Maklumat Korporat AKRAB
Menjadikan AKRAB sebagai Penggerak Pembangunan Modal Insan dalam Pengurusan Sumber Manusia.
Misi
- Melaksanakan aktiviti khidmat membimbing kepada warga organisasi;
- Membantu pegawai yang memerlukan bantuan dalam menghadapi permasalahan kehidupan;
- Berperanan sebagai pengantara antara pegawai dengan pegawai psikologi dalam membuat saringan kesesuaian masalah; dan
- Mewujudkan hubungan baik dengan pihak pengurusan sumber manusia di agensi bagi memudahkan perlaksanaan aktiviti AKRAB.
Objektif
Menyediakan perkhidmatan membimbing bagi membantu rakan sekerja bagi meningkatkan potensi dan kecemerlangan diri.
Moto
“Berkhidmat Membimbing”
Falsafah
Sebagai ahli AKRAB, anda perlu sentiasa menghayati falsafah AKRAB iaitu: “Bantu Diri Untuk Membantu Rakan Lain”. Dalam usaha membantu rakan, anda mendapat pengetahuan, kemahiran dan pengalaman untuk mempertingkatkan diri dari segi ilmu pengetahuan, tingkah laku, perhubungan, kreativiti dan nilai diri.
Prinsip
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, kedudukan, perlakuan dan fizikal.