakin positif & maju”.
YB Puan Hannah Yeoh,Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
“Selamat Menyambut Tahun Baru 2019 kepada semua rakyat Malaysia. Kita tinggalkan 2018 dengan 1001 kenangan & kita akan mengharungi 2019 untuk 1001 harapan”
#SelamatTahunBaru2019
Ikhlas,
YBhg Datuk Dr. Rose Lena binti Lazemi
Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat
Lawatan YBTM ke booth pameran sempena MISFIT 2018
08/08/2018 10:18:39
Lawatan YBTM ke booth pameran sempena MISFIT 2018
Lawatan Kerja & Perjumpaan YB Timb. Menteri KPWKM bersama kakitangan JKMN Kelantan di RSK Tmn. Kemumin, Kelantan.
07/08/2018 17:25:12
Lawatan Kerja & Perjumpaan YB Timb. Menteri KPWKM bersama kakitangan JKMN Kelantan di RSK Tmn. Kemumin, Kelantan.
Karnival YOKUK 2018 & Pelancaran Logo Baharu YOKUK
07/08/2018 17:24:24
Karnival YOKUK 2018 & Pelancaran Logo Baharu YOKUK
Sesi Ucapan dan Perasmian Pertandingan Abilimpik Peringkat Kebangsaan 2018 oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr.Wan Ismail
07/08/2018 17:16:58
Sesi Ucapan dan Perasmian Pertandingan Abilimpik Peringkat Kebangsaan 2018 oleh YAB Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr.Wan Ismail
Klinik Guaman Siri II: Perundangan dan Masyarakat di Rumah Nur PPWN Kelantan
07/08/2018 17:16:07
Klinik Guaman Siri II: Perundangan dan Masyarakat di Rumah Nur PPWN Kelantan
Temubual bersama wartawan Kosmo mengenai Implikasi Penguatkuasaan Akta Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia
07/08/2018 17:15:10
Temubual bersama wartawan Kosmo mengenai Implikasi Penguatkuasaan Akta Perlindungan Kanak-Kanak di Malaysia
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
07/08/2018 17:13:28
Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
Sesi temubual Radio IKIM.fm bersama En. Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Kanak Kanak JKM
07/08/2018 17:12:35
Sesi temubual Radio IKIM.fm bersama En. Arfan bin Sulaiman, Pengarah Bahagian Kanak Kanak JKM
Program bersama Befrienders Ipoh & PPWN Perak (JPW).
07/08/2018 17:11:22
Program bersama Befrienders Ipoh & PPWN Perak (JPW).
Sidang Media Berkenaan Isu Perkahwinan Kanak-Kanak
07/08/2018 17:10:31
Sidang Media Berkenaan Isu Perkahwinan Kanak-Kanak
Program Roadshow dan Kesedaran Jabatan Bantuan Guaman Malaysia
07/08/2018 16:58:41
Program Roadshow dan Kesedaran Jabatan Bantuan Guaman Malaysia
Sesi Pertemuan NGO Wanita bersama YAB TPM, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
07/08/2018 16:57:15
Sesi Pertemuan NGO Wanita bersama YAB TPM, Dato' Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
Hari Kesedaran ICT KPWKM 2018
07/08/2018 16:56:16
Hari Kesedaran ICT KPWKM 2018
Kunjungan Rasmi YB Hjh Haniza Mohamed Talha
07/08/2018 16:55:12
Kunjungan Rasmi YB Hjh Haniza Mohamed Talha
MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM
10/04/2018 12:17:16
MAJLIS AMANAT PERDANA PERKHIDMATAN AWAM
1. Pemendekan time-based untuk kumpulanpelaksana kepada 10 tahun mulai 1 Jan 2018
3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak / contract of servicemulai 1 Julai 2018
4. Sumbangan Dana kepada CUEPAC sebanyak sekurang-kurangnya 3juta setahun.
5. Kemudahan cuti Tanpa rekod keagamaan kepada penjawat awam Bukan Islam maksimum 7 sepanjang tempoh perkhidmatan.
6. Memberi 1% kenaikankadar pencen tambahan kepada 2% mulai 1 Julai - 31 Dec 2018 secara one-off
7. Geran khas kepada persatuan pesara Bagi tahun 2018
8. Kuota Haji Khas utk persatuan pesara
Pemberian KGT khas untuk penjawat awam pada 1 julai 2018
MAJLIS PENGISYTIHARAN MAHKAMAH KHAS PERKAHWINAN, HADANAH & NAFKAH
10/04/2018 12:15:52
MAJLIS PENGISYTIHARAN MAHKAMAH KHAS PERKAHWINAN, HADANAH & NAFKAH
SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA
10/04/2018 12:15:06
SAMBUTAN HARI AUTISME SEDUNIA
SALAM SAYANG PERLIS 2018
10/04/2018 12:14:03
SALAM SAYANG PERLIS 2018
Dengan kehadiran seramai 120 orang.
PROGRAM CERAMAH PERKASA WANITA PERKASA NEGARA
10/04/2018 12:13:07
PROGRAM CERAMAH PERKASA WANITA PERKASA NEGARA
Telah mendapat perhatian Ucapan Aluan daripada Datuk Latipah binti Omar Exco Qanita, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Hal Ehwal Kebajikan Negeri Melaka. Banyak acara Gimik Perasmian Majlis "Himpunan Wanita Gemilang" yang disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts.Haji Idris Haji Harun Ketua Menteri Melaka.
Turut diadakan Ministerial Dialogue TMW18 bersama Ahli Panel YAB Datuk Seri Utama Ir. Ts.Haji Idris Haji Harun Ketua Menteri Melaka dan juga YB Dato' Sri Rohani Abd Karim Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat. Terdapat beberapa aktiviti antaranya ialah Persembahan Selamat Datang daripada anak-anak Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Utama Ayer Keroh, Melaka. Terdapat juga ucapan Aluan oleh YBhg. Dato' Suriani Dato' Ahmad Ketua Setiausaha Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat sempena Majlis Perasmian Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Seri Utama Ayer Keroh, Melaka. Turut diadakan majlis Penyerahan sijil penghargaan kepada sukarelawan yg membantu dalam Program Sentuhan Kasih Rohani di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Harapan Bukit Baru, Melaka.
Antara aktiviti sukarelawan yg dibuat:
Membaik pulih dan membersihkan premis. Seramai 60 sukarelawan yang terdiri daripada IPTA / IPTS dan Sukarelawan YKN terlibat sejak dari mula sehingga akhir.
SESI PERKONGSIAN : MEMPERKASAKAN PERANAN WANITA DALAM BIDANG KESELAMATAN
10/04/2018 12:06:18
SESI PERKONGSIAN : MEMPERKASAKAN PERANAN WANITA DALAM BIDANG KESELAMATAN
YDH DCP Dato' Hjh Fatimah Bt Abdul Hamid
Timbalan Pengarah Perancangan Strategik,Jabatan Pencegahan dan Keselamatan,Polis DiRaja Malaysia
Brig. Jen. Suriakala a/p Suriabagavan
Pengarah Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota Markas Angkatan Tentera Malaysia
Sesi Dialog YB Menteri KPWKM bersama Wanita Zon Selatan adalah anjuran Kluster Keselamatan di antara 5 kluster di bawah KPWKM. Dianggarkan seramai 700 orang wanita dari seluruh Negeri Johor hadir untuk bersama-sama dalam sesi dialog YB Dato' Sri Rohani Abd Karim Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama Wanita Zon Selatan.
YB Menteri Dato' Sri Rohani Abd Karim turut melancarkan Apps Akla dan turut diadakan Sesi Menandatangani MOU bersama Qaleer Beauty dan University of Reading Malaysia serta Penyampaian Sijil Penghargaan kepada Rakan Strategik dan Penceramah.
SENTUHAN KASIH ROHANI
10/04/2018 12:03:06
SENTUHAN KASIH ROHANI
YBM turut merasmikan dalam satu program ringkas iaitu Perasmian Kafe Orang Pekak dan Bisu,yang terletak di Taman Mount Austin, Johor Bharu.
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMAN SINAR HARAPAN JUBLI, JOHOR BHARU.
10/04/2018 12:01:31
MAJLIS PERASMIAN BANGUNAN TAMAN SINAR HARAPAN JUBLI, JOHOR BHARU.
Antara aktiviti menarik yang telah dilaknasakan sepanjang program ialah:
1. Gimik Perasmian Majlis Perasmian Bangunan Taman Sinar Harapan Jubli
2. Pelancaran Bazanita Muafakat Johor
3. Penyampaian Bantuan Peralatan Ibu Tunggal YPKDT & 2YEP Muafakat Johor 2018
4. Lawatan ke Bangunan TSH Jubli & Menandatangani Plak Perasmian Bangunan
5. Gimik Penanaman Pokok Bonsai Lawatan ke TMN SINAR HARAPAN JUBLI
PROGRAM JELAJAH MESRA KEBAJIKAN HOME HELP
21/02/2018 11:32:45
PROGRAM JELAJAH MESRA KEBAJIKAN HOME HELP
Klien 1: Hajijah Binti Abdullah
Klien 2: Siti Binti Abon
Penerima Bantuan Orang Tua (BOT)
Kg Hulu, Sri Aman,Sarawak
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NO GADGET HOUR DAN SANTAI BERSAMA KELUARGA
21/02/2018 11:31:11
MAJLIS PERASMIAN PROGRAM NO GADGET HOUR DAN SANTAI BERSAMA KELUARGA
PROGRAM HARI KELUARGA DAN PROGRAM WELLBEING OF WOMEN
21/02/2018 11:30:14
PROGRAM HARI KELUARGA DAN PROGRAM WELLBEING OF WOMEN
PROGRAM MOBILE CLINIC D' STRESS PPWN PERLIS
21/02/2018 11:29:21
PROGRAM MOBILE CLINIC D' STRESS PPWN PERLIS
KARNIVAL RAKYAT DAN PELANCARAN DEVELOPMENT BLUEPRINT 2030
21/02/2018 11:26:30
KARNIVAL RAKYAT DAN PELANCARAN DEVELOPMENT BLUEPRINT 2030
Antara sukarelawan yang terlibat secara langsung adalah seperti:
- Giatmara 40
- Kafe@teen 10
- Askar Muara Tuang 20
PROGRAM LESTARI MODAL INSAN KOPERASI
21/02/2018 11:25:11
PROGRAM LESTARI MODAL INSAN KOPERASI
EXECUTIVE TALK : PEMERKASAAN WANITA
21/02/2018 11:24:18
EXECUTIVE TALK : PEMERKASAAN WANITA
Program Kluster Ekonomi (Kecantikan & Henna) Sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018
21/02/2018 11:22:46
Program Kluster Ekonomi (Kecantikan & Henna) Sempena Tahun Memperkasa Wanita 2018
Majlis Konvokesyen Program Empower ECER Pahang
21/02/2018 11:16:03
Majlis Konvokesyen Program Empower ECER Pahang
Pelantikan President of the Intergovernmental Council of the Management of Social Transformations Programme, UNESCO
15/12/2017 16:36:34
Pelantikan President of the Intergovernmental Council of the Management of Social Transformations Programme, UNESCO
Management of Social Transformations (MOST) Programme merupakan salah satu program di bawah Suruhanjaya Sains Sosial, UNESCO bertujuan merancang, menyelaras dan melaksanakan program dan aktiviti UNESCO yang berkaitan dengan bidang sains sosial seperti transformasi sosial, inklusiviti, kesaksamaan gender dan sebagainya.
Keanggotaan Malaysia dalam IGC meningkatkan imej dan profil Malaysia sebagai sebuah negara anggota UNESCO yang komited terhadap pembangunan inklusif yang merupakan antara fokus pihak UNESCO dalam Agenda Pembangunan 2030.
Program Hari Kerjaya, Kemahiran Dan Keusahawanan Wanita dan Bazar Wanita@Utc Perak
04/12/2017 15:16:13
Program Hari Kerjaya, Kemahiran Dan Keusahawanan Wanita dan Bazar Wanita@Utc Perak
Banyak aktiviti - aktiviti menarik yang turut diadakan adalah seperti : -
1) Temuduga Terbuka
2) Klinik Kerjaya
3) Senamrobik
4) Bazar Wanita
5) Peluang Latihan Kemahiran
Program Kesukarelawanan V2i Mahasiswa UTeM
15/12/2017 16:37:46
Program Kesukarelawanan V2i Mahasiswa UTeM
Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW)
15/12/2017 16:35:10
Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita (EVAW)
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Dato Hajjah Rusnah Binti Kassim, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Turut hadir oleh Cik Suraya Ghazali (Pengarah LPPKN Perak), Dato Dr Azizah (Ketua Wanita Daerah Manjung) & Inspektor Zahaisha (Wakil IPD Manjung)
Antara intipati program ini:
1. Taklimat drpd IPD Manjung (jenis-jenis jenayah yang sering berlaku kepada wanita)
2. Demo dan cara mempertahankan diri apabila diserang.
3. Pemeriksaan kesihatan oleh LPPKN Perak
Siaran Langsung Secara "Online Streaming", Dan "Live Tweet" Pembentangan #Bajet2018 Oleh YAB Perdana Menteri
04/12/2017 15:12:29
Siaran Langsung Secara "Online Streaming", Dan "Live Tweet" Pembentangan #Bajet2018 Oleh YAB Perdana Menteri
Cadangan dan input rakyat sentiasa memainkan peranan penting dalam proses pembentukan Bajet negara. Tahun ini, sebanyak 13,837 cadangan telah diterima melalui kempen "crowdsourcing" yang berakhir pada 18 September 2017.
Melalui tinjaun yang dijalankan, kos sara hidup, pendidikan, perumahan dan kehidupan bandar, pekerjaan serta pencukaian, perniagaan dan kewangan merupakan 5 perkara teratas yang paling dekat di hati rakyat.
Bagi menjawab persoalan-persoalan ini, YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak akan membentangkan #Bajet2018 pada 27 Oktober 2017 (Jumaat), jam 3.30 petang.
Semua dijemput untuk mengikuti siaran langsung di www.facebook.com/NajibRazak, www.youtube.com/NajibRazak atau di www.najibrazak.com.
Saluran www.twitter.com/NajibRazak juga akan dikemaskini secara langsung (Live tweet).
Mesyuarat Jaringan Penyelidikan Penuaan Malaysia 2017
15/12/2017 16:37:16
Mesyuarat Jaringan Penyelidikan Penuaan Malaysia 2017
Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017 (Pesan 2017)
12/12/2017 11:55:19
Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017 (Pesan 2017)
Kuala Lumpur - 12 julai 2017
Institut Sosial Malaysia (ISM) dengan kerjasama Universiti Utara Malaysia (UUM) telah berjaya mengadakan Persidangan Kerja Sosial Kebangsaan 2017 (PESAN 2017) yang bertemakan "Kerja Sosial Mendepani Cabaran Semasa" pada 12 & 13 Julai 2017. YBrs. Encik Azman bin Yusof, Timbalan Ketua Setiausaha, (Strategik) mewakili YB. Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembanguan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan merasmikan persidangan ini pada 13 Julai 2017 . ISM mengucapkan selamat datang dan selamat bersidang kepada semua pembentang dan juga peserta PESAN 2017 yang terlibat.
Program Hari Penduduk Sedunia
12/12/2017 11:55:47
Program Hari Penduduk Sedunia
Kuala Lumpur - 11 Julai 2017
Tarikh 11 Julai setiap tahun sejak 1989 adalah Hari Penduduk Sedunia dengan tema pada tahun ini adalah "Family Planning: Empowering People, Developing Nations" atau "Perancangan Keluarga: Memperkasa Masyarakat, Membangunkan Negara"
Sambutan Hari Penduduk Sedunia melalui LPPKN telah mengadakan EKOFAMILI 2017 di 14 buah komuniti terpilih dalam program Pemerkasaan Keluarga dan Komuniti (FACE) yang akan dilancarkan pada 14 Julai 2017 di Beaufort, Sabah.
Program Cari & Bantu Dan Program Home Help
12/12/2017 16:16:30
Program Cari & Bantu Dan Program Home Help
Kedah – 16 Jun 2017
YB Menteri telah menyempurnakan sumbangan kepada Rumah klien JKM.Turut hadirbersama ialah YB Dato' SurayaYaacob, Exco Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri Kedah serta KP JKM.
Antara penerima tersebut ialah :
1. Encik Hamid Din (Warga Emas) 83 tahun – yang juga Penerima Bantuan Orang Tua sebanyak RM300.
2. Puan Leha Saman (Warga Emas) - 86 tahun - Penerima Bantuan OKU /Pesakit Kronik Terlantar sebanyak RM300.
Program #NEGARAKU_Kasihkita_KPWKM #jomhariapenang
12/12/2017 16:16:03
Program #NEGARAKU_Kasihkita_KPWKM #jomhariapenang
Pulau Pinang- 15 Jun 2017
Program #NEGARAKU_KasihKITA_KPWKM#jomhariaPenang telah berlangsung di di Mydin Mall dan YB Menteri telah menyarankan supaya program LaWa dilaksanakan di Mydin Mall juga bagi memperluaskan pasaran produk usahawan wanita.
Pada hari yang sama, YB Menteri telah berucap di Program Terapi Minda dan Relaksasi anjuran LPPKN yang diadakan di Pusat Keluarga LPPKN Bertam.
YB Menteri menyarankan supaya Pusat Keluarga LPPKN Bertam beroperasi juga pada hujung minggu untuk aktiviti seperti kafe@TEEN dan kaunseling bagi memberi peluang kepada kumpulan sasar selari dengan perkhidmatan yang disediakan.
YBM meminta supaya usaha dipergiatkan utk menguar-uarkan perkhidmatan yg ditawarkan di Pusat Keluarga LPPKN Bertam seperti pakej spa MamaCare dan salun rambut. Pihak media perlu dilibatkan bagi memastikan maklumat tersebut dapat disebarkan kpd umum.
Antara aktiviti lain yang sempat dilakukan oleh YB Menteri adalah:
Sidang Media bgi program Terapi Minda dan Relaksasi di Pusat Keluarga LPPKN Bertam. #NEGARAKU_Kasihkita_KPWKM#jomhariaPenang
YB Menteri membuat Flag-off pengedaran bubur lambuk dan Produk Bazaar Wanita 1Malaysia kepada Bikers Wanita. #NEGARAKU_kasihKITA_KPWKM#jomhariaPenang
YB Menteri menyerahkan sumbangan duit raya kepada penerima bantuan JKM dan penghuni institusi di RKK Taman Bakti, Kepala Batas.
Program Singgah Sahur bersama Penghuni RKK Taman Bakti, Kepala Batas. Aktiviti : mengejutkan penghuni utk bersahur bersama YBM. Seramai 68 penghuni RKK TAMAN BAKTI,KEPALA BATAS bersahur bersama YBM yg terdiri daripada kanak-kanak berumur 7-12 tahun dengan pecahan 41 lelaki dan 27 perempuan.
Program Perwani Home Help
12/12/2017 16:15:45
Program Perwani Home Help
Kuala Lumpur, 14 Jun 2017
Program Perwani Home Help @ Seksyen 2, Wangsa Maju 14 Jun 2017. Kumpulan Perwani Miles Setapak dengan PPWNKL telah mengunjungi Surau Al Ihsan dan menyampaikan sumbangan daripada ahli kumpulan serta mengunjungi rumah keluarga seorang Orang Kelainan Upaya dan seorang pesakit terlantar (kanser tulang).
Ahli kumpulan Perwani menyumbang dari segi para kaunseling dan membantu membersihkan katil pesakit.
Program Semarak Cahaya Al Quran Rumah Perlindungan Khas Wanita Kuala Lumpur 14 Jun 2017. Program kerjasama dengan JAKIM Putrajaya. Aktiviti meliputi ceramah Nuzul Al Quran, Ramadhan dan Syawal, masakan bubur lambuk, berbuka puasa dan tarawikh. 60 orang penghuni beragama Islam terlibat.
Program Penggubahan Bunga
12/12/2017 16:15:28
Program Penggubahan Bunga
Ipoh, 10 Jun 2017
Program ini anjuran kerjasama NGO-Dewan Perniagaan India Perak (DPIP) dengan Petal Florist Incorporate yang melibatkan 20 orang peserta bagi sesi pertama dan keseluruhannya melibatkan 120 orang peserta.
Melalui program ini peserta diberi sesi latihan mengenai cara-cara mengubah bunga dan juga membantu menyediakan peluang memulakan perniagaan kedai bunga.
Program Tadarus Al-Quran
12/12/2017 16:15:05
Program Tadarus Al-Quran
Putrajaya, 3 JUN 2017
Program Tadarus Al-Quran anjuran MPWK 12 Parlimen Kuala Lumpur dan Putrajaya diadakan secara serentak pada hari ini. Program Keluarga MPWK ini diadakan secara kerjasama dengan Yayasan Wilayah Persekutuan yang turut menyediakan peruntukan sebanyak RM3,750 bagi setiap Parlimen.
Aktiviti selepas selesai tadarus termasuk penyediaan bubur lambuk dan juadah berbuka, berbuka puasa, solat maghrib dan tarawikh secara berjemaah.
Aspirasi TN50 Bersama Warga KPWKM
12/12/2017 16:14:42
Aspirasi TN50 Bersama Warga KPWKM
Putrajaya, 2 Jun 2017
Satu Sesi Perkongsian Aspirasi TN50 Bersama Warga KPWKM Siri 3 untuk Kumpulan Pegawai Pelaksana I dan II KPWKM dan Agensi telah dilaksanakan di Dewan An NUR KPWKM.
Penglibatan bersama kumpulan sokongan ini adalah untuk mendekati dan mendapat maklumat yang lebih jelas bagi memenuhi aspirasi kakitangan awam bagi merealisasikan TN50. #TN50? #mytn50 #NEGARAKU_KasihKITA_KPWKM
Manakala sesi kedua pula menbawa tajuk : My Country Heaven
Sesi ini lebih kepada perbincangan dalam kumpulan yang menjurus kepada Bidang Fokus yang telah ditetapkan.
Dalam sesi ini pihak urus setia telah memilih 6 bidang daripada 7 bidang sedia ada iaitu nilai-nilai murni, urustadbir, alam sekitar, ekonomi, teknologi dan masyarakat. #TN50 ?#mytn50 #NEGARAKU_KasihKITA_KPWKM
Aspirasi Anda Membina Masa Depan Negara
12/12/2017 16:14:20
Aspirasi Anda Membina Masa Depan Negara
Putrajaya – 29 Mei 2017
KPWKM telah menganjurkan Sesi Perkongsian Aspirasi TN50 Bersama Warga KPWKM Siri 2 untuk pegawai kumpulan Pengurusan & Profesional Gred 48 – 54. Kakitangan yang terlibat adalah terdiri daripada warga KPWKM dan Agensi di Dewan Perdana Nur KPWKM yang berlangsung pada jam 2.00-4.30 petang.
Program Penanda Arasan Di Bangkok Thailand.
12/12/2017 16:13:53
Program Penanda Arasan Di Bangkok Thailand.
Bangkok, Thailand - 2-4 April 2017
Program ini bertujuan untuk mengetahui dan bertukar pengetahuan mengenai program berasaskan komuniti dan sistem sokongan sosial bagi warga emas. Ini kerana di Thailand adalah negara di rantau Asia Tenggara yang mempunyai sistem sokongan warga emas yang terbaik melalui program berasakan komuniti.
Antara dapatan program :
1. warga emas di tempat yang di lawati diperkasakan melalui ekonomi dan pendidikan melalui konsep pembelajaran sepanjang hayat dengan mewujudkan pusat latihan kemahiran di institusi warga emas.
2. Intervensi melalui saringan awal dijalankan dan warga rmas dikategorika mengikut tahap kesihatan
3. Keperluan program dan aktivtiti di tentukan oleh kehendak warga emas melalui pendekatan "Bottol Up Policy"
4. Kolaborasi agensi seperti JKM bersama IPT dalam membina modul atau program berkaitan pembangunan sosial sebelum pelaksanaan dasar atau polisi sosial
5. Terdapatnya satu inovasi sistem kecemasan pesakit terlantar yang tinggal di rumah yang dipanggil Alat Bantu Kecemasan yang dikelolakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan
PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BERI PELUANG PESALAH MUDA BAIKI DIRI
12/12/2017 16:13:27
PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT BERI PELUANG PESALAH MUDA BAIKI DIRI
Kem Integrasi ini merupakan penganjuran kali ke-3 sejak perkhidmatan Perintah Khidmat Masyarakat diperkenalkan pada tahun 2008 dan kem Integrasi ini adalah melaksanakan Perintah Khidmat Masyarakat sebanyak 24 agregat jam kepada pesalah muda yang dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat oleh mahkamah.
Berdasarkan dapatan penilaian Program Kem Jati Diri dan Kem Kerohanian yang diadakan pada tahun 2016 di peringkat kebangsaan mendapati lebih 80 peratus peserta yang pada awalnya kurang berminat untuk memperbaiki diri telah mengubah persepsi mereka selepas tamat program tersebut. Penilaian selepas program tersebut mendapati 70 peratus peserta bersetuju bahawa program yang diikuti telah menyumbang sesuatu yang positif terhadap diri mereka
Majlis Perasmian Penutup Kem Integrasi Perintah Khidmat Masyarakat Peringkat Kebangsaan 2016 telah disempurnakan oleh YB Dato’ Sri Rohani Abdul Karim bertempat di Dewan Semai Bakti, FELDA Kemahang Tiga, Tanah Merah, Kelantan.
TOUCHPOINTS BAJET 2017
12/12/2017 16:06:19
MESYUARAT PERINGKAT MENTERI KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL ASEAN (AMMSWD) KE-9 DAN MESYUARAT AMMSWD+3 KE-5, JAKARTA, INDONESIA 29 - 30 SEPTEMBER 2016
12/12/2017 16:05:40
MESYUARAT PERINGKAT MENTERI KEBAJIKAN DAN PEMBANGUNAN SOSIAL ASEAN (AMMSWD) KE-9 DAN MESYUARAT AMMSWD+3 KE-5, JAKARTA, INDONESIA 29 - 30 SEPTEMBER 2016
Tema mesyuarat pada kali ini adalah “Strengthening Social Welfare Development in Pursuing ASEAN Community Vision 2025”.
Mesyuarat AMMSWD ke-9 diadakan bertujuan menyelia semua aktiviti yang telah dirancang bagi kerjasama ASEAN mengenai kebajikan sosial dan pembangunan di bawah bidang kuasa SOMSWD dan ASEAN Commission on the Promotion and Protection of the Rights of Women and Children (ACWC) manakala Mesyuarat AMMSWD+3 memberi fokus kepada sesi perkongsian pengalaman dan pandangan daripada semua negara anggota ASEAN dan negara-negara ‘Plus Three’ iaitu China, Jepun dan Republik Korea.
Kedua-dua mesyuarat ini mengumpulkan kesemua Menteri yang bertanggungjawab terhadap kebajikan dan pembangunan sosial di setiap negara anggota ASEAN.
Terdahulu, Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Kebajikan dan Pembangunan Sosial (SOMSWD) Ke-12 dan Mesyuarat SOMSWD+3 Ke-11 telah diadakan dari 26 hingga 28 September 2016 yang dihadiri oleh YBrs. Dr. Rose Lena Lazemi, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Pembangunan Wanita,
Keluarga dan Masyarakat
Tel: 03-8323 1087 / 03-8323 1088
emel: info@kpwkm.gov.my
Klik untuk Muat turun siaran media

PROGRAM KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA PERANCIS DILANCARKAN
20/09/2016 4:37:23
PROGRAM KOMUNITI PERWANI 1MALAYSIA PERANCIS DILANCARKAN
Beliau turut berharap agar Malaysian Association in France (MAF) dapat menubuhkan PERWANI Diaspora dan membantu dalam mengembangkan ahli PERWANI di seluruh Paris terutama kepada para belia dan pelajar untuk memupuk sifat kesukarelawan dan memberi peluang kepada mereka untuk bertindak sebagai agen transformasi di peringkat komuniti. Majlis pelancaran ini turut dihadiri oleh Malaysian Assiociation in France, para pelajar Malaysia di Paris, dan pegawai-pegawai wanita di Kedutaan Besar Malaysia Paris.





SAMBUTAN HARI TASKA 2016
12/12/2017 16:05:12
SAMBUTAN HARI TASKA 2016
Tarikh : 13 ogos 2016
Tempat : The School, Jaya One, Petaling Jaya
Sambutan Hari Taska Kebangsaan 2016 telah diadakan pada 13 Ogos 2016 bertempat di The School, Jaya One, Petaling Jaya. Program ini merupakan Program Smart Partnership antara Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Tema Sambutan Hari TASKA pada tahun ini adalah KESELAMATAN KANAK-KANAK: “KEEP ME SAFE”. Program “KEEP ME SAFE” ini bertujuan mewujudkan kesedaran kepada ibu bapa dan masyarakat tentang pentingnya mengawasi keselamatan kanak-kanak sama ada di TASKA atau di rumah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Pada sambutan itu, satu portal iaitu “www.asuhan.my” turut dilancarkan. Pembangunan portal yang disumbangkan oleh DIGI ini dilancarkan untuk memudahkan ibu bapa mendapatkan maklumat mengenai TASKA berdaftar yang berhampiran dengan rumah mereka kerana maklumat yang dipaparkan adalah lengkap dengan alamat serta lokasi TASKA.

PROGRAM SANTAI KOMUNITI PERWANI 1 MALAYSIA NEGERI MELAKA : LATIHAN KEMAHIRAN “NASI BERIANI JOHOR” & “ASAS SOLEKAN”
12/12/2017 16:04:52
PROGRAM SANTAI KOMUNITI PERWANI 1 MALAYSIA NEGERI MELAKA : LATIHAN KEMAHIRAN “NASI BERIANI JOHOR” & “ASAS SOLEKAN”
PROGRAM SANTAI KOMUNITI PERWANI 1 MALAYSIA NEGERI MELAKA :
LATIHAN KEMAHIRAN “NASI BERIANI JOHOR” & “ASAS SOLEKAN”
TARIKH : 28 JULAI 2016
TEMPAT : PPWN MELAKA
Program Santai Komuniti Perwani 1 Malaysia Negeri Melaka : Latihan Kemahiran “Nasi Beriani Johor” & “Asas Solekan” telah diadakan pada 28 JULAI 2016 bertempat di Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah mengumpulkan semua ahli perwani negeri Melaka seramai lebih kurang 500 orang yang terlibat.
Para ahli perwani yang datang telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu, bidang masakan & bidang solekan, serta latihan kraftangan dimana salah seorang ahli perwani yang menawarkan diri untuk membuat demonstrasi membuat bunga telur pada hari kejadian. ketiga-tiga program ini telah dijalankan serentak.
Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Latipah binti Omar EXCO Wanita, Pembangunan Keluarga & Hal Ehwal Kebajikann Negeri Melaka. Majlis turut dihadiri oleh Datin Wira Hajah Rafeah Haneem binti Johari, Pengerusi Puspanita Negeri
Majlis turut diserikan dengan kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ir Hj Idris Harun & isteri beliau Y.A.Bhg Datin Seri Datuk Wira Hjh Fadilah binti Abdullah yang menjadi tetamu kehormat dan merasai keenakan masakan Nasi Beriani Johor yang disediakan oleh para peserta.
MAJLIS "Tautan Kasih" KOMUNITI PERWANI 1 MALAYSIA BERSAMA PENGHUNI WANITA PENJARA SUNGAI UDANG
12/12/2017 16:02:32
MAJLIS "Tautan Kasih" KOMUNITI PERWANI 1 MALAYSIA BERSAMA PENGHUNI WANITA PENJARA SUNGAI UDANG
DENGAN KERJASAMA
JABATAN PENJARA SUNGAI UDANG
TARIKH : 2 OGOS 2016 (SELASA)
TEMPAT : PENJARA SUNGAI UDANG, MELAKA
Program ini diadakan dengan bertujuan untuk menemukan banduan wanita yang belum pernah dilawati insan tersayang sejak mereka dipenjarakan. Seramai 16 orang banduan yang terpilih dan berjaya dipertemukan dengan ahli kelurga masing-masing dengan bantuan dan usaha bersama pihak Jabatan Penjara Negeri Melaka
Seramai 20 orang ahli PERWANI telah menjadi sebagian daripada peserta program. Mereka telah terlebih dahulu diberikan latihan Lay Counselor PERWANI. Setiap ahli PERWANI ditugaskan untuk duduk bersama-sama banduan dan keluarga mereka. PERWANI berperanan sebagai pemudah cara dan sukarelawan dalam program tersebut.
Program ini dimulakan dengan sesi kaunseling bersama Yang Mulia Dr Raja Kamariah Binti Raja Mohd Khalid di mana dalam sesi tersebut Yang Mulia Dr Raja mendekati setiap keluarga banduan tersebut untuk memberikan kata-kata semangat dan dorongan buat kedua-dua pihak.
Majlis "Tautan Kasih" ini telah disempurnakan oleh Y.A.Bhg Datin Seri Datuk Wira Hjh Fadilah binti Abdullah, Isteri kepada Y.A.B Ketua Menteri Melaka. Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 380 orang peserta terdiri daripada warga banduan Penjara Wanita Sungai Udang, Ahli Keluarga banduan, PERWANI, Kakitangan Penjara dan PPWN Melaka, pihak media serta tetamu kenamaan.
MAJLIS PERASMIAN KEMPEN JOM DAFTAR PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
12/12/2017 16:00:16
MAJLIS PERASMIAN KEMPEN JOM DAFTAR PERINGKAT WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN PUTRAJAYA
11 OGOS 2016
DEWAN PERDANA NUR, ARAS B1, KPWKM
Majlis ini merupakan usahasama Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan kerjasama Persatuan TASKA Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
(PEPENTA) dan Persatuan TASKA Wilayah Persekutuan Putrajaya (PUSPAJAYA).
Kempen Jom Daftar ini diadakan bagi memperluaskan maklumat dan penyertaan pengusaha-pengusaha taska untuk berdaftar dengan JKM mengikut ketetapan yang telah ditetapkan bagi menjamin kesematan kanak-kanak. Kempen ini juga dilihat dapat memastikan para pengusaha TASKA perlu memastikan TASKA mereka sentiasa memenuhi standard minimum yang telah ditetapkan oleh JKM.

KURSUS LAY COUNSELOR PERWANI
12/12/2017 15:59:48
KURSUS LAY COUNSELOR PERWANI
SIRI 1 & SIRI 2
Tarikh : 22 Mei 2016
Tempat : Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Kursus Lay Counselor PERWANI Siri 1 & Siri 2 telah dijalankan pada 22 dan 23 Mei 2016 bertempat di Auditorium Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah. Program ini merupakan salah satu inisiatif Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Kedah dalam menyokong program Pra Sambutan Hari Wanita 2016 di mana sambutannya akan diadakan pada 25 Ogos 2016.
Seramai 181 orang ahli PERWANI telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada ahli-ahli PERWANI di Kedah. Objektif penganjuran kursus ini adalah untuk melihat keupayaan wanita untuk membentuk, membimbing dan mendidik ahli keluarga, seterusnya masyarakat dengan bentuk dan kaedah membantu dan pertolongan yang betul.
Kursus sehari ini turut menggunakan pendekatan aktiviti berkumpulan dan sesi demonstrasi bagi memudahkan peserta memahami situasi-situasi tertentu dan langkah-langkah menyelesaikannya.

LAWATAN YB MENTERI KE ATAS TIGA BUAH RUMAH KEBAJIKAN DI BINTULU
10/08/2016 2:38:22
LAWATAN YB MENTERI KE ATAS TIGA BUAH RUMAH KEBAJIKAN DI BINTULU
Lawatan ke pusat-pusat tersebut mendapati sebuah pusat jagaan telah berdaftar dan beroperasi dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang telah ditetapkan.
Manakala, dua (2) buah pusat jagaan lagi tidak berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Sehubungan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah memberikan khidmat nasihat dan menyarankan agar pengusaha pusat jagaan untuk menyegerakan urusan pendaftaran pusat jagaan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.
Menurut YB Dato' Sri Rohani, "Kegagalan atau ingkar untuk mendaftar, pengusaha boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pusat Jagaan Kanak Kanak 1984. Tindakan yang boleh dikenakan termasuklah menyita premis dan dakwaan di mahkamah.
Lawatan ini merupakan usaha berterusan Kementerian dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi memastikan semua pengusaha pusat jagaan mematuhi undang-undang yang telah dikuatkuasakan di samping kualiti jagaan kanak-kanak oleh Pertubuhan Sukarelawan Kebajikan (PSK) berada pada tahap terbaik mengikut standard antarabangsa.