Suara Anda
No | Pengguna | Pendapat / Cadangan / Pertanyaan | Maklum Balas / Tindakan |
---|---|---|---|
11 | Zed RahimH | Jika saya ingin mengambil anak angkat, perlukah saya pergi ke JKM? | Suka untuk saya menjelaskan di sini berkenaan proses mengambil anak angkat dan juga dan juga maksud istilah anak pelihara di bawah pemahaman JKM. Pengangkatan (mengambil anak angkat) adalah satu proses mendaftarkan seorang kanak-kanak ke dalam jagaan ibu bapa angkat selepas dijaga selama dua tahun dengan diselia dan diperakukan oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat. Kanak-kanak tersebut sama ada diserahkan oleh keluarga kandung kanak-kanak itu sendiri kepada keluarga angkat ataupun yang ditawarkan oleh dari Institusi Kanak-kanak JKM (sebagai anak pelihara). Pada pemahaman JKM juga, ini adalah satu proses di bawah bidang kuasa Jabatan Pendaftaran Negara. Pegawai Kebajikan Masyarakat memainkan peranan sebagai Guardian ad Litem dalam proses itu sepertimana diperlukan oleh undang-undang di bawah Akta Pengangkatan 1952 dan Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952. Ini adalah istilah anak angkat (adoption) yang difahami.
JKM ada menawarkan kanak-kanak di dalam jagaan di institusi untuk dipelihara. Istilah di sini adalah anak pelihara (fostering). Ini adalah usaha Untuk memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul serta dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara. Manakala bagi anak kanak-kanak pula, usaha ini bertujuan memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang , serta peluang menikmati suasana pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna. Permohonan untuk anak pelihara ini adalah di bawah kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat. Selepas tempoh dua tahun itu, permohonan anak angkat bagi anak pelihara tersebut boleh dibuat kepada Jabatan Pendaftaran Negara. Sekiranya tuan/puan berminat untuk memohon anak pelihara yang ditempatkan di institusi kanak-kanak, tuan/puan bolehlah terus berhubung dengan Pegawai Kebajikan Masyrakat berhampiran untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci serta membuat permohonan terus di sana. Tuan juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan anak pelihara, syarat-syarat permohonan, dokumen yang diperlukan, serta alamat lengkap semua Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah seluruh Malaysia dengan melayari laman web www.jkm.gov.my |
9