Suara Anda
No | Pengguna | Pendapat / Cadangan / Pertanyaan | Maklum Balas / Tindakan |
---|---|---|---|
1 | Sarah waheeda | Ada tak funding untuk ibu2 tunggal memulakan bisnes? | Suka untuk saya jelaskan, JKM yang merupakan agensi di bawah KPWKM, ada menyediakan Bantuan Geran Pelancaran (GP) kepada kumpulan sasar JKM untuk memulakan perniagaan kecil-kecilan dengan nilai maksimum RM2700 sekaligus. Namun demikian, bantuan GP disediakan kepada penerima bantuan sedia ada sahaja. Oleh yang demikian, puan perlulah mengemukakan permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu SEKIRANYA LAYAK.Setelah tersenarai sebagai penerima bantuan, puan bolehlah mengemukakan permohonan untuk bantuan GP. Berikut adalah skim bantuan bulanan yang boleh ditawarkan kepada ibu tunggal; 1) sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga. 2) jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan. 3) bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua sebanyak RM300/ sebulan. *kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Oleh itu, untuk JKM mempertimbangkan mana-mana skim bantuan yang bersesuaian dengan puan, mohon pihak puan untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran untuk mengemukakan permohonan. Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mana-mana bentuk bantuan dipertimbangkan kepada pemohon. Selain itu, puan juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) yang juga merupakan agensi di bawah KPWKM dan mendaftarkan diri di jabatan tersebut bagi membolehkan puan mengikuti mana-mana kursus atau latihan yang disediakan oleh JPW kepada ibu-ibu tunggal. Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan JKM serta alamat lengkap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia, puan boleh melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my Sekian, terima kasih. |
2 | NOR HAZWINA | Assalamualaikum Saya di sini ingin bertanya tentang skim bantuan kanak kanak. Adakah layak memohon jika anak anak yang kematian ibu dan sekarang dijaga oleh bapa mereka yang hanya bekerja sebagai pemandu di sebuah kilang. Kanak kanak itu seramai 4 orang berumur antara 4 tahun, 6 tahun, 11 tahun dan 14 tahun. Jika mereka layak untuk memohon bantuan tersebut boleh saya tahu Di mana untuk memohon. Dan apa yang perlu dibawa Terima kasih. Dengan jawapan pihak tuan dapat membantu kanak kanak ini dan ayahnya juga | Salam sejahtera, Untuk makluman pihak puan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang merupakan agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) ada menyediakan skim bantuan kewangan kepada kanak-kanak yang berkeperluan tetapi tidak berkemampuan. Namun demikian, semua permohonan yang dibuat perlu memenuhi syarat kelayakan seperti berikut: Syarat Asas Kelayakan: 1.Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia 2.Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM720 di Semenanjung, RM830 di Sarawak dan RM960 di Sabah 3.Golongan yang memerlukan. (Faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon, sokongan dari ahli keluarga serta lain-lain aspek dalam keluarga). Syarat Kelayakan Khusus: 1. Kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun (atau jika yang bersekolah sehingga tamat menengah atas); 2. Kanak-kanak yatim/yatim piatu; 3. Kanak-kanak yang mempunyai ibu bapa/penjaga yang tidak berkemampuan atau putus mata pencarian kerana uzur, tidak upaya, berpenyakit atau tanggungan banduan atau pusat tahanan. Bagi mengemukakan permohonan, puan boleh hadir sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berhampiran tempat tinggal puan. Sekiranya saudari menghadapi kesukaran untuk hadir ke pejabat, permohonan boleh dibuat menerusi surat, telefon ataupun email ke PKMD berdekatan. Alamat lengkap berkenaan jenis bantuan, kriteria serta alamat lengkap semua PKMD boleh puan perolehi dengan melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my atau boleh membuat pertanyaan PKMD terdekat di Talian KASIH menerusi talian 15999. Sekian, terima kasih |
3 | Lina | Macam mana nak ambil borang online kebajikan ibu tunggal | Untuk makluman, permohonan bantuan kewangan adalah dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD) di seluruh negara. Borang permohonan bantuan iaitu JKM18 boleh didapati SECARA TERUS di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian (PKMD) di seluruh Negara atau MEMUAT TURUN borang tersebut di laman web www.jkm.gov.my . Berikut dikemukakan cara mendapatkan borang JKM18 : a) layari www.jkm.gov.my b) Klik pada bahagian Perkhidmatan > Bantuan Kebajikan c) Borang JKM18 dilampirkan pada bahagian bawah Terima kasih. |
4 | Noorhazlizan Binti Md Not | Salam 1Malaysia, Saya merupakan seorang ibu tunggal yang menyara 4 orang anak (8 tahun, 6 tahun, 3 tahun dan 2 Tahun) dengan pendapatan sebanyak RM 1157.23. Saya juga merupakan kakitangan kerajaan. Saya telah pun berpisah selama 2 tahun, dan sepanjang tempoh itu, bekas suami tidak bertanggungjawab memberi nafkah kepada anak-anak. Saya juga telah pun memohon bantuan JKM, yang mana bantuan tersebut ditolak kerana pendapatan saya melebihi kriteria yang ditetapkan dan saya sihat. Tetapi jika diambilkira dengan kos bayaran pengasuh yang terpaksa saya tanggung untuk anak-anak saya bagaimana?? Dengan perbelanjaan sekolah anak dan juga belanja saya untuk ke tempat kerja. Mohon pihak tuan/puan, membantu saya dalam menyelesaikan masalah ini. | Salam Kebajikan dan Salam 1 Malaysia Terima kasih kerana di atas kiriman email kepada KPWKM. Suka untuk saya jelaskan disini, JKM (agensi dibawah KPWKM) tidak mempunyai bantuan khusus kepada ibu tunggal. Walau bagaimana pun, bagi membantu ibu tunggal yang memerlukan, antara skim yang boleh dipertimbangkan adalah seperti berikut: 1) sekiranya ibu tunggal tersebut mempunyai anak yang berumur 18 tahun ke bawah, maka beliau layak untuk dipertimbangkan Bantuan Kanak-Kanak Rm100/ sebulan untuk seorang anak dan maksimumnya adalah sebanyak RM450/ sebulan sekeluarga. 2) jika ibu tunggal tersebut tidak mempunyai anak, maka Bantuan Am boleh diberikan. 3) jika ibu tunggal tersebut berupaya untuk menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan, Geran Pelancaran boleh dipertimbangkan dengan bantuan modal yang disediakan maksimum adalah RM2700 sekaligus (penerima bantuan JKM sedasi ada sahaja). 4) bagi ibu tunggal yang telah berusia 60 tahun ke atas, dia layak untuk dipertimbangkan Bantuan Orang Tua sebanyak RM300/ sebulan. *kesemua bentuk bantuan ini adalah tertakluk kepada syarat dan kriteria yang telah ditetapkan. Antara syarat-syarat yang telah ditetapkan ialah : 1.Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia 2.Pendapatan keluarga di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa iaitu RM930 di Semenanjung, RM990 di Sarawak dan RM1,170 di Sabah 3.Golongan yang memerlukan. (Faktor-faktor lain yang diambilkira semasa siasatan dijalankan ke atas setiap permohonan juga mengambilkira bilangan tanggungan dalam keluarga, keadaan rumah kediaman, umur penjaga atau ketua keluarga, tahap kecacatan dan keuzuran pemohon serta lain-lain aspek dalam keluarga). Oleh itu, untuk JKM mempertimbangkan mana-mana skim bantuan yang bersesuaian, pemohon boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah berhampiran untuk mengemukakan permohonan. Pegawai kebajikan masyarakat akan menjalankan siasatan sebelum mempertimbangkan mana-mana bentuk bantuan. Pemohon juga boleh menghubungi Jabatan Pembangunan Wanita dan mendaftarkan diri di jabatan tersebut bagi membolehkannya mengikuti mana-mana kursus atau latihan yang disediakan oleh JPW kepada ibu-ibu tunggal. (rujuk laman web jpw di www.jpw.gov.my) Untuk maklumat lanjut berkenaan perkhidmatan JKM serta alamat lengkap Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia, puan boleh melayari laman web JKM di www.jkm.gov.my Sekian, terima kasih |
5 | CARLOS | Selamat Pagi YDH Tuan/Puan, Adik perempuan saudara saya berumur 24 tahun telah berkahwin 3 tahun lepas dan kini telah bercerai disebabkan banyak masalah diberikan oleh SUAMI. SUAMInya act like a psycho that always torture her, so decided to ask for divorce and final results out from court. the PROBLEM my sister facing now is HARRASMENT from HIM via whatsapp and calling from various number until now. HE also calling my father other sister relatives and talking in bad words and send porn video/pic via whatsapp. we have lodge so many reports yet none of the report been taken action. HE always use various phone number, PLEASE GUIDE MY SISTER. THANK YOU | Berhubung masalah yang dikemukakan oleh pihak tuan, pihak Kementerian menyarankan agar pihak tuan dapat membawa adik saudara tuan untuk membuat laporan polis. Hal ini kerana, masalah berkaitan gangguan sebegini hanya dapat diambil tindakan oleh pihak polis memandangkan hanya pihak polis mempunyai kuasa dalam menguruskan masalah ini. Bagi laporan yang pernah dibuat kepada pihak polis, pihak tuan disarankan agar merujuk semula pihak polis bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kes. Terima kasih. |
6 | Mahendran | Salam sejahtera Tuan/Puan, Saya telah berusaha mencari alamat emel yang tepat di KPWKM untuk meminta bantuan untuk seorang ibu yang sedang menghadapi trauma yang teruk tetapi tidak dapat sehingga kini justeru saya cuba meminta bantuan melalui saluran ini. Saya telah bertemu dengan seorang wanita yang menangis tanpa henti bila menceritakan kisah hidupnya kepada saya. Beberapa butiran yang saya ingat adalah seperti berikut - 1. Anak-anak beliau telah dilarikan oleh suami dan ibubapa mertuanya dari Pulau Pinang ke Klang, Selangor sekitar 2 tahun yang lalu. 2. Beliau telah meminta bantuan NGO bernama WCC Penang dimana Presiden disitu berkata bahawa beliau mengenali suami wanita ini jadi dia tidak dapat membantu lalu mendapatkan seorang peguam lain untuk membantu wanita ini dan peguam itu telah mendapatkan hak lawatan mingguan untuk wanita ini kononnya kerana si suami adalah seorang yang kaya, jadi anak-anak patut tinggal dengan di suami dan wanita ini hanya boleh melawat anak-anaknya. Wanita ini pun telah pergi ke Klang pada setiap hujung minggu untuk melawat anak-anaknya selama 2 tahun. 3. Anak-anak beliau yang selalu bermanja dan bermesra dengan beliau hingga perjumpaan pada 25/12/2016 enggan keluar rumah untuk berjumpa dengannya apabila beliau pergi pada 8/1/2017. Dalam keadaan sedih dan terkejut, beliau telah kembali ke Pulau Pinang dan mengadu kepada peguamnya. Peguam beliau telah kononnya mendapatkan perintah mahkamah untuk si suami menghantar anak-anaknya ke rumah wanita ini setiap minggu pertama dan ketiga untuk tinggal bersamanya. Anak-anak yang dibawa 2 minggu yang lalu nampaknya begitu takut untuk turun dari kereta untuk pergi ke wanita ini lalu berlaku tolak-menolak antara si suami dengan si isteri, pergi ke balai polis untuk membuat report polis dan masing-masing balik tanpa penyelesaian. Hujung minggu ini pulak, peguam si suami telah menghantar surat menyatakan bahawa suami telah menjalani pembedahan di hospital, jadi tidak akan dapat membawa anak-anak tersebut kerumah wanita ini selama 3 minggu lagi. Saya lihat surat tersebut pun tidak disertakan dengan sijil cuti sakit seperti diperlukan apabila tidak dapat melaksanakan perintah mahkamah dan yang pelik pula, peguam wanita ini pun tidak meminta bukti sijil cuti sakit dari peguam pihak suami. Saya rasa bahawa si suami serta peguam kedua-dua pihak sedang mempermainkan, menganiaya serta membuli wanita yang tidak berpelajaran tinggi ini. Saya amat berharap bahawa pihak KPWKM akan membantu beliau agar beliau dapat hidup bersama 2 anak lelakinya kerana setahu saya kanak-kanak yang berumur dibawah umur 12 tahun sepatutnya tinggal dengan ini mereka mengikut undang-undang negara kita. Kita tidak? patut membiarkan pasangan yang kaya merampas anak-anak dari pasangan yang miskin dan kurang pengetahuan sesuka hati mereka. Kita juga tidak patut membiarkan mental kanak-kanak diracun dalam masa 2 minggu untuk membenci ibu mereka. Berikut adalah butiran wanita tersebut - Nama - Gayattari Devi A/P Tharmalingam Alamat - No.472, Jalan Tanah Liat, Bukit Mertajam, 14000 Pulau Pinang. No HP - 0113-170-7528 Sekian. Terima kasih. Yang Benar, Mahendran 019-5428602 | Salam Sejahtera, Berhubung dengan masalah yang diadukan oleh pihak tuan, pihak Kementerian mendapati bahawa masalah ini adalah lebih melibatkan Mahkamah Sivil bagi pengurusan hak penjagaan anak. Oleh itu, pihak kami menyarankan agar pihak tuan terus berurusan dengan pihak mahkamah sivil bagi mendapatkan kaunseling seterusnya menyelesaikan permasalahan yang timbul ini. Berikut adalah disertakan nombor telefon Biro Bantuan Guaman yang terdekat dengan lokasi tuan. Biro Bantuan Guaman ini terletak di Bangunan Gunasama Persekutuan, Aras 4, Jalan Anson, Pulau Pinang, Jalan Anson, 10400 George Town, Penang, Malaysia. No yang boleh dihubungi adalah +60 4-229 5966. Sekian, terima kasih. |
7 | FARA FINA FAKHRUL | Assalammualaikum, saya ingin mengetahui prosedur-prosedure untuk mengambil anak pelihara. Sekian wassalam. | Adalah dimaklumkan, proses mengambil anak angkat dan juga dan juga maksud istilah anak pelihara di bawah pemahaman JKM. Pengangkatan (mengambil anak angkat) adalah satu proses mendaftarkan seorang kanak-kanak ke dalam jagaan ibu bapa angkat selepas dijaga selama dua tahun dengan diselia dan diperakukan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kanak-kanak tersebut sama ada diserahkan oleh keluarga kandung kanak-kanak itu sendiri kepada keluarga angkat ataupun yang ditawarkan oleh dari Institusi Kanak-kanak JKM (sebagai anak pelihara). Pada pemahaman JKM juga, ini adalah satu proses di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Pegawai Kebajikan Masyarakat memainkan peranan sebagai Guardian ad Litem dalam proses itu sepertimana diperlukan oleh undang-undang di bawah Akta Pengangkatan 1952 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952. Ini adalah istilah anak angkat (adoption) yang difahami. JKM ada menawarkan kanak-kanak di dalam jagaan di institusi untuk dipelihara. Istilah di sini adalah anak pelihara (fostering). Ini adalah usaha Untuk memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul serta dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara. Manakala bagi anak kanak-kanak pula, usaha ini bertujuan memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang , serta peluang menikmati suasana pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna. Permohonan untuk anak pelihara ini adalah di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selepas tempoh dua tahun itu, permohonan anak angkat bagi anak pelihara tersebut boleh dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Sekiranya tuan/puan berminat untuk memohon anak pelihara yang ditempatkan di institusi kanak-kanak, tuan/puan bolehlah terus berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyrakat berhampiran untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci serta membuat permohonan terus di sana. Tuan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan anak pelihara, syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan serta alamat lengkap semua Pejabat kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia dengan melayari laman web www.jkm.gov.my |
8 | Suw Yaw | I would like to get the HPV injection for free from government. May i know how to apply it? im 26 years old now. | Suntikan HPV secara percuma hanya diberikan kepada remaja perempuan yang lahir pada tahun 1993 hingga 1996 bagi suntikan tahun 2015. Bagi remaja/wanita yang lahir selepas tahun 1996 pada tahun 2015 boleh mendapatkan suntikan HPV di mana-mana klinik LPPKN dengan bayaran sebanyak RM180/dos. Suntikan HPV perlu lengkap sebanyak 3 dos. |
9 | Zaini Raffiah | Disini saya sertakan maklumat yang puan inginkan. Maklumat tentang adik saya hanya gambar dan no i/c sahaja. Saya turut sertakan gambar budak lelaki yang mana saya syak adik perempuan saya ikut budak lelaki itu. Saya juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada puan kerana memberi respon terhadap e-mail | Pihak KPWKM telah menerima gambar yang diberikan. Tetapi kami tidak mempunyai maklumat lengkap untuk mencari di manakah adik encik berada. Untuk maklumat encik juga, apabila sesuatu kes sedang di dalam siasatan polis, ia adalah diluar bidang kuasa pihak KPWKM & untuk mengganggu siasatan tersebut. Perkara yang boleh dilakukan oleh pihak encik dan ahli keluarga antaranya ialah menyebarkan gambar adik encik dan juga suspek yang disyaki tersebut dilaman-laman sosial dan viralkan melalui perkhidmatan whats app, wechat dll. Selain daripada itu, pihak encik boleh menghubungi wartawan berita di kawasan tempat tinggal encik untuk mereka melaporkan kehilangan adik encik di akhbar-akhbar utama. Pihak KPWKM juga boleh memberikan maklumat wartawan untuk dihubungi. Tetapi pihak encik perlu memberikan alamat supaya pihak KPWKM dapat menyemak wartawan di kawasan mana yang harus dihubungi. Atau lebih mudah dan cepat, encik boleh terus ke pejabat media berdekatan dan minta mereka bantu untuk menyiarkan kes kehilangan adik encik. Semoga emel ini sedikit sebanyak dapat membantu masalah yang dihadapi oleh encik dan seluruh ahli keluarga.
|
10 | Zed RahimH | Jika saya ingin mengambil anak angkat, perlukah saya pergi ke JKM? | Suka untuk saya menjelaskan di sini berkenaan proses mengambil anak angkat dan juga dan juga maksud istilah anak pelihara di bawah pemahaman JKM. Pengangkatan (mengambil anak angkat) adalah satu proses mendaftarkan seorang kanak-kanak ke dalam jagaan ibu bapa angkat selepas dijaga selama dua tahun dengan diselia dan diperakukan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kanak-kanak tersebut sama ada diserahkan oleh keluarga kandung kanak-kanak itu sendiri kepada keluarga angkat ataupun yang ditawarkan oleh dari Institusi Kanak-kanak JKM (sebagai anak pelihara). Pada pemahaman JKM juga, ini adalah satu proses di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Pegawai Kebajikan Masyarakat memainkan peranan sebagai Guardian ad Litem dalam proses itu sepertimana diperlukan oleh undang-undang di bawah Akta Pengangkatan 1952 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952. Ini adalah istilah anak angkat (adoption) yang difahami.
JKM ada menawarkan kanak-kanak di dalam jagaan di institusi untuk dipelihara. Istilah di sini adalah anak pelihara (fostering). Ini adalah usaha Untuk memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul serta dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara. Manakala bagi anak kanak-kanak pula, usaha ini bertujuan memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang , serta peluang menikmati suasana pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna. Permohonan untuk anak pelihara ini adalah di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selepas tempoh dua tahun itu, permohonan anak angkat bagi anak pelihara tersebut boleh dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Sekiranya tuan/puan berminat untuk memohon anak pelihara yang ditempatkan di institusi kanak-kanak, tuan/puan bolehlah terus berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyrakat berhampiran untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci serta membuat permohonan terus di sana. Tuan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan anak pelihara, syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan, serta alamat lengkap semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia dengan melayari laman web www.jkm.gov.my |
1121091009895927932119