Hebahan
PENDAFTARAN KAUNSELOR BERDAFTAR | PENDAFTARAN KAUNSELOR BERDAFTAR PERINGATAN: SISTEM ATAS TALIAN LEMBAGA KAUNSELOR TELAH DITANGGUH SEMENTARA WAKTU SEHINGGA DIBERITAHU KELAK Untuk Permohonan Pendaftaran Kaunselor/Perakuan Amalan/Pembaharuan Perakuan Amalan, sila muat turun borang permohonan dan pembayaran boleh melalui transfer online/cash deposit ke akaun LEMBAGA KAUNSELOR 8000273435 (CIMB Bank). Sila tekan link dibawah untuk muat naik borang-borang Permohonan Pendaftaran Kaunselor Berdaftar: https://drive.google.com/drive/folders/1Q5UXbgOb59ofRPbXsnPU0IWHbsPT9clJ?usp=sharing ![]() ![]() |
PEMBAHARUAN PERAKUAN AMALAN DWITAHUNAN | Pembaharuan Perakuan Amalan Dwitahunan![]() Adalah dimaklumkan bahawa urusan Pembaharuan Perakuan Amalan Dwitahunan kaunselor berdaftar boleh dilaksanakan melalui dengan langkah seperti berikut: Langkah 1 Mengemaskini maklumat mata CPD (20 mata) dan maklumat WARIS di sistem Perkembangan Profesional Berterusan (CPD) Kaunselor Berdaftar. Bagi kaunselor yang 60 tahun dan ke atas dikecualikan mata CPD. Langkah 2 Kemukakan maklumat berikut melalui GOOGLE FORM: Bayaran pembaharuan adalah RM200.00, sekiranya tuan/puan lewat memperbaharui 30 hari daripada tarikh tamat lesen akan dikenakan fi sebanyak RM100.00. Bayaran boleh dibuat kepada Lembaga Kaunselor (Bank CIMB- 8000273435)
Langkah 3 BERMULA 01 JULAI 2024 PENDIGITALAN KAD PENGENALAN KAUNSELOR BERDAFTAR (menggunakan cetakan kad NFC Touch 'N Go) SILA ISIKAN PADA GOOGLE FORM DAN LAMPIRKAN GAMBAR PASSPORT BERLATAR BELAKANG PUTIH UNTUK CETAKAN KAD: http://shorturl.at/euLwx Bayaran Kad Kaunselor Berdaftar berjumlah RM50.00. Kad akan dilancarkan bulan Kaunseling Kebangsaaan pada Oktober 2024. KESELURUHAN BAYARAN adalah BAYARAN PEMBAHARUAN + BAYARAN FI LEWAT (Jika berkenaan) + BAYARAN KAD PENGENALAN KBPA + BAYARAN POSLAJU Kerjasama dan komitmen YBhg.Dato'/Datin/Prof/Dr/Tuan/Puan amatlah dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih Urus Setia Unit Amalan dan Perakuan CPD Lembaga Kaunselor (Malaysia) Puan Noor Haslin: 03-83232527/013-9089592 Encik Johari: 03-83231717 / 011-25521921 Email: haslin.lkm@kpwkm.gov.my / johari.lkm@kpwkm.gov.my |
PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (FI) 2017 | PERATURAN-PERATURAN KAUNSELOR (FI) 2017
|
SUMBANGAN TABUNG EHSAN WARIS KAUNSELOR BERDAFTAR | PENGUMUMAN SUMBANGAN TABUNG EHSAN WARIS KAUNSELOR BERDAFTAR Berkuatkuasa mulai 1 Oktober 2018, Lembaga Kaunselor telah mewujudkan satu Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar yang telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Seri Dr Wan Azizah binti Wan Ismail, Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Sekiranya berlaku kematian kaunselor berdaftar, waris diminta memaklumkan kepada Lembaga Kaunselor supaya sumbangan dapat disalurkan kepada waris mengikut syarat yang telah ditetapkan. Borang Pemakluman bagi Sumbangan Tabung Ehsan Waris Kaunselor Berdaftar boleh di muat turun di Portal Lembaga Kaunselor dan waris perlu menyerahkan borang tersebut kepada Urus Setia Lembaga Kaunselor seperti alamat yang tertera di bawah atau emel ke lembaga.kaunselor@gmail.com. Sekira ada pertanyaan sila hubungi Urus Setia Lembaga Kaunselor di talian 03-83232522/2524/2527. Lembaga Kaunselor No:55, Aras 19, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Persiaran Perdana, Presint 4, 62100, PUTRAJAYA 28 Disember 2018 Tekan Klik untuk muat turun borang |