Utama  »  Pusat Media  »  EKSA KPWKM  »  Pengenalan EKSA

Pengenalan EKSA

Latar Belakang
Amalan 5S di mana merupakan konsep asas EKSA telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.

Penjenamaan Semula Ekosistem Kondusif Sektor Awam (Eksa)
Ekosistem Kondusif Sektor Awam telah diperkenalkan mulai Januari 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam dengan mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan kondusif supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Justeru dalam garis panduan ini, nama EKSA akan digunakan bagi menggantikan nama 5S. Elemen baharu EKSA adalah:
  1. Imej Korporat
  2. Kreativiti dan Inovasi
  3. Amalan Hijau (Go Green)
  4. Persekitaran Kerja Kondusif
  5. Kepelbagaian Agensi