Utama  »  Mengenai KPWKM  »  Bahagian / Unit  »  Bahagian Khidmat Pengurusan  »  Pusat Sumber  »  Koleksi

Koleksi

Koleksi Pinjaman Malaysiana
Koleksi ini merupakan koleksi buku yang diterbitkan di Malaysia. Ianya merangkumi pelbagai bidang perkara terutama wanita, keluarga dan masyarakat. Buku-buku ini terdapat dalam bentuk fisyen dan bukan fiksyen dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Ingeris yang boleh dipinjam.

Koleksi Pinjaman Luar Negara
Koleksi ini merupakan koleksi buku yang diterbitkan di luar negara yang merangkumi pelbagai bidang perkara terutama wanita, keluarga dan masyarakat. Buku-buku ini terdapat dalam bentuk fisyen dan bukan fiksyen dalam Bahasa Inggeris yang boleh dipinjam.

Koleksi Folio Malaysiana
Koleksi ini merupakan bahan bacaan yang berbentuk tinggi dan lebar lain dari buku. Ia mengandungi maklumat seperti kertas kerja, tesis mengenai Malaysia dan diterbitkan di Malaysia serta ada dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Koleksi Folio Luar Negara
Koleksi ini merupakan bahan bacaan yang berbentuk tinggi dan lebar lain dari buku. Ia mengandungi maklumat seperti kertas kerja, tesis mengenai Malaysia dan diterbitkan di Malaysia serta ada dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Koleksi KPWKM & Agensi
Koleksi ini merangkumi bahan-bahan yang diterbitkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan agensi-agensinya iaitu NIEW, JKM, JPW, ISM dan LPPKN. Ianya adalah terbitan bulletin, laporan tahunan, statistic dan lain-lain.

Koleksi Rujukan Malaysiana
Koleksi ini merupakan koleksi buku yang diterbitkan di Malaysia. Ianya merangkumi pelbagai bidang perkara terutama wanita, keluarga dan masyarakat. Buku-buku ini terdapat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Buku-buku ini tidak boleh dipinjam dan hanya untuk rujukan di perpustakaan sahaja.

Koleksi Kursus Dan Latihan
Koleksi ini menempatan nota-nota latihan seperti kusus, seminar, konvensyen, bengkel/workshop, forum, symposium, kolokium yang dihadiri oleh kakitangan Kementerian dan agensi-agensi dibawahnya. Ianya bertujuan untuk memberikan maklumat awalan kepada kakitangan sebelum menghadiri latihan tersebut. Disamping berkongsi maklumat.

Koleksi Keratan Akhbar
Koleksi ini menempatkan 27 tajuk yang telah dikenalpasti mengenai kementerian ini di anataranya agenda wanita, tokoh wanita, masalah sosial, kebajikan sosial, orang kelainan upaya (OKU). Artikel-artikel ini diperolehi melalui surat khabar-surat khabar tempatan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Koleksi Terbitan Majalah Jilid
Koleksi ini mempunyai 74 tajuk majalah yang dilanggan dari tahun 1990. Ianya merangkumi majalah yang diterbitkan di Malaysia dan luar Negara. Koleksi ini juga terdapat dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Koleksi Pinjaman Kelompok
Koleksi ini merupakan koleksi yang dipinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM). Sebanyak 300 buah bahan ditempatkan di perpustakaan ini. Koleksi ini doleh dipinjam.

Koleksi Malajah Terkini
Perpustakaan telah melanggan 60 tajuk majalah dalam Negara dan luar Negara khusus bagi rujukan kakitangan.

Koleksi Surat Khabar Terkini
Perpustakaan telah menempatkan lapan (8) tajuk surat khabar bagi bacaan ringan kakitangan. Setiap tajuk mempunyai 5 naskah surat khabar. Tajuk-tajuk tersebut ialah Berita Harian/ Berita Minggu, Harian Metro / Metro Ahad, Kosmo, Malay Mail / Sunday Mail, New Straits Times / New Sunday Times, The Star / Sunday Star, The Sun, Utusan Malaysia / Mingguan Malaysia.

 

(Available in malay version only)