Utama  »  Pusat Media  »  Perpustakaan  »  Perkhidmatan

Perkhidmatan

PINJAMAN

Syarat-syarat Pinjaman
  • Pengguna hendaklah menunjukkan Kad Keselamatan Rasmi, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat/Jabatan/Agensi apabila ingin menggunakan perkhidmatan pinjaman bahan dan kemudahan Pusat Sumber.
  • Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak lima (5) naskhah buku sahaja.
  • Tempoh pinjaman pada satu-satu masa adalah dua (2) minggu.
  • Pengguna tidak dibenarkan memindah milik bahan-bahan yang dipinjam kepada pengguna lain tanpa kebenaran pegawai Pusat Sumber
  • Bahan-bahan yang dipinjam adalah di bawah tanggung jawab pembaca dalam tempoh pinjaman. Bahan yang hilang atau rosak hendaklah dilaporkan dengan kadar SEGERA kepada pegawai bertugas di kaunter Perkhidmatan.
Tempoh Pinjaman
  • Buku - 14 hari
Pemulangan 
  • Pemulangan bahan perlulah dibuat selewat-lewatnya pada atau sehari sebelum tarikh tempoh pinjaman tamat.
  • Semua urusan pemulangan bahan-bahan yang dipinjam mestilah dilakukan di kaunter perkhidmatan Pusat Sumber pada waktu perkhidmatan.
  • Pembaca yang lambat memulangkan bahan yang dipinjam akan diberikan surat peringatan. Sekiranya bahan masih tidak dipulangkan juga, pengguna ini tidak layak untuk meminjam bahan pusat sumber selama mana beliau tidak memulangkan bahan yang dipinjam.
Pembaharuan Pinjaman
  • Pengguna hanya dibenarkan untuk membuat pembaharuan pinjaman sebanyak dua (2) kali sahaja. Pembaharuan boleh dibuat dengan menelefon atau datang di kaunter perkhidmatan Pusat Sumber. Pembaharuan adalah tertakluk kepada syarat dan peraturan Pusat Sumber.
  • Sekiranya pengguna ingin memperbaharui bahan yang telah diperbaharui sebanyak dua (2) kali, pengguna perlulah memulangkan bahan tersebut terlebih dahulu. Bahan tersebut perlu tersedia di atas rak selepas tempoh tersebut tertakluk kepada syarat dan peraturan Pusat Sumber.

JENIS-JENIS PERKHIDMATAN

Sudut Interaktif 
  • Lapan (8) komputer yang mempunyai rangkaian Internet disediakan bagi ahli mengakses Internet yang termaktub kepada syarat-syarat dan peraturan yang disediakan.

Pintu Ke Pintu
  • Perkhidmatan ini disediakan untuk kemudahan pengguna meminjam dan memulangkan bahan tanpa perlu datang ke Pusat Sumber. Kakitangan Pusat Sumber akan datang ke tempat bertugas pengguna dengan membawa bahan-bahan untuk dipinjam. Pendaftaran keahlian, pertanyaan, tutorial penggunaan Portal Infonur dan pangkalan data atas talian juga disediakan semasa aktiviti Pintu ke Pintu.

Pinjaman Kelompok
  • Perkhidmatan ini disediakan oleh Perpustakaan Negara Malaysia. Pusat Sumber dibenarkan membuat pinjaman sebanyak 300 naskhah dalam tempoh tiga (3) bulan. Pinjaman adalah terdiri daripada buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen yang akan dipilih oleh kakitangan Pusat Sumber KPWKM.
Sistem Pembekalan
  • Kemudahan pinjaman yang dibuat di antara perpustakaan dari dalam dan luar Negara. Permohonan perlu dibuat melalui Pustakawan dan tertakluk kepada syarat dan perjanjian SPP.Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP) atau lebih dikenali sebagai Pinjaman Antara Perpustakaan. Perkhidmatan ini memberi kemudahan kepada pengguna mendapatkan bahan yang tiada di Pusat Sumber, KPWKM. Peminjaman, pengambilan dan penghantaran balik bahan adalah tanggungjawab sendiri. Permohonan perlu dibuat melalui pegawai di kaunter Pusat Sumber.

PANGKALAN DATA ATAS TALIAN

KM @ Nur
  • Perkhidmatan pengurusan ilmu yang disediakan kepada semua warga KPWKM, Jabatan dan Agensi. Untuk mengakses kepada portal KM@Nur ini, pengguna/pembaca warga KPWKM, Jabatan dan Agensi perlu menjadi ahli kepada Pusat Pusat Sumber KPWKM.
  • Melalui KM@Nur pengguna/pembaca dapat mengakses kepada semua dokumen dalam pelbagai jenis dan bentuk yang telah disumbangkan oleh KPWKM, Jabatan dan Agensi untuk tujuan knowledge sharing.
  • Sila rujuk Manual Penggunaan KM @ Nur yang disediakan di ruangan "Manual Penggunaan"
 
MyLib
  • Mylib adalah projek perintis bagi Perpustakaan Digital Nasional.Ia merupakan sebahagian daripada inisiatif MSC dalam menggalakkan penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat sejajar dengan hasrat kita untuk membentuk komuniti yang berilmu. Matlamat utama portal ini adalah menyediakan kandungan tempatan dalam bentuk digital.Mylib adalah sebahagian daripada sistem PERDANA di mana ia merupakan suatu portal atau medium bagi memasarkan kesemua kandungan tempatan dan pangkalan data perpustakaan di Malaysia melalui satu laman web.
LawNet
  • Pangkalan data ini menyediakan maklumat undang-undang di Malaysia secara atas talian. Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini adalah mengenai law library (principal acts, amendment acts, bill supplements, legislative supplement, federal constitution etc.). Istilah undang-undang (Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu) dan New Flash adalah sebagai nilai tambah kepada pangkalan data ini.Pangkalan data ini menyediakan maklumat undang-undang di Malaysia secara atas talian. Maklumat yang terkandung dalam pangkalan data ini adalah mengenai law library (principal acts, amendment acts, bill supplements, legislative supplement, federal constitution etc.). Istilah undang-undang (Bahasa Inggeris-Bahasa Melayu) dan New Flash adalah sebagai nilai tambah kepada pangkalan data ini.
NSTP e-Media / NIB
  • NSTP online reference service adalah perkhidmatan dalam talian yang disediakan oleh New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP). Perkhidmatan ini menyediakan maklumat harian petikan surat khabar kebangsaan keluaran NSTP. Ianya juga mengandungi pangkalan data mengenai negara-negara di Malaysia dan makalah-makalah daripada jurnal Malaysia Business keluaran NSTP.