Talian Kasih 15999
DASAR PRIVASI APLIKASI MOBIL TALIAN KASIH 15999 | ||||||||||||
PRIVASI Aplikasi Mobil Talian Kasih 15999 (selepas ini dirujuk sebagai "Aplikasi"), adalah aplikasi yang dibangunkan untuk orang awam (selepas ini dirujuk sebagai "Pengguna") bagi memudahkan Pengguna untuk membuat aduan dan memaparkan semula aduan yang telah dihantar ke Talian Kasih 15999 dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple App Store. Kerajaan memastikan bahawa maklumat peribadi yang dikumpulkan adalah selari dengan peruntukan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709).
|
||||||||||||
MAKLUMAT PERIBADI Aplikasi ini tidak akan merekodkan data peribadi pengguna kecuali dengan kebenaran dan diberikan secara sukarela oleh pengguna. Maklumat ini tidak dikongsi dengan organisasi lain bagi tujuan lain kecuali dinyatakan secara khusus. |
||||||||||||
MAKLUMAT YANG DIKUMPUL Aplikasi ini mengumpulkan data yang dikemukakan atas persetujuan pengguna dan dilakukan secara sukarela melalui proses pendaftaran aplikasi untuk capaian ke sistem aplikasi. Data peribadi yang dikumpul adalah seperti berikut;
Data peribadi yang dikumpul tidak akan digunakan untuk apa-apa tujuan selain daripada yang disebutkan di atas. Data peribadi yang dikumpulkan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga atau dipindahkan ke tempat di luar Malaysia untuk tujuan komersil. |
||||||||||||
RINGKASAN KEBENARAN Kebenaran untuk mendapatkan akses kepada aplikasi/fungsi berikut di bawah diperlukan bagi membolehkan aduan yang lengkap dihantar melalui Aplikasi. Anda dianggap telah memberi kebenaran apabila anda mengklik pada butang "Benarkan" dalam Aplilkasi.
|
||||||||||||
KESAN JIKA DATA PERIBADI TIDAK DIBENARKAN Sekiranya data peribadi yang dibekalkan tidak mencukupi ataupun tidak memuaskan, maka permohonan atau permintaan pengguna untuk sebarang tujuan di atas tidak diterima atau diambil tindakan atau penggunaan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Aplikasi mungkin ditolak atau terjejas. |
||||||||||||
KERAHSIAAN Data peribadi yang dikumpul oleh Aplikasi akan disimpan dengan sulit menurut Dasar Privasi ini selaras dengan sebarang undang-undang yang berkenaan yang mungkin berkuat kuasa dari semasa ke semasa. |
||||||||||||
KESELAMATAN DATA Aplikasi ini menerapkan ciri keselamatan yang mematuhi piawaian global untuk melindungi kerahsiaan dan keselamatan maklumat pengguna. |
||||||||||||
HUBUNGI KAMI Jika anda mempunyai sebarang soalan atau maklum balas yang berkaitan dengan data peribadi anda dan Polisi Privasi kami, ingin menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan pendedahan atau data peribadi anda atau ingin membuat pembetulan pada rekod data peribadi anda, sila hubungi kami melalui e-mel di taliankasih@kpwkm.gov.my |
||||||||||||
NOTIS PENAFIAN Anda tidak akan mempunyai akses kepada Aplikasi Talian Kasih 15999 anda melainkan anda telah bersetuju dengan dasar privasi ini. Dengan mengakses dan menggunakan mana-mana bahagian ciri baharu Aplikasi Talian Kasih 15999 ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca dan memahami dasar privasi ini dan bersetuju membenarkan data anda yang dikumpul digunakan oleh Aplikasi Talian Kasih 15999. |
||||||||||||
PERUBAHAN KEPADA DASAR PRIVASI Syarat dasar privasi kami mungkin berubah dari semasa ke semasa. Jika terdapat sebarang perubahan ketara pada dasar privasi atau syarat penggunaan kami, anda akan dimaklumkan melalui Aplikasi Talian Kasih 15999 anda. |
MUAT TURUN:
- DASAR PRIVASI APLIKASI MOBIL TALIAN KASIH 15999
- MANUAL PENGGUNA APLIKASI TALIAN KASIH 15999
- SOALAN LAZIM (FAQ)
- APLIKASI TALIAN KASIH