Latar Belakang
Tribunal bagi Antigangguan Seksual (TAGS), agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) telah ditubuhkan pada 8 Mac 2024 selaras dengan peruntukan Seksyen 3 Akta Antigangguan Seksual 2022 (Akta 840).
TAGS dikawalselia melalui peruntukan di bawah Akta 840 dan Peraturan-Peraturan Antigangguan Seksual (Tribunal bagi Antigangguan Seksual) 2024 [P.U.(A) 80/2024].
TAGS menyediakan satu saluran alternatif kepada mahkamah sivil untuk mengendalikan aduan gangguan seksual dengan cepat, mudah dan kos yang minimum bagi mangsa mengambil tindakan terhadap pelaku bagi mendapatkan hak tebus rugi di atas kehilangan atau apa-apa kerosakan yang ditanggung oleh mangsa akibat daripada gangguan seksual yang dialami.